April 19, 2010

Tidur, Tido dan Tidoq!

Pagi tadi semasa dok kalut bersiap nak ke ofis, sempat la mendengaq segala sembang-sembang di TV. Masa tu Ahmad Fedtri Yahya bagitau kat Wardina tentang fakta tidur. Kata dia tidur pada waktu tengahari untuk 10 minit rupa-rupanya baik untuk kesihatan. Wardina pula tambah tidur lepas Asar tak baik punya ( kita dah selalu dengarkan). Sambil dengaq sembang-sembang depa tu, aku sekadar senyum sorang-sorang.

Oleh kerana semangat mendengar cerita tentang tidur di tengahari, mula la tangan gatal-gatal menekan kotak-kotak kecik ni sambil mencari info. Antara info yang menarik adalah:
  • Tidur tengahari adalah lebih baik dari minum secawan kopi! (Baca artikel ni!)
  • Kalau kita tak cukup tido di waktu malam, tido tengahari mampu buat kita lebih cergas dan bertenaga! (Jengah artikel ni pulak!)
  • Salah satu tip yang artikel lain pulak kata kalau tak nak terlajak tido tengahari, sila pasang jam loceng! hahaha.
Kalau kawan-kawan rajin, sila la baca artikel-artikel itu. =)

Ha! kalau nak tahu di pejabat yang aku tumpang bekerja ni , diorang mengamalkan konsep "Earth Hour" setiap hari. Selalunya pada waktu tengahari la ye. Ala perkara normal la kan, rasanya banyak pejabat lain pon buat macam ni. Cuma bilik besar yang aku duduk ni je yang jarang join sekali. Ada kalanya orang-orang dalam bilik ni sibuk buat kerja (katanya hehehe). Tiap kali waktu "Earth Hour" je, ramailah manusia-manusia yang akan bergelimpangan atas meja. Dan yang seronoknya mereka itu semua adalah masing-masing ada bantal kecik! Huhuhu I jealous! Kena beli satu ni! Hahahaha.

Jumaat lepas, terciptalah satu sejarah di mana aku pon join aktiviti "Earth Hour" opis! Sejarahnya bertempat di venue baru. Dalam keadaan basah lenjun selepas kembali dari masjid, aku pon turut bergelimpangan. Namun aku tak sama taraf dengan diorang. Kalau yang lain semua tersembam atas meja, posisi aku lebih bawah dan aku hanya berbantalkan lengan saja. Huhuhuhu.

Ini bertempat di venue lama. Al-kisah suatu masa dahulu

p/s: hehehe syok jugak sesekali tidoq tengahari. =)

8 comments:

cikdiva said...

hahahah

tak leh blah...siap ada kupas kat bawah...

hahahah

grafreak said...

Dalam Islam tidur tengahari itu sunnah :D

asalkan tidak berlebihan
tak ingat la b4 or after zuhur. hehe

cek la tengok. itu barat macam biasa tiru dari Islam. pastu claim depa. padagal tiru dari Islam :D

sila link fakta dari Islam gak. hehehe

* dah jarang tidur tengahari. sebab bangun pun dah tengahari. hahaha

Che Kay said...

baik la encik syuk! hehehe
p/s: saya dah tak buleh bangun tengahari! tak best kan! hehehe

Che Kay said...

cik diva> kupas?

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

klu dah ngantuk kan kt mana2 leh tido right?

Che Kay said...

anis> hehehehe iyer. mana2 pon boleh. kat masjid pon boleh

grafreak said...

kat masjid tu confirm la hari jumaat masa khutbah

haha

Che Kay said...

syuk>hahahaha biasa la. tapi selalu lelap mata je. tapi telinga mendengar... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...