December 23, 2009

Traumakah Aku?

Hari semalam dimulakan dengan satu ketawa yang berdekah-dekah ketika mata ini bertentangan dengan monitor komputer di pejabat. Dalam hati berkata benarkah apa yang dilihat oleh mata ini. Che Kay terus mengalami macam-macam rasa di dalam hati. Terus jari ini menekan papan kekunci telefon dan bertanyakan siapa punya kerjakah ini. Adakah ini satu gurauan atau satu kenyataan?

Sebelum ini Che Kay sudah melihat di MukaBuku bila ada kawan-kawan di sana sedang berbelah bagi hendak menerima kehadiran 'orang tersayang'. Selain itu Che Kay juga pernah terbaca beberapa artikel berkaitan dilema yang dihadapi oleh mereka berkaitan isu ini. Mungkinkah menggunakan segala privacy setting yang ada menghalang 'orang tersayang' terus mengetahui kehidupan kita di sana? Apa pun Che Kay terasa kagum dengan mereka yang boleh menerima kehadiran 'orang tersayang' di dunia MB.

Sesungguhnya, Che Kay memang banyak menghabiskan kehidupan di dunia MB. Di sanalah tempat bersosial bersama kawan-kawan yang berada di sana sini. Okaylah Che Kay rasa macam nak mengarut je. Begini sebenarnya. Sepanjang kehidupan ini, Che Kay kurang berkomunikasi dengan 'orang kesayangan'. Selain itu 'orang kesayangan' juga tidak kenal siapakah kawan-kawan Che Kay.

Kalau yang dia tahu pon mungkin kawan-kawan Che Kay ketika bersekolah. Che Kay juga seperti tidak pernah bawa kawan-kawan melepak di rumah. Sebabnya Che Kay takutkan 'orang tersayang' itu. Rasanya cuma sekali Che Kay membawa kawan-kawan pulang ke rumah. Itu pon kerana Che Kay menemankan kawan yang hendak melawat saudara angkatnya yang telah meninggal dunia. Mereka itu adalah kawan serumah di Shah Alam. Dan perkara itu berlaku pada tahun lepas la ye! Huhu

Tapi bila difikirkan kembali, mengapa harus ditakutkan? Bukannya Che Kay ada buat salah apa-apa. Bersosial bersama kawan-kawan yang tersayang, tiada apa yang perlu dimalukan. Erm...berbual dan bertukar pendapat dengan kawan-kawan? Perlukah takut? Tidak perlu la ye. Biarlah. Tak salah berkongsi kehidupan ini dengan 'orang yang tersayang'. Kalau dengan orang yang baru kita kenal boleh dikongsi, kenapa dengan 'orang tersayang' tak bolehkan! Lecturer-lecturer pon ditambah dalam koleksi rakan dalam MukaBuku inikan pula 'orang tersayang'.

Malam tadi difikirkan apakah tindakan yang perlu dilakukan? Berfikir dan terus berfikir seiring masa berlalu. Dikongsi cerita bersama sepupu dan anak saudara. Tergelak sebentar kerana kami juga mengalami perkara yang sama. Berbelah bahagi untuk menerima atau tidak. Kalau tak terima, nanti 'orang tersayang' berkecil hati, kalau terima pula habislah kami tak boleh merapu meraban bersama kawan-kawan di MukaBuku. Hehehe. Malam tadi Che Kay dah tido, tetiba terjaga dari lena terus mesej sepupuku itu. Rasanya lepas ini Che Kay nak jemput pula Mak Su tersayang menyertai dunia MukaBuku pulak. Hehehe


Inilah yang buat Che Kay terkedu. =P


Ok ini pulak pesanan khas buat 'orang tersayang':

Khas buat bapakku,
Jikalau bapak terbaca coretan di atas, jangan kecik hati. Coretan di atas sekadar luah rasa yang selalu yang Jan buat di sini. Kemudian kalau lepas ni Jan confirmkan bapak 'as a friend' di dunia MukaBuku, janganlah bapak terkedu di 'dunia' ini. Inilah 'dunia' yang Jan dan kawan-kawan berhubung. Di sinilah kami mengeratkan silaturrahim kami. Bapak pon pernah muda, jadi harap bapak faham. hehehe.

Dan juga pesanan untuk bapak, jangan bapak mengambil serius setiap kata-kata yang terluah di MukaBuku ataupon di sini. Kadang kala MukaBuku dan di sini menjadi tong sampah emosi. MukaBuku menjadi tempat untuk melepaskan segala emosi yang meroyan dijiwa. Erm...apa lagi ek nak kata.... Tetiba tak ada idea. Oh, Ya!

BAPAK, WELCOME TO MY CYBER LIFE! =)


Ni lain cerita pulak! Aiyoo tetiba hati terasa geram melihat gambaq2 comel ni.
Ajid, Pak Lang rindu............. kat ajid!


December 22, 2009

Pengembaraan Hyppo Biru dan Si Pinokio!

Pada satu hari, di sebuah tempat yang terletak sungguh jauh sekali terdapat dua orang pengembara. Mereka telah terbang meninggalkan semua yang tersayang demi sesuap nasi di tempat orang. Kadang kala bukan sesuap yang mereka makan, tertambah dua pinggan bila makan nasi mbak yang sedap itu.

Oh! Sebelum terlupa, pengembara itu bernama Hyppo Biru, sungguh comel lagi manis orangnya. Hyppo Biru juga baik hati dan ceria orangnya. Sementara itu seorang pengembara bernama Si Pinokio, tinggi lampai serta kurus pipinya. Tapi itu dulu, ketika dua minggu pertama Si Pinokio tiba di tanah ini. Sejak Si Pinokio berkawan dengan Hyppo Biru, bagaikan terjadi pergerakan osmosis asid lemak dari tempat berketumpatan tinggi ke kawasan yang rendah.

Akhirnya Si Pinokio tersedar akan persahabatan bersama Hyppo Biru telah menyebabkan dia turut mengalami proses pengembangan badan secara aktif. Lalu Si Pinokio telah menyalahkan Hyppo Biru yang comel itu. Sejak daripada itu, Si Pinokio sudah tidak sudi menyertai aktiviti makan-makan di waktu senja. Bahkan, dia juga tidak sudi untuk menjamah sebarang makanan yang di beri oleh Hyppo Biru. Apa lagi, Hyppo Biru terus terasa hati. Kata hati 'kecil' Hyppo Biru ( tak kecil mana pon sebenarnya), " Oh, aku pelawa tak mau makan, kalau orang lain pelawa nak pulak makan".

Sepurnama yang lalu, Hyppo Biru telah meminta jasa baik Si Pinokio untuk membawanya menaiki kuda tunggangan Si Pinokio. Hajat Hyppo Biru adalah untuk mengambil kuda kepunyaannya yang telah ditinggalkan di istana pinggir bukit. Memandangkan Si Pinokio begitu murni hatinya, dia telah sudi membawa Hyppo Biru yang comel itu. Di kaki langit menandakan awam hitam pasti akan memuntahkan isi kandungannya. Namun Si Pinokio begitu positif yang mereka pasti akan sempat menempuh segala cabaran yang bakal dihadapi.

Entah bagaimana, tiba-tiba kuda tunggangan mereka telah patah kaki. Terus dihentikan kuda itu oleh Si Pinokio di tepi jalan. Istana pinggir bukit tidak jauh dari tempat itu. Hyppo Biru mengajak Si Pinokio ke 'Kedai Kerang' untuk menyembuhkan kudanya. Namun Si Pinokio menyakinkan Hyppo Biru yang kudanya pasti mampu sampai ke atas istana itu. Maka berlalulah Si Pinokio meninggalkan Hyppo Biru di pinggir padang ragut ditemani titis-titis hujan.

Tak sampai beberapa langkah kuda Si Pinokio, Hyppo Biru melihat dia telah terkandas di tepi jalan. Berjalanlah Hyppo Biru menuju ke Si Pinokio. Memandangkan kuda itu sungguh parah kecederaannya, Si Pinokio menolak kudanya menuju ke Rumah Tikus Putih yang tidak jauh daripada pandangan mata. Lihatlah gambar dibawah begitu gigih Si Pinokio menolak kudanya.

Hyppo Biru dan Si Pinokio duduk termenung memikirkan nasib diri yang malang. Kepada siapalah hendak diadukan nasib diri ini. Mungkinkah inilah kesan akibat 'perkembangan' diri masing-masing. Tidak lama kemudian datanglah Si Kapten Lalat dengan sekadar ber'singlet' putih konon-konon kebal daripada kesejukkan titis hujan untuk menyelamatkan Si Pinokio. Hyppo Biru terpaksa menunggu untuk trip kedua. Kuda yang patah kakinya terpaksa ditinggalkan di Rumah Tikus Putih sebelum dapat dibaiki pada esok hari.

Apa pon jua yang terjadi, Hyppo Biru mengucapkan berbillionan terima kasih kepada SI PINOKIO dan KAPTEN LALAT yang sudi menolong diri ini. TERIMA KASIH ye!

Kesimpulan cerita ya adik-adik, 2 orang yang agak comel lagi tembam tak patut naik kenderaan 2 roda secara berduet. =P


December 18, 2009

RTM Oh RTM!


Hari ni kan Maal Hijrah. Lepas Jumaat,Che Kay duduk rumah menunggu orang yang nak ajak tengok wayang telefon. Tunggu punya tunggu tak ada jugak. Jadi Che Kay layan drama di TV2.

Tajuk: Tahiyad Terakhir

Antara pelakon-pelakonnya ialah: Nasir Bilal Khan, Siti Fazurina, Jasmin Hamid, Azean Irdawaty dan anak dia si Benjy.

Penulis Skrip: Zarinah Hassan

Pengarah: Muhammad Abdullah

Syarikat Produksi: Enuja Production

Ulasan: Aiyooo Che Kay macam pandai je kan nak ulas. Perut memulas ada la. Erm sebab tak da kerja, Che Kay tengok sampai habis ok! Tapikan Che Kay rasa nak meroyan je. Dalam hati dok tertanya-tanya siapalah Che Kay nak salahkan? Nak salahkan penulis skrip ke? Nak salahkan pengarah ke? Atau nak salahkan syarikat produksi? Fikir punya fikir Che Kay nak salahkan orang-orang di RTM yang pilih drama ni untuk ditayangkan pada hari ni.

Wahai encik-encik, puan-puan, atau cik-cik yang di RTM, hari ni kan Maal Hijrah. Kenapa la kamu yang memilih drama-drama tak berhijrah langsung? Che Kay nak meroyan je tengok drama tu? Bunuh berbunuhan di Maal Hijrah? Tet! Macam haram je drama itu. Adakah drama itu sungguh menginsafkan? TIDAK la ye! Konon-konon tajuk tu gempak la kan! Jalan cerita pon very the! Zaman dulu kala punya style. Dalam Malaysia ni dah tak ada drama Melayu yang lebih berkualiti ke nak ditayangkan? Kalau tak pon biarlah drama-drama yang lebih menghiburkan.

Che Kay bukanlah anti RTM ke apa. Selalu jugak Che Kay menonton drama-drama Melayu di RTM. Banyak lagi rancangan yang Che Kay suka contohnya Di Luar Lingkungan. Itu kegemaran Che Kay. Cuma ada kalanya Che Kay bengang dengan drama-drama yang ditayangkan tu macam asal boleh je. Janji ada drama nak tayang la ye. Tapi serius hari ni Che Kay bengang je tengok drama tadi. Buat Ai benci la kat TV RTM! Che Kay rayu ni, tolonglah bagi drama yang syiok-syiok. Erm itu je kot.



p/s: Nak beli tudung? Ada orang jual tudong! Comel! hahaha. Jom Try tengok tudung2 di LURVELY SHOP! Ala jangan la sengan. Mai la tengok dulu!

December 14, 2009

Dinner Oh Dinner

Demi mengisi masa yang terluang lagi agak membosankan, Che Kay dok pikiq apa la nak buat. Dah la kecewa bila Laos dapat sumbat sebijik gol. (hahaha tu dia punya semangat dia tengok bola sorang2). Hari ni Che Kay rasa nak kongsi cerita zaman dulu kala tapi tak berapa nak berkurun lama. Masa dok mengaji di Shah Alam, salah satu aktiviti yang Che Kay suka adalah Dinner! Hehehe. Ye, ramai student tak suka aktiviti dinner. Tambahan pulak student Food Tech. Sebabnya? Tiap2 semester ada dinner. So kena bayaq duit dinner. Ni yang paling depa liat nak bayaq.

Bagi Che Kay, dinner ni seronok bila sebab malam ni la semua pakat nak melaram. Ye la, kebanyakkan budak sains selalunya dikaitkan ulat buku, budak nerd dan macam-macam la. Tapi kalau tengok realiti hari ini, ramai makin bergaya dan stylo hatta pergi ke kelas. Che Kay enjoy ke dinner sebab masa ni la boleh nak tengok senior-senior, junior-junior dan lecturers bersama enjoy event yang sama walaupon ada kalanya dinner itu sungguh hampeh. Hihihi. Percaya atau tidak, sepanjang Che Kay belajaq di Shah Alam, Che Kay tidak pernah miss satu pon dinner dari Che Kay di alam diploma hingga dah dapat degree. =D

Che Kay tergelak la ye bila tengok gambaq-gambaq pi dinner sepanjang dok di Kota Anggerik tu. Yang penting tak perlu belanja banyak ye untuk dinner. Ha, percaya ke tidak meh Che Kay nak cerita. =)

Part 1 Diploma
Tema: Tak ingat
Baju: Pinjam! Anep Baiya punye baju. hahaha

Part 2 Diploma
Tema: 60an & 70an.
Eh, ni bukan Dinner Food Tech! Dinner Kesatria ni.
Ooo baru ingat. Masa tu tak de dinner.
Buat Family Day. Tak da budjet! hihi.
Masa ni Che Kay buat show dengan classmate.
Show Aci Aci Buka Pintu. Che Kay pinjam Sari Merah itu. hahaha

Part 3 Diploma
Tema: Formal.
Penganjur (Syuhada dan classmate dia)nak save budjet baju utk baju.
Baju: Pinjam lagi! Pinjam kemeja dengan tie je.
Penaja: Terima Kasih Anis!

Part 4 Diploma
Tema: Putih & Biru
Masa ni kelas kami yang kena anjur dinner. Disebabkan ada kekangan kewangan, kami buat BBQ! Membakaq depan Affin Bank Di Menara la ye! hehehe.Kami masak semuanya sendiri dengan pertolongan beberapa orang lecturer. Antara orang kuat yang diingati adalah Dr Siti, DAB dan Cik Dila. Sebab Che Kay sibuk, so tak da la no gambaq kami. huhu Yang buat terharu, walaupon hanya BBQ, ramai yang sudi memeriahkan dengan tema yang tak seberapa tu. Budak2 junior part 1 (masa tu) seronok ye tapau makanan yang lebih.

Part 5 Diploma
Tema: Citrawarna katanye
Baju: Kemeja pinjam Umar. Dia size M, Che Kay Size XL. hahaha
Seluar Jepon tu pula pinjam dari Anis.
Selendang beli kat Hot Market je (Ala 5 Hengget je)
Bengkong Pink buat sendiri, beli kain murah kat Nagoya.
Keronsang pinjam Classmatenye. hehehe.
Penaja: Terima Kasih buat Umar, Anis dan ElMazlan (Tukang buat rambut!)

Cerita sebalik dinner. Yang ataih ni la wakil kelas kami dari 27 orang. Yang lain tak datang dinner ni sebab boikot junior bawah 1 semester kitorang. Masa kitorang buat dinner, classmate junior yang datang hanya suku dari bilangan classmate diorang yang berganda dari bilangan classamate kitorang. Lepas tu ramai classmate Che Kay masa tu yang masih terasa hati dengan sesetengah classmate junior yang cari gaduh dan kutuk2 kitorang masa kitorang buat BBQ. Hahaha Cerita lama, tergelak la ye bila dikenang. Sekali masa degree, kami semua 1 kelas la ye. hehehe

Part 6 Diploma
Tema: Batik
Baju: Kemeja pinjam Anis Lagi Sekali! Hahaha
Tie Batik Beli di Central Market. Tak ingat berapa belas hengget. =)
Ntah macam mana terjadi tema My Chemical Romance katanya. Hehe
Kebetulan budjet tak da, tu tie batek je mampu beli. huhu

Part 3 Degree
Tema: Part 3 Kena Pakai Biru.
Baju: Kemeja tak pinjam. Beli Sendiri kat KOMTAR.
Jaket pon beli kat Jusco. Semuanya masa Sale. Jadi murah la ye!
Masa ni la Che Kay pakai spek merah yang baru. Hehe

Part 4 Degree
Tema: Citrawarna (Lagi Sekali!)
Baju: Baju dan sampin sendiri punya. Baju raya 2 tahun lepas.(masa tu la ye)

Part 5 Degree
Tema: Hijau, Putih & Hitam. (Sekali masa dah dekat dinner baru diorang bagi tau tema yang betul. Tu pon tengok kat poster. Baju dah ada, so pakai je apa yang ada)
Baju: Baju lengan panjang pinjam kat Yazid. (Ye, Pinjam!)
Baju Bulu-bulu beli kat Uptown. Murah je.
Seluar jeans putih 7 hengget je (Uptown jugak!).
Kasut Bata pakai pegi lab 13 hengget je. hahaha.
Eye Shadow Elianto baru 5 hengget! =)

Part 6 Degree
Tema: Tetiba terlupa la ye. Tapi macam something glamour macam tu.
Baju: Kemeja dan tie pinjam Yazid. (Dia size S la ye! hahaha)
Jaket lama yang ditambah bling-bling (aka Manik2 kilat berjurai-jurai)
Seluar Jeans Putih Uptown yang 7 Hengget itu. =D

Part 7 Degree (Final Semester)
Tema: Kenduri-Kendara
Baju: Baju Melayu Konvo masa Diploma.
Ditambah manik2 berkilat di bahagian hujung tangan.
Butang Baju Melayu Diamonds pinjam dari Yazid! (Terima Kasih Yazid)
Keronsang di songkok pon pinjam jugak. Tak silap kepunyaan Puan Umarah (Bini Pey). Hehehe Songkok sendiri punya. Capal 10 hengget dari Tesco.

Ha! Bila dah analisa baru Che Kay sedar, selama ni Anis dan Yazid adalah insan utama yang menjadi rujukan (serta tukang pinjam baju) untuk dinner Che Kay. Patut la kadang-kadang Che Kay fikir mana la datang baju-baju yang dipakai masa dinner. Rupa-rupanya selama ni PINJAM, KITAR SEMULA dan KREATIVITI menjadi tema. Hehehe. Siapa kata kalau nak pergi dinner kena banyak belanja. Yang penting pandai mengatur dan happy dengan diri sendiri. BTW Che Kay bukannye pandai nak bergaya ke ape, terlebih yakin je la ye! hihihi=)

Akhir kata

TERIMA KASIH ANIS & YAZID!

p/s: pergh panjang giler. tak kesah. Janji bahagia. Btw Rasa sungguh best bila Malaysia menang bola! Yea!!!!



December 13, 2009

Kisah Jalang

Pertama kali ini bukanlah cerita yang kena mengena dengan perempuan jalang bertatukan rama-rama di belakang bahunya. Kalau nak tahu cerita Jalang itu, sila ke wayang! Itu pon kalau ada lagi.=P

Sejak akhir-akhir ni, aku sungguh merindui sesuatu. Sesuatu yang membuatkan hidup ini ceria. Walaupon jodoh kami tak panjang, erm kira-kira 3 bulan lamanya, kesannya meruntun jiwa. Dulu ketika dia disampingku, boleh kugenggam dan dakap setiap malam. Dengan dialah aku menjalang setiap hari dan sepanjang waktu. Kini kau tiada, aku pon dah berhenti daripada aktiviti itu.

Erm....Bilakah aku nak kembali ber'Kamera Jalang'? Pertamanya sudah tentu mencari pengganti yang 'hilang'. Buat masa ni yang mampu aku kembali kepada yang lama. Sesungguhnya sepanjang hidup ni, itu kali pertama aku menggunkan telefon kamera. Hairan kan? Padahal ketika di U, ramai rakan boleh berganti telefon setiap semester. Tapi bagi aku yang tidak gila telefon, janji aku boleh berhubung dan bermesej pendek dengan kawan serta keluarga sudah mencukupi. Kamera biasa pon tak pernah ada. Jadi bagaimana aku bergambar segalanya? =) Kawan-kawan kan ada!

Sejak terjebak dalam 'dunia' ini, rasa tak lengkap kalau tidak ada kamera. Selain tu, telefon tu la nyawa untuk bermukabuku dan sebagainya. Telefon tu tidaklah secanggih BlackBerry dan iPhone, tapi 'dia' cukup membahagiakan! Oh Cik Nokia, aku merinduimu~ Sejak kamu tiada, aku sudah tak boleh berjalang lagi. Huhuhu

Kalian mesti akan kata belilah yang baru. Hehehe bila ada rezeki bolehlah beli. Buat masa ni gunalah apa yang ada. Apapon sejak Cik Nokia tak ada, hidup ni kurang berseri.


December 6, 2009

Kisah 5 Sekawan dan Seorang Budak

Di pagi yang suram, 5 sekawan sekadar mampu termenung memikirkan apakah kesudahan perjalanan hari ini. Emosi 'mereka' agak terganggu bila terkenangkan kehidupan, percintaan, persahabatan dan masa depan. Hanya mampu terbaring di sofa sambil ditemani oleh televisyen yang tidak berhenti menyiarkan lagu-lagu terkini. Sarapan pon diabaikan kerana terlalu melayan emosi yang tidak ada penghujungnya.

Bila puas melayan jiwa, terus 'mereka' berdiri melihat dunia luar. Dalam hati 'mereka' berkata, "Dunia ini terlalu banyak perkara yang harus dinikmat. Jadi marilah gunakan masa sebaik mungkin!". Lalu 'mereka' bergegas menyiapkan diri sebaik mungkin sebelum melangkah keluar. Menunggang kenderaan itu menuju ke rumah manis kedua di hujung minggu membuatkan hati 'mereka' sedikit tenang. Mungkin hati tak kan sunyi bila melihat orang ramai yang lalu lalang di depan mata.

Tiba masanya, duduklah 'mereka' di tengah-tengah bilik gelap itu. Menunggu dan terus menunggu. Adakalanya 'mereka' tertunggu-tunggu bilakah layar kosong akan bercahaya? Belum pun bermula, selesai sudah segala yang ada di tangan. Ada yang diminum, ada yang dikunyah, dan ada juga yang ditelan. Sebaik sahaja layar bercahaya, terus terpaku 'mereka' melihat apa yang ada di depan mata. Babak demi babak berlalu, tanpa disedari ada linangan air mata di pipi. Oh, sungguh emosi 'mereka' itu!

Walaupun budak itu hanya paparan satu imaginasi, 5 sekawan itu sungguh puas menontonnya. Sungguh pun semasa kanak-kanak pernah 'mereka' menonton kisah budak ini, namun apa yang dipaparkan lebih mengagumkan 'mereka'. Che Kay, Kaykay, Peyjal, Jan dan Faizal keluar dari bilik gelap itu dengan hati yang ceria.......




p/s: Ketika ini 'mereka' baru selesai menonton salah satu filem kegemaran yang begitu emosi!


December 2, 2009

Konon-konon Kajian Katanya.......

Entah bagaimana hari ini Che Kay tergerak pula nak buat kuiz di Mukabuku. Kaedahnya dah lama tak buat sejak dah bosan bila semua umat Mukabuku berlumba-lumba pamerkan keputusan setiap kuiz diorang. Mungkin Che Kay nak isi masa lapang kot. Lapang ke kaedahnya masa tu? Entahlah!

Tak silap Che Kay, kuiz ini pernah buat masa gila main kuiz. Jadi ni saja la Che Kay nak cuba buat ulasan keputusan tu. Tajuk kuiz tu adalah Kajian Dr Fazilah Kamsah Tentang Sifat Manusia. Hihi entah betul entahkan tidak ni kajian penama tersebut. Kajian ni berdasarkan bulan kita dilahirkan. Mari kita buat 'Lab Report' bagi ciri-ciri terpilih. Hihihi (Nota: Perkataan yang ditebalkan adalah keputusannya, manakala seterusnya adalah ulasan hihi)

Discussion:

1. Sangat seronok didamping - Erm ni tak tau nak jawab. Korang sendiri nilai.

2. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki - Semua orang ada rahsia kan!

3. Agak pendiam kecuali diransang - Pendiam? tak jugak. Banyak cakap!

4. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan - Erm macam selalu je susahkan orang. hihihi

5. Mudah dipujuk dan bercakap lurus - Boleh la tapi cakapnya kadang kala bengkang bengkok.

6. Sangat menjaga hati orang lain - Hahaha ada jaga hati ke? Mulut jahat tu kira menjaga hati ke?

7. Sangat peramah - Terlebih okey. Dengan kawan-kawan dia je la. hihi. Tapi kalau orang tak tegur dia, dia boleh senyap seribu bahasa. (Betul, tak tipu! Che Kay ni jenis susah nak berkomunikasi dengan orang yang tak tegur dia.)

8. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya - Tak pasti akan emosi mendalam itu tapi yang pasti mudah tersentap. hehehe

9. Berjiwa sentimental - Ya, BETUL! Tahap karatzzzz.

10. Tidak suka benda remeh-temeh - Ya ka? Kawan-kawan kata Che Kay ni cerewet la jugak.

11. Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang - Ha!ni memang ye! Penuh kasih sayang ni dalam hati.

12. Suka menilai orang lain dengan pemerhatian - Adakalanya la ye.

13. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama - Erm biasalah mengenangkan nostalgia lama.

14. Suka mendiamkan diri - Ni selalunya bila tersentap.

15. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan - Che Kay ni susah sikit nak berkawan dengan orang.

16. Lemah dari segi kesihatan perut - Setakat ni perut sunggoh SEHAT! hahaha

17. Mudah gemuk kalau tak kawal diet - Betul betul betul!

18. Minta disayangi - Siapalah yang tak nak disayangi. Kawan-kawan sayang pon dah ok. =)

19. Mudah terluka hati tapi lambat pulih - Biasa la Mat Sentap....

20. Terlalu mengambil berat - Adakalanya la ye. Sampai orang pon tak suka.

21.Rajin dalam membuat kerja - Oh, Tidak! Rasanya bila kemalasan melanda, terbengkalai itu kerja. =D


Conclusion: Tak kenal maka tak cinta. Oleh sebab tu sila kenal Che Kay sebelum tuduh Che Kay macam-macam. =P



BTW kalau ada masa singgahlah ke www.lovelygifts.my .
Manalah tahu kalau ada kawan-kawan ada berkenan produk cenderahati.

November 30, 2009

~ Suka Suki Di Tanjung ~

Pejam celik berulang kali, hampir 6 purnama lamanya berada di Tanah Borneo ini. Macam-macam yang berlaku. Che Kay sedar sepanjang waktu itu, diri ini sering meroyan itu dan ini serta dok kecik hati. Berulang kali Che Kay katakan diri ini sunyi dan perlukan teman untuk bersembang. Erm....tak mengapa. Lupakan saja.

Sesungguhnya, dalam waktu yang begitu lama, sudah semestinya ada waktu yang bergembira bersama kawan-kawan yang kita menumpang kasih sayang. (Eh, boleh tumpang-tumpang ke? Ish ish ish mana boleh.Nanti ada orang marah.).

Argh!!!!!! Dah semangat tahap gaban nak buat pasal aktiviti suka suki, baru perasaan yang gambo banyak tak da. Semua ni disebabkan ada orang tutup suis komputer. Oleh sebab tu, mari layan pemandangan di salah satu lokasi untuk bersuka suki, Tanjung Aru! Konon-konon nak tengok matahari terbenam la ye. Btw, ini adalah aktiviti lama. Semuanya semata-mata mencuba kamera pinjam. hehe =)

Konon-konon datang sini nak tengok matahari terbenam.

Di sini ada kedai yang nampak eksklusif.
Siap ada persembahan kaum etnik Sabah di malam hari.

Ni la Mat yang lepak di tanjung ni bersama Che Kay.
Seperti biasa Mat ni bergayut dengan awek dia sepanjang masa.
Hahahaha

Menarikkan ABC ni! Mat atas yang makan ABC ni.
Macam sungguh menyihatkan dengan segala buah yang ada.
Tapi Che Kay rasa ABC Sek 2 Shah Alam lebih mengancam!
Terkenang-kenang!

Nasi ni Che Kay yang makan.
Tak ingat apa nama nasi ni.
Yang penting TAK SEDAP!

Di sini ada macam-macam!
Ada sayap, ada sate
Erm....lazat!

Yang masam-masam ni harus la kaum wanita paling minat.
Che Kay tak minat makan benda ni.

Jagung dan kacang pon macam menarik!

Sayang seribu kali sayang, surau dia sungguh kepam!

Sebagai penutup, mari saksikan video.
Konon-konon orang tu nak jadi pengacara.
Hehehehe


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...