April 15, 2009

BAHAYA! 18SX! KALAU TAK SUKA, JANGAN BACA!

BAHAYA! SILA BERHENTI DI SINI!
Cerita dibawah mengandungi unsur-unsur lucah yang mungkin anda tidak sanggup untuk baca atau anda tak suka baca. Sesiapa yang tidak sanggup menghadapinya, sila jangan baca untuk memelihara kesucian otak anda. Apa yang hendak dibicarakan di sini adalah luahan hati yang agak ganas lagi seksi dan seksa. Oleh itu, sekali lagi aku sarankan kepada yang suci murni sila hentikan bacaan anda di sini. Sila kembali bila ada artikel yang terbaru nanti. :) 

Peringatan kedua
Bicara aku kali ini betul-betul berinspirasikan blog Anak Mat Nor yang aku baca hari tu. Ye, memang aku meniru idea yang telah disiarkan di blognya di sini. Aku menirunya untuk mengurangkan tekanan yang aku hadapi semalam. 

Ceritanya............
Semalam memang aku tertekan! Sangat-sangat tertekan. (Motifkan nak tekan-tekan). Pagi semalam elok je melayari segala laman sesawang yang aku suka. Tapi bila waktu petang tu internet jadi lembab. Sungguh lembab. Siput babi pon lagi cepat ok! Oleh sebab aku sabar, aku pon tutup dulu komputer dengan harapan nanti kalau bukak balik, mungkin internet akan lebih laju seperti biasa. Tapi kaedahnya aku hampa! Haram tak boleh bukak langsung internet. Sambung internet seperti biasa, lampu modem pon ketiga-tiganya menyala dengan elok. Tapi masih jugak satu habuk laman sesawang aku tak boleh bukak. Aku dah masuk angin satu badan.
Aku ketuk monitor, CPU dan juga ketuk-ketuk manja modem tu. Aku tutup balik komputer. Sejam selepas tu masih juga benda sama jadi OK!

Kali ni memang aku nak jadi hantu! Nasib baik aku tak jadi hantu tetek macam kuiz aku buat kat MukaBuku tuh! Hahaha. Gelak-gelak jugak. Tapi mulut ni memang aku maki-maki la pengendali servis internet yang azab ni. Bos besaq tanya kenapa dengan komputer. Aku jawab la tak boleh sambung internet. Dengan yakin aku jawab ni mesti sebab bil tak bayaq lagi. (Hahaha yakin gile jawapan aku ni). Bos besaq marah la aku. Dia kata bil dia bayaq automatik la ye. Potong terus kat kad kredit. Kaedahnya kenapa, mengapa dan harus bagaimana semua ini terjadi? Ya, aku baru teringatkan situasi ni. Masa dekat rumah bos kecik, selalu jadi macam ni bila bos kecik tak bayaq bil telefon rumah dia. Oleh itu tak dapat la nak melayari dunia siber yang penuh ajaib itu

Untuk seketika aku carut-carutkan pengendali internet dan telefon rumah. B#bi la C*laka la dan macam-macam lagi kata-kata busuk yang keluar dalam kotak pemikiran. Nak carut secara betul-betul nanti bos besaq marah kat aku balik. Hihihi. Aku tertekan la, dah rindu kat MukaBuku tu. Mesti kawan-kawan hantar macam-macam mesej kat aku. Hahahaha sempat lagi berangan!

Untuk meredakan tekanan yang dihadapi (kononnya la kan), aku dapat idea yang busuk lagi keji. Idea ni berinspirasikan blog Anak Mat Nor. Huhu. Kredit telefon bertaliankan Encik orang kaya itu masih ada seringgit lebih. Aku pon taip la mesej yang berunsurkan 18sx dan hantarkan kepada seramai yang mungkin.Ya, aku berjaya hantar walaupon kredit agak miskin. Hahaha. Respon yang diterima pon agak memberangsangkan! Aku sungguh suka! Keadaannya seperi aku dalam MukaBuku seperti biasa. hahaha Padah ketagihan MukaBuku yang melampau!

Begini ayat yang dihantar melalui mesej (setelah diedit beberapa kali):

"Aku nak konek! Nak konek nak konek nak konek jugak! Stress hidup tak dpt konek! Ni mesti pasal tak bayar bil lg. Sebab tu tak dpt konek! Huhu sedih! patut la tenet lembab semacam! Konektion jadi weng je. :_( "

Hahaha macam haram itu mesej. Dan selepas menghantar mesej itu, beberapa kawan-kawan  (nama dirahsiakan) memberi respon seperti:

1. Sila guna bahasa sopan. Connect ok! <--- ala yang ni nak buat gurau pon tak boleh.
2. Aku simpati dengan ko, konah! <---ha! yang ni dia memahami inti pati mesej yang diberi.
3. Siapa ko? <--- hampeh punya kawan! tak simpan no telefon aku la tuh! Tau la ko dah jadi peguam.
4. Kamukah kk yang bkata2.. <--- yang ni tak baca mesej sampai habis la tuh!
5. Ko.buat suspen je. <---- Dia terperanjat dengan mesej aku. hahaha.
6.Bengong! Tapi aku suke! <--- ha! yang ni kaki lucah ni.
7.Hahahah..lucah je memula <---ni pon suka je benda lucah-lucah

Tekanan aku kurang la jugak dengan hiburan lucah ni. Ok meh nak bagi tau moral cerita ini. Bukan aku gila nak berlucah-lucahan. Tapi kalau korang perasan, sekarang ni bila teknologi dah berkembang, penggunaan bahasa kita pon dah jadi carca marba. Ramai kawan-kawan aku suka memelayukan ejaan bahasa Inggeris sampai aku pon tak faham apa yang diorang nak sampaikan. 

Contohnya seperti siyes (serius), ekceli (ape ni, coli ke? hahaha) dan macam-macam lagi. Tu tak masuk lagi penggunaan bahasa yang sungguh ringkas sampai aku tak faham. Contohnya ag (yang dj hot fm tu ka? oh! hang rupanya) dan bj ( bukit jambul ke? ke baju? ke baja? :P). Tu baru 2 contoh. Bukan apa, kadang-kadang aku tak paham la mesej ringkas-ringkas. Lepas tu aku terpaksa hantar mesej tanya balik apa yang dimaksudkan. Kan dah bazir kredit! Bukan sebab aku tak 'cool' macam korang. Kadang-kadang gelombang otak kita tak sama ok! Ha! panjang giler bebelan aku hari ini. Sudah! Sudah! Sudah! sekian sahaja untuk hari ini. :) Lega hati aku bila 'konektion' internet pulih seperti biasa hari ini. Yea! mari berMukaBuku lagi! la la la la la.

5 comments:

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

2. Aku simpati dengan ko, konah! <---ha! yang ni dia memahami inti pati mesej yang diberi.

hahah sapa tu yang apaham inti pati masej ko tu..hehehe

Che Kay said...

ada la kawan aku tu. kan nama perlu dirahsiakan. hihi :P

wawa said...

hahaha.. btul2! gelombng otak manusia ni lain2... so, penerimaan pn lain2.. btul x?

Che Kay said...

suke la ye si wa ni. memang la lain2. tambah2 yang kertu ni memang kadang2 tak paham kalau 'budak2' muda anto msg. kadang2 aiyooo tak paham la ek bahasa dia. huhu

Zunaidi Dali Great Eastern said...

hehehe!!! :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...