May 8, 2009

EH! Kisah Kelmarin ...

Seminggu yang lepas, Konah dah beli majalah kesayangan ni. Terasa nak komen macam-macam pasal muka depan ni! Erm ini dia komen dari Cik Konah Jambu! =D

1. Misha komited untuk cantik

Sebagai seorang artis, haruslahkan kena cantik. Kalau tak cantik, nanti orang pon tak suka. Bila baca artikel ni kan, erm tak da la kagum mana dengan Cik Misha yang sanggup pergi jauh buat segala rawatan kecantikkan. Ye la orang mampu. Lagi pon nak pergi jauh-jauh dah tak jadi masalah. Airasia kan ada! Tapikan kalau kita fikir-fikirkan balik, bukan Cik Misha je yang komited untuk cantik. Cuba lihat mak cik-mak cik di kampong macam Cik Joyah, Kak Nab, Kak Bedah, Tok Nek semua, demi kecantikkan diorang sanggup buat macam-macam. Kalau kita selalu main beli je itu ini. Diorang? Buat sendiri bedak sejuk. Aiyooo azab ye nak buat bedak sejuk! 4-6 bulan rendam beras, baru boleh nak titik-titikkan adunan sebelum keringkan. Hasil dia, erm kadang kala setahun pon stok yang buat sendiri tak abis pakai. Hihihi.

2. Gerek

Mula-mula masa Konah baca muka depan ni kan, dalam kepala otak terfikir ‘Gherek’! Takkan EH! Nak bicara pasal ‘Gherek’ kot? Mana la tau kan la ni musim orang menuju ke arah hidup yang lebih baik dengan bersenam. Bila dah baca baru la Konah tahu gerek tu apa. Hihihi baru paham kenapa orang suka sebut ‘Gerek seh’! Tapi ni semua salah orang yang ajaq Konah. Dia tak terang betul-betul maksud gerek. Konah ingat Gerek = ‘Gherek’ = Basikal. Huhu cheq dok utara tu yang cheq ingat ‘gherek’ roda dua tu. Hihi.

3. Bonda Nabil

Bila selak je muka surat ni terus mulut sebut, “Mak Aiii!”. Cuba hangpa semua tengok muka mak Nabil nih (bukan yang Lu fikir la sendiri), PERGH! Memang makan hati la mak-mak yang lain tengok! Hihi ni memang mak di alaf baru la. Mak yang masih cun walau usia 40++.

Sumber Gambar di sini.

4. Hei Mama, dapatkan kembali badan ‘bergetah’mu!

Ha, ni dakyah yang ‘terbaik’! Baik punya pujukan untuk semua para ibu. Sudah semestinya pada ibu yang masih muda. Bila semua dah terpedaya, tauke-tauke pusat menguruskan badan mesti akan untung. Bila sudah kurus, lagi banyak kedai-kedai baju akan diserbu. Hahaha. Tapi okay la kan pujukan ni. Baru boleh jadi cantik macam mak Nabil! 


5. Ibu ‘senja’ buang tabiat

Bila Konah baca yang ni kan kecewa sikit rasanya. Bukan sebab ibu ‘senja’ buang tabiat, tapi pasal cara penulisan ‘Kisah Benar!’ ni. Penulis menceritakan ke‘gedik’kan ibu-ibu ‘senja’ ni. Ala bosan! Kat luar ni lagi ramai yang awek-awek dan ‘awek-awek’ muda dan tak berapa muda MAHA GEDIK tahap ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’. Hihihi. Kenapa bila yang ‘senja’ gedik tak boleh? Adakah sebab dah tak menawan macam kegedikkan yang muda ke? (wah, penyokong gerakan Gedik-gedik sudah bersuara!). Okay cukup sampai sini sahaja. =D . Eh, sekarang bukan ke wanita 'berusia' tengah hangat di pasaran? (hihi)






KISAH KELMARIN... (Di MukaBuku)

Bila dah tekan.....

Tengok dekat profil di MukaBuku....

Sekian, Terima Kasih 
(Anda dibenarkan gelak kepada diri ini)

p/s: 'Permintaan' untuk 'ditambah' kawan dibuat semasa OIAM masih hangat dipertandingkan, bukan selepas dia menang okay. Lepas tu bila diperiksa, rupanya ada lagi 5 kawan di MukaBuku juga 'tambah' Encik Toms sebagai 'kawan'. Erm, kelmarin memang buat aku terkesima. Nak guling-guling keseronokkan pon ada. =D

Ikhlas,






Makluman kepada semua, Kaykay, KonahJambu dan Faizal akan menutup talian untuk beberapa hari untuk ke Pantai Timur demi urusan masa hadapan. 

9 comments:

FoodTechie said...

ah! apa kes! Ceh! ceh!

Zunaidi Dali Great Eastern said...

tahniah! :P

Che Kay said...

Sebelum nak away, jawab dulu la ye.

FoodTechie:
kes ape? kes ditutup! ahakz!

aDie dALi:
erk! hihi trima kasih (motif tahniah2 ni. hihi). U gi keje bawak 'anak' u tak? hihi

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

napa ni marah2 konah...
la ko baru kawan ngan dia ke..
hehehehehe aku dah lama dah...

Che Kay said...

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ :
marah ape? erm komeh tu ke? hihi saje.

ala dia baru approved aku. nak buat cenner. ko bertuah sangat! haha

Che Kay said...

eh shook, tadi aku approved komen ko. tak tau nape skali tak de. ;( btw tqvm bagi gambo itu. hahahahahaha gelak besar aku. (skali hotel aku dok ni ada wifi seh! haha)

grafreak said...

ada dah kot :P
hotel skrg maju mesti ada wifi

Harney said...

beb...ape kes die baru accept ko...wakakaka...aku punye dah lame die accept..hihik...

Che Kay said...

harney: hihi entah la beb. i tak kesah pon. =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...