Showing posts with label Konah Canteq. Show all posts
Showing posts with label Konah Canteq. Show all posts

March 28, 2012

Si Jaket Kuning!


Pertama kali pandang si jaket kuning ni masa tuannya pakai untuk Final Year Fashion Show, terus hati ni terpaut. Tapi masa tu tak dapat tengok jaket kuning ni secara terperinci. Baru-baru ni ada dapat jemputan untuk Anual Dinner. Tema dia so-so je. Walaupon begitu Che Kay tetap teruja ok. Dan dalam kepala otak ni asyik teringatkan jaket kuning ni je. Fikir pusing-pusing cari idea lain pon tetap kembali dengan yang mata dah berkenan. Bila si tuannya kongsi video masa MIFW 2011, dah nampak secara terperinci detail dan potongan jaket ni lagilah hati berkenan. Terus nak tanya kat Zeed Jameel , please buatkan untuk Che Kay satu! ; )

p/s: Dok terbayang-bayang ni kalau Che Kay pakai jaket kuning ni... hihihi

February 3, 2012

Lisa Eldridge dan Vintage Make Up Tutorial

Selalunya waktu lapang kalau dah boring tak tau nak layan apa, Che Kay suka tengok make up tutorial kat Tiub Kamu. Kalau di Tiub Kamu tu bercambah make up tutorial dari amatur sampailah yang pro. Antara makeup guru terkenal yang selalu Che Kay layan ialah si Michelle Phan. Hari ni Che Kay terjumpa seorang lagi Make-up artist bernama Lisa Eldridge. Kalau berdasarkan biographynya, Cik Lisa ni dah make-upkan ramai artis glamour dari Cameron Diaz, Kate Moss sampailah ke Salma Hayek. Kagum jugaklah membaca biography dia. Di channel Tiub Kamu Cik Lisa Eldridge ni ada 103 video. Setakat ni baru 10 video yang Che Kay sempat tengok. Banyak jugak teknik-teknik baru yang dipelajari dari Cik Lisa ni. Cara dia make-up sunggoh simple dan effortless. I Like~


'No Make-Up' Make-up


Marilyn Monroe Iconic Make-up Look

Dalam blog Cik Lisa, dia ada share video make-up tutorial zaman dulu kala tahun 1939. Terus Che Kay terbayang, kalaulah zaman dulu ada Tiub Kamu, mesti banyak tutorial yang klasik kita boleh tengok sekarangkan. Hehehe. Di channel  Vintage Fashion ada 45 video vintage dari Max Factor sampailah macam mana luruskan rambut di zaman dulu. Layan jugak ye! =)


p/s: Kaedahnya si Lisa Eldridge ni dah ada channel Tiub Kamu ni dari 3 tahun lepas, tahun ni baru Che Kay terjumpa. Ok la kan lebih baik dari tak jumpa langsung~ hihihi.

November 14, 2011

Generasi Baru Makeup Guru @TiubKamu!

Ke tepi semua Makeup Guru di Tiub Kamu~
Lupakan Michelle Phan, abaikan Xteener
dan berhenti tengok Panacea81.
Kini masanya kita berguru dengan si comel Madison!


Che Kay baru tahu pasal si comel ni. Kebetulan semalam tengok America's Next Top Model All Star episod 8. Terus tertanya apa yang dia buat sampai si Tyra guna dia dalam ANTM. Bila digodek-godek baru ku temu jawapannya.

Video pertama si Madison ni memang cute! Beria dia cerita tentang segala makeup dan berus yang dia ada. Dari cara penyampaian dia depan kamera terserlah ayat-ayat dia tu semuanya seperti Makeup Gurus yang lain. Katanya selalu tengok video makeup dengan mak dia.


Setakat ni ada 51 video pasal Madison di channel mzzclipper12. Salah satu video yang cute bila Madison buat 'tutorial' untuk Halloween. Che Kay rasa kagum pon ada, rasa lawak pon ada. Ye la sekarang ni budak-budak dah boleh famous macam Makeup Guru yang lain. =)

p/s: Kita masa budak-budak main kaler-kaler dengan buku je. Budak la ni terus main kaler-kaler muka dan buat video skali. hehehe

February 4, 2011

Mary Dan Kay

Pada hari pertama dalam tahun arnab, Che Kay rasa macam tak ada aktiviti yang hendak dibuat. Tinggal keseorangan, kesepian lagi kesunyian membuatkan otak ini tak dapat fikirkan sebarang aktiviti menarik untuk dilakukan. Nasib baik Cik Lulu mengajak Che Kay ikut dia. Katanya nak main makeup-makeup. Pantang ada orang ajak bab-bab kecantikan ni, Che Kay seronok je.

Bila sampai tempat dituju, rupanya aktiviti sebenar adalah demo produk kecantikkan. Namanya Mary Kay (Harap maklum produk tu bukan Che Kay yang buat! hihihi). Dan kebetulan pula penasihat kecantikkan tu Che Kay kenal pulak. Cik Hani adalah staff satu jabatan dan kami pernah terlibat dalam program berkaitan makanan.

Cik Hani memperkenalkan kami dengan permulaan kisah Mary Kay yang gigih mencipta empayar kosmetik lalu memperkenalkan produk ini serata dunia. Kemudian dia memberi kami peluang untuk mencuba produk-produk Mary Kay seperti berikut:


Produk Tangan: Satin Hand Softener, Peach Satin Hand Scrub & Peach Satin Hand Cream
-Komen: Aduhai! kami terpegun dengan produk tangan ni. Tangan kami jadi sungguh lembut!

Produk Muka: Mary Kay Botanical Customized Skin Care. Che Kay cuba Formula 3 - Oily Skin. Mula-mula kami cuci muka diikuti pakai masker, toner dan krim. Walaupun memakai dalam amaun yang sedikit semuanya bagaikan mencukup untuk disapu di muka. Masker MK sungguh menakjubkan! Nampak perubahan setelah pakai dalam 10 minit! Bagaikan kena botox muka ini. Dan lebih menyeronokkan selepas beberapa jam, muka ini masih 'ayu'! hihihi.

Tu dia, DJ Glamour Black Noty Sabahan.fm pun turut serta mencuba!

Kami yang seronok. Peace! =)

Produk Bibir: Satin Lip Mask dan Satin Lip Balm pun sungguh mengujakan! Selepas mengenakan Lip Mask untuk seketika dan dicuci, bibir terserlah kemerah-merahan! Disapu pula Lip Balmnya, aduhai...bibir kami lembut! Rasanya sungguh berbeza jika dibandingkan dengan produk bibir yang lain.

Selepas selesai semua sesi kecantikan, kami rasa jatuh cinta dengan Mary Kay! Aduhai, kalau sudah bergaji memang kami beli! Masing-masing dah mencongak duit yang perlu disimpan untuk mendapatkan produk idaman. =)

Bersama Cik Hani selepas sesi demo


Selepas beberapa jam, kami masih cantik. hehehe (perasan betul!)



p/s: Sesiapa sekitar Kota Kinabalu yang teringin mencuba produk Mary Kay bolehlah hubungi Cik Hani, Independent Beauty Consultant Mary Kay. Jika ingin dapatkan nombor telefon beliau sila mesej di MukaBuku saya. Nanti saya bagi nombor Cik Hani kita ni.

January 7, 2011

Brush, Colours & Rumah Pengantin!

EMBRACE YOUR INNER DIVA!

Haha klass kan tagline atas tu. Hari ni Che Kay nak kongsi satu video tutorial dengan kawan-kawan. Kebetulan hari tu terjumpa video ni di Mukabuku. Tuan punya video ni tinggal di Cardiff, UK. Dan sejak terjumpa video ni, Che Kay dah khatam semua video tutorial dia di channel TiubKamu bernama MakeupAdikt! Orang dia dah sedia chanteq, jadi menatap video dia memang chanteq-chanteq belaka. Video di bawah adalah makeup tutorial berdasarkan tradisi pengantin India/Pakistan. Kalau sebut dua negara ni yang mahalnya haruslah makeup mata! =)
Lets Chanteq!




Btw Che Kay nak ucap terima kasih kepada page Rumah Pengantin sebab kongsi video ni. Kalau RP tak kongsi Che Kay pon tak jumpa channel MakeupAdikt. =)


Untuk makluman, Rumah Pengantin menyediakan pelbagai servis untuk hari bahagia. Servis yang disediakan adalah:

Wedding Photography | Bridal (Andaman) | Fresh Flower Deco (Florist)
Hantaran & Sireh Junjung | Beading

Untuk maklumat lanjut sila ke Mukabuku Rumah Pengantin~

December 19, 2010

Dari Kerana Mata..

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati.

Gituh pantun dulu-dulu menuduh mata punca segala perasaan kasih dan sayang. Tapi betul juga kerana mata yang melihat dapat menafsirkan segala pandangan yang ada. Bila dah proses baru hati menilai kan. =) Sebenarnya tengah boring-boring di hari Ahad. Hujan panas pula di tengahari. Jadi Che Kay melepak la di TibuKamu. Sekali terjumpa pula video lama Cik Adik yang comel ni. Apa lagi, layan ja video-video dia walaupun dah lama ditayang di TiubKamu.



p/s: Jaga-jaga jangan sampai kena infection kat mata! hehehe


June 24, 2010

Bila Sharmila BerKilau...

Wah wah wah! Majlis Makan Malam datang lagi!
Che Kay suka......
Katanya tema Etnik 1 Malaysia...
Erm agak2 apalah akan terjadi bila Sharmila Tangore bergabung
dengan M Daud Kilau?
Hahahaha tak tahu la
ye.
Nanti kita lihat hasilnya~~



p/s:
Teringat reaksi Puan Fazni bila dia terkedu bila Che Kay kata M Daud Kilau tu idolaku. Hahaha


Sumber Gambar: movies.sulekha.com dan Damak Images

January 10, 2010

Kulit Secerah Alam

Dah lama Che Kay tak bercerita tentang Chanteq dan Jelita!
Hahaha teringat kepada *KCMku si Aneng Jelita!
Dia sungguh suka mencuba tips dan petua untuk chantek. hahaha
*(KCM= Kawan CoMolot)

Kebetulan hari ni membelek muka.
Kenapalah sekarang tak terjaga muka ni.
(Macam la selama ni menjaga muka kan! hahaha)
Ha! Jangan nak gelak ok. Ingat perempuan je ke menjaga muka.
Ada 'Mat Rempit' kerja depan mata Che Kay pon pernah bertanya macam mana nak elak sunburn.
Ha, tak ke haru nak menjawab.

Kebetulan tadi menjengah ke Tiub Kamu, dan jumpa petua ini.
Mencerahkan Kulit Secara Semulajadi Dengan Jus Lemon!

Nak tahu? Sila la tonton video di bawah:



Sumber: Di Sini

Kalau macam leceh sangat,cuba je guna yang bawah ni. =)



Testimoni? Hahaha Nanti kite tanya sesiapa yang dah beli dan mencubanya. Chanteq ke tak kaedahnya. =P

September 12, 2009

Konah Kembali!!!

WAHHH~~!!! Lamakan Konah tak bersama dengan kawan-kawan yang disayangi. Kawan-kawan pon dah tanya pada Cik Kay apa la yang terjadi kepada Konah. Konah sehat sejahtera saja. Konah cuma tak da kesempatan nak mencari info-info yang menarik untuk dikongsi bersama. Memandangkan Aidilfitri tak lama lagi, Konah rasa Konah perlu mencari sesuatu untuk semua. Konah pon tak sabar nak mencuba petua terbaru Tok Guru Michelle Phan. Bahan asasnya, erm... NASI! Mari Mari Mari! Mari kita tengok TiubKamu yang Tok Guru naikkan baru-baru ni. Semoga kita semua akan lebih bersinar di hari lebaran! =)


May 1, 2009

Asas Itu Penting !!!

Hujung minggu kali ini tentu membuatkan ramai yang gembira sebab cuti agak panjang daripada biasa. Sebelum itu Konah pohon kemaafan sebab Konah agak lama tak bercerita perihal canteq. Sampai beberapa orang kawan bertanyakan Konah itu ini. Konah pon ada kerja nak buat ye kawan-kawan. Hihihi. Oleh sebab pada hari ini cuti, Konah mencari beberapa maklumat penting yang boleh kita kongsi bersama untuk memantapkan kecantikkan diri! :D

Konah sungguh suka dengan Tok Guru utama di TiubKamu iaitu Michelle Phan. Cara dia mengajar untuk membuat satu-satu jenis solekan sungguh mudah dan videonya tidak menjemukan. Jadi memandangkan hari ini cuti, rasanya sesiapa yang tak ada kerja boleh la dengar komen-komen Tok Guru Michelle Phan tentang asas solekan iaitu 'Foundation'. Konah faham ramai kawan-kawan Konah agak keliru bagai mana hendak memilih 'foundation' yang sesuai dengan diri. Memandangkan Tok Guru Michelle Phan tinggal di seberang lautan, sudah tentu tidak semua produk-produk itu ada di tempat kita. Dan produk yang dikomen adalah produk-produk yang kita boleh dapati di gedung farmasi (bukan produk mahal-mahal ye). Tidak mengapa, belajar tidak merugikan bukan! :)

Bahagian 1: On The Go Review Foundation 

Produk yang dikomen oleh Tok Guru Michelle Phan adalah ALMAY, Lasting Finish, Rimmel dan juga produk-produk Loreal ( Kerana dirimu begitu berharga) :D

Bahagian 2: On The Go Review Foundation 

Produk yang dikomen oleh Tok Guru Michelle Phan adalah Maybelline, Revlon dan Neutrogena.

Setelah mendengar segala komen Tok Guru Michelle Phan, mari kita belajar bagaimana sebenarnya hendak memakai segala jenis alat solek khususnya untuk asas solekan. Kali ini Konah belajar daripada Tok Guru Miss Chievous. Tok Guru Miss Chievous menerangkan asas solekan kepada dua bahagia. Mari menonton video Tok Guru Miss Chievous.





Sungguh mengujakan bukan pelajaran yang diajar oleh kedua-dua Tok Guru ni! Semoga semua akan menjadi cantek sentiasa. Tapi Konah lebih sukakan video-video Michelle Phan. Sebagai bonus hari ini lihatkan gambar 'Chantek' yang Konah jumpa. Kaedahnya, 'Chantek' ke? Hahaha

Erm bila tengok video-video di TiubKamu, majoriti menggunakan produk berjenama internasional. Agak-agaknye ada tak orang yang buat komen pasal produk solekan berjenama tempatan seperti Sendayu Tinggi ke? huhu. Oh ya! Sebelum terlupa, sila tonton video dari Tok Guru Michelle Phan juga. Agak-agak halal ke kalau kita amalkan? Sila berikan pendapat. :)


P/s: Kaykay in love with Michelle Phan! huhu

April 13, 2009

Konah Dan Pak Arab

KONAH KEMBALI KAWAN-KAWAN! Hari ini Konah ingin bercerita mengenai Konah dan Pak Arab! Musim-musim hujan ni kan sesuai sangat kalau kawan-kawan Konah berjalan-jalan mecari Pak Arab yang ada di pelusuk kota. Teringat Konah kepada seorang kawan di sebuah kolej di ibu kota. Annette nama dia. Orangnya lucu dan suka tersenyum. Minatnya, :) Pak Arab la! Berterik-terik si Annette ni berkenalan dengan Pak Arab Turki dekat MIRC (well zaman tu MIRC la kan tempat kita chatting). Hihi. Sungguh kacak gambar Pak Arab yang diposkan kepada Annette. Apa khabar ye si Annette sekarang?

Ok mari lupakan Annette. Pada hari ini, Konah teruja membaca Kosmo (surat khabar kegemaran Konah). Artikel "Ringkas Tapi Ranggi" menarik perhatian Konah. Bagi Konah, kalau kawan-kawan hendak mengorat balak Arab, haruslah kita belajar bagaimana berpakaian seperti gaya Arab. hihihi. Yang menarik perhatian Konah membaca artikel ni adalah katanya "Cara wanita Arab bertudung hanya menggunakan sebiji kerongsang untuk disematkan di bahagian leher supaya tudung tidak tertanggal". Kalau nak membaca artikel ini silalah lawat di sini atau beli Kosmo hari ini.



Itu baru bab bertudung. Belum lagi bab tata rias di muka. Seperti yang kita boleh lihat, cara tata rias Arab agak tebal dengan alis matanya, bedak mukanya serta warna-warna mereka gunakan agak garang. Contohnya kalau bukak ART TV tu erm amboi merah tak ingatkan mak ngah. Tu belum lagi dalam muzik video Arab. :) Konah tak pandai sangat make up cara Arab. Tapi kalau kawan-kawan nak mencuba make up cara Arab, mari kita sama-sama belajar ikut video bawah ni. Selamat mencuba!

Tutorial Make Up Arab


Contoh-contoh make up Arab

Terkini: Aduh, layan pulak lagu ni. Konah ulang dengar lagu ni lagi dan lagi...hihi


P/s: Miss Epit! I Like Ur Style!

March 27, 2009

Cermin Mata? Tiada Masalah!

Sebagai salah seorang yang memakai cermin mata, kadang kala cermin mata menjadi penghalang untuk kita tampil dengan lebih canteq. Selalunya kita menyerahkan sepenuhnya kecantikkan diri kepada cermin mata. Dengan harapan, kecantikkan cermin mata itu dapat menampakkan kita lebih canteq dan anggun. Memandangkan tok guru Michelle Phan telah kembali dengan tutorialnya yang baru, Cik Konah nak berkongsi rahsia kecantikkan bersama kawan-kawan yang lain. Mari kita cuba tip kecantikkan tok guru untuk kita yang bercermin mata. :D 






March 14, 2009

Tok Guru, Anak Saudara & Layu

Ada 3 perkara yang ingin dikongsikan bersama pada hari ini. :)

1. Tip Kecantikan
Konah teruja bila Tok Guru Michelle Phan telah beri petua terbaru di saluran 'Tiub Kamu'. Oleh sebab itu Konah ingin berkongsi tip ini dengan rakan-rakan lain. Bahannya cukup mudah. Hanya menggunakan tomato dan juga gula. Cukup mudah kan! Selamat mencuba!



~Konah~


2. Anak Saudara Pak Cik Hussein
Wah! Malam tadi mesti 'groupies' Tomok bersorak sakan melihat Tomok dapat 'kekebalan' kan! Ahli 'groupies' Tomok jangan segan-segan nak mengaku yang korang semua teruja dengan berita semalam. Ala-ala selamatlah kredit korang minggu ni. Boleh la korang bawak kehadapan kredit itu diminggu depan. Aku pon seronok juga melihat 'Meet Uncle Tomok' beraksi. Hihihi. Tapi aku bukan ahli 'groupies' Tomok ye! Erm dalam banyak-banyak peserta, aku kurang gemar lelaki yang kurang tinggi tu. Bukan aku buta seni atau buta muzik, cuma aku kurang gemar suaranya. Huhu.



~KayKay~


3. Layu - Malique
Kebetulan ketika 'berjalan' di saluran 'Tiub Kamu', aku jumpa video ni. Nak kata lagu pon, penyanyi tu macam baca sajak. Hati ni tersentuh mendengar puisi ni.
Moga kawan-kawan dapat menghayatinya. Di sini aku bukan ingin menyentuh politik negara, cuma terfikir apa kesudahannya nasib bangsa. Erm apa pun aku suka liriknya.



Layu - Malique
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai


~ Faizal~

March 11, 2009

Mari Menjadi Jelita Bersama-sama

Kembali lagi bersama Konah pada hari yang mulia ini. Ada kawan-kawan bertanyakan lagi pada Konah yang cantek ini tentang rahsia kejelitaan yang boleh dikongsikan bersama. Memandangkan Konah bukan guru yang tepat untuk mengajar semua ilmu kecantikkan ini, jadi Konah mencari alternatif yang boleh kita sama-sama belajar dan juga amalkan di hari-hari mendatang. Mari kita lihat rahsia kejelitaan pada hari ini.

1. Chocolate Anti Aging Mask
Untuk makluman semua, segala bahan yang diperlukan mudah dan senang didapati di kedai runcit berdekatan rumah kita. Kalau tak ada, cari la di kedai lain di daerah anda.




2. Rahsia Wajah Tanpa Jerawat (Beauty Secret to No Pimples)
Berdasarkan video yang telah Konah tonton, bahan yang diperlukan cukup mudah. Bangun, pergi dapur anda dan carilah gula. Menurut komentar yang telah di tinggalkan pada video ini, tip mengunakan gula ini berkesan. Sila lihat untuk tahu dengan lebih lanjut bagai mana untuk menggunakannya. Amaran: Tuan yang beraksi dalam video ni banyak cakap. Jadi sabar je la ye.



3. Lipgloss anda dah habis?



4. Simple Everyday Look
Konah amat suka dengan gaya dan tunjuk ajar oleh Tok Guru Michelle Phan. Konah tahu ada kawan-kawan yang terkial-kial nak makeupkan diri sendiri. Mari belajar cara mudah untuk pemakaian hari-hari. Konah nak ajar sendiri Konah tak pandai. :D



Selamat mencuba ye! Kalau ada yang tak jadi, jangan marah Konah. Ini semua hanya perkongsian ilmu. hihi

~Markonah~

March 5, 2009

Tip-tip Sentiasa Cantik Di Zaman Gawat!

Kembali lagi bersama Konah Kelabu pada hari ini. Konah ingin berkongsi tip-tip kecantikan yang menggunakan bahan-bahan murah dan sesuai dengan zaman ekonomi yang tidak menentu ni. Walaupun Konah bukan pakar kejelitaan, Konah percaya kita semua berhak untuk menjadi cantik setiap hari. Konah belum lagi mencuba tip-tip di bawah kerana Konah menggunakan produk yang seiring dengan kehendak syarak untuk menjimatkan perbelanjaan kecantikan. Berikut adalah video yang Konah jumpa semasa godek internet. Selamat mencuba!

P/s: Sila pausekan lagu di sebelah sebelum menonton video di bawah. :)


DIY: Homemade Lip Colour


Paper Bag Curls Tutorial : No Heat


Aspirin Mask


Kitty Litter Facial Mask : Deep Cleansing


Bagi video yang ni, sila la tonton dulu sebelum buat andaian bukan-bukan. ;)

~Markonah~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...