December 23, 2009

Traumakah Aku?

Hari semalam dimulakan dengan satu ketawa yang berdekah-dekah ketika mata ini bertentangan dengan monitor komputer di pejabat. Dalam hati berkata benarkah apa yang dilihat oleh mata ini. Che Kay terus mengalami macam-macam rasa di dalam hati. Terus jari ini menekan papan kekunci telefon dan bertanyakan siapa punya kerjakah ini. Adakah ini satu gurauan atau satu kenyataan?

Sebelum ini Che Kay sudah melihat di MukaBuku bila ada kawan-kawan di sana sedang berbelah bagi hendak menerima kehadiran 'orang tersayang'. Selain itu Che Kay juga pernah terbaca beberapa artikel berkaitan dilema yang dihadapi oleh mereka berkaitan isu ini. Mungkinkah menggunakan segala privacy setting yang ada menghalang 'orang tersayang' terus mengetahui kehidupan kita di sana? Apa pun Che Kay terasa kagum dengan mereka yang boleh menerima kehadiran 'orang tersayang' di dunia MB.

Sesungguhnya, Che Kay memang banyak menghabiskan kehidupan di dunia MB. Di sanalah tempat bersosial bersama kawan-kawan yang berada di sana sini. Okaylah Che Kay rasa macam nak mengarut je. Begini sebenarnya. Sepanjang kehidupan ini, Che Kay kurang berkomunikasi dengan 'orang kesayangan'. Selain itu 'orang kesayangan' juga tidak kenal siapakah kawan-kawan Che Kay.

Kalau yang dia tahu pon mungkin kawan-kawan Che Kay ketika bersekolah. Che Kay juga seperti tidak pernah bawa kawan-kawan melepak di rumah. Sebabnya Che Kay takutkan 'orang tersayang' itu. Rasanya cuma sekali Che Kay membawa kawan-kawan pulang ke rumah. Itu pon kerana Che Kay menemankan kawan yang hendak melawat saudara angkatnya yang telah meninggal dunia. Mereka itu adalah kawan serumah di Shah Alam. Dan perkara itu berlaku pada tahun lepas la ye! Huhu

Tapi bila difikirkan kembali, mengapa harus ditakutkan? Bukannya Che Kay ada buat salah apa-apa. Bersosial bersama kawan-kawan yang tersayang, tiada apa yang perlu dimalukan. Erm...berbual dan bertukar pendapat dengan kawan-kawan? Perlukah takut? Tidak perlu la ye. Biarlah. Tak salah berkongsi kehidupan ini dengan 'orang yang tersayang'. Kalau dengan orang yang baru kita kenal boleh dikongsi, kenapa dengan 'orang tersayang' tak bolehkan! Lecturer-lecturer pon ditambah dalam koleksi rakan dalam MukaBuku inikan pula 'orang tersayang'.

Malam tadi difikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan? Berfikir dan terus berfikir seiring masa berlalu. Dikongsi cerita bersama sepupu dan anak saudara. Tergelak sebentar kerana kami juga mengalami perkara yang sama. Berbelah bahagi untuk menerima atau tidak. Kalau tak terima, nanti 'orang tersayang' berkecil hati, kalau terima pula habislah kami tak boleh merapu meraban bersama kawan-kawan di MukaBuku. Hehehe. Malam tadi Che Kay dah tido, tetiba terjaga dari lena terus mesej sepupuku itu. Rasanya lepas ini Che Kay nak jemput pula Mak Su tersayang menyertai dunia MukaBuku pulak. Hehehe


Inilah yang buat Che Kay terkedu. =P


Ok ini pulak pesanan khas buat 'orang tersayang':

Khas buat bapakku,
Jikalau bapak terbaca coretan di atas, jangan kecik hati. Coretan di atas sekadar luah rasa yang selalu yang Jan buat di sini. Kemudian kalau lepas ni Jan confirmkan bapak 'as a friend' di dunia MukaBuku, janganlah bapak terkedu di 'dunia' ini. Inilah 'dunia' yang Jan dan kawan-kawan berhubung. Di sinilah kami mengeratkan silaturrahim kami. Bapak pon pernah muda, jadi harap bapak faham. hehehe.

Dan juga pesanan untuk bapak, jangan bapak mengambil serius setiap kata-kata yang terluah di MukaBuku ataupon di sini. Kadang kala MukaBuku dan di sini menjadi tong sampah emosi. MukaBuku menjadi tempat untuk melepaskan segala emosi yang meroyan dijiwa. Erm...apa lagi ek nak kata.... Tetiba tak ada idea. Oh, Ya!

BAPAK, WELCOME TO MY CYBER LIFE! =)


Ni lain cerita pulak! Aiyoo tetiba hati terasa geram melihat gambaq2 comel ni.
Ajid, Pak Lang rindu............. kat ajid!


4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...