May 5, 2009

Cinta Yang Menakutkan!

"Cinta, permulaannya sudah cukup buat manusia hilang pancaindera." Erm….berkali-kali aku membaca ayat yang diselitkan dalam novel grafik yang aku minat. Novel tu sentiasa membuatkan aku terlentok dengan gaya bahasa serta lukisan yang membawa aku berkongsi jiwa ini bersama alam ‘nyata’nya. Benarkah setiap insan yang bercinta akan hilang pancaindera mereka? Jawapannya hanya dua.

Sebenarnya perkataan cinta ini benar-benar menakutkan aku. Kenyataan di atas kadang kala dapat aku lihat kebenarannya. Ramai yang lupa siapa diri mereka sebenarnya bila terjebak dalam penyakit cinta. Banyak lagi contoh-contoh yang menakutkan. Paling aku takut bila aku berjalan tidak lagi berpijak di atas ‘tanah’. Takut sebenarnya bila kita sentiasa terawang-awangan dalam dunia percintaan yang penuh keasyikkan.

Cinta membuatkan manusia hilang pancaindera bila mereka hanya mengikut kata hati yang tiada hujungnya. Hatilah lubuk segala punca penyakit cinta. Ayat-ayat standard bila bercinta mesti ada makan tak kenyang, mandi tak basah, tidur tak lena la serta yang macam-macam itu la yang sebenarnya punca dari hati. Bila akal tidak dapat mengawal hati berlakulah segala macam symptom yang pelik-pelik tu. Erm menakutkan sebenarnya.

Kenapa bila kita bercinta, segala macam benda tak pernah nak mencukupi? Contoh yang paling simple adalah berjumpe. Tak cukup bersua muka, disambung dengan mesej-mesej cinta yang bertalu-talu di handphone. Tak cukup dengan tu bergayut la pulak. Kalau hatinya masih tak puas, sambung bercinta dengan segala macam perhubungan di internet. Namakan segala software yang boleh orang giler bercinta gunakan? Erm macam-macam. Kalau diikutkan banyak pembaziran duit, waktu serta tenaga je. Ye la bazir duit bila main mesej contoh "Ayang makan ape hari ni?" Diikuti segala macam soalan-soalan yang amat membosankan! Bazir waktu bila tiap-tiap hari nak berjumpe. Bila dah jumpe berkepit la pula. Kalau kejap tak pe. Kalau lama-lama tak ke itu satu pembaziran waktu? Itu belum lagi dikira segala kilokalori yang kita guna nak ke sana ke sini. Erm……..

Mereka yang mabuk bercinta mungkin akan menjawab percintaan memerlukan segala usaha untuk membaja cinta agar tumbuh segar dan tidak layu. Tapi kalau kita fikir-fikirkan pokok kalau dah ‘lebih’ baja pon boleh mati. Inikan pulak kita manusia. Erm… mungkin sebab terlebih nak baja la mula belajar cuit-cuit manja. Kemudian mula la hati bagi signal kat tangan untuk lebih berani main pegang-pegang tangan bile berjalan. Bila dah bosan pegang tangan mula la mulut gatal nak cium pipi. Tak cukup tu mula la hati nak yang lain-lain. Perlukah percintaan dihiaskan dengan segala macam kehendak hati?

Hati adalah musuh utama dalam percintaan! Bak ayat yang selalu kita dengar, ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Jadi kita nak ikut apa? Bagi mereka yang dikurniakan akal, gunakanlah ia sebelum anda mati akal. Sesungguhnya aku ingin mengingatkan diri ini supaya tidak terjebak dengan percintaan berdasarkan hati. Semoga percintaan yang akan hadir dalam diri ini akan sentiasa dipenuhi sinar-sinar kebahagiaan yang diredhai-Nya. Amin.

p/s: Aku tahu ini adalah siaran ulangan.Sesuai dengan soalan-soalan siaran ulangan yang aku dapat.erm...




2 comments:

mekdah said...

bgusla ko punye advise ni.semoga jd pedoman utk aku gk-mekdah(^_^)

aDie dALi said...

wah wah wah..mcm byk pengalaman jer ? hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...