April 12, 2009

Semuanya Satu ! (Terkini)

Hari ni hari Ahad. Ye, semua orang tahu hari ni hari Ahad. Aktiviti yang perlu dilakukan seperti biasa macam orang lain juga yang duduk kat rumah, kena buat kerja-kerja rumah. Memandangkan aku masih 'berpuasa' daripada buat segala kuiz yang ala-ala mengarut lagi menyeronokkan itu, aku masih melepak di Tiub Kamu. :D Ye, aku tak tau nak melawat laman sesawang yang lain. Hari ni layan video yang bertemakan semuanya satu. Seronok jugak lagu ni. Bila layan lagu ni terasa nak ajak Si Suya buat persatuan pulak! Kaedahnya Cik Suya Darl, kita ni pandai benda apa ek yang boleh berpersatuan? Upss kempen ni untuk remaja ke belia ek? Erm Cik Suya Darl, kita masih belia kan! Jap, apa ek definisi belia? Tak pe, tak pe kita masih belia. :D Bukan apa Cik Suya Darl, dari duduk depan PC ni, baik kita bersosial dengan orang sebaya kita. Maksud sebaya bukan seumur dengan kita. Lebih baik cari yang senasib atau setara dengan kita. Tak de la nak stress dengan kawan-kawan yang dah berjaya.

Oh, maafkan saya! Saya bukan tak suka kawan-kawan saya yang berjaya. Cuma saya tak suka bila kamu semua SUNGGUH BERLAGAK DENGAN KEHIDUPAN KAMU! Ye, saya tahu saya dan kawan-kawan lain masih menyusun kehidupan kami. Kami tahu bumi yang kami pijak. Tapi KAMU semua tak perlu membuat orang seperti kami terasa sungguh HINA! Tahukah kamu yang hidup kita tempuhi jalannya sungguh berBEZA? Kami sungguh MUAK bila kamu bercerita bagaimana hebatnya kamu MEMILIKI SEGALA KEKAYAAN ITU! Ya, kami faham kamu ingin berkongsi kegembiraan kamu bersama kami. Tapi TAK PERLU BERLAGAK!

Terkini sikit: Luahan di atas tidak ada kena mengena dengan kawan-kawan yang ada blog ye. Luah rasa ini berdasarkan pengalaman bila berjumpa kawan-kawan secara bertentangan mata sahaja. :D saja nak ringankan sedikit tekanan.

Ha! amik luahan hati sekejap. Sambung kembali kepada benda yang aku suka! :D Aku layan video Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan. Oh, aku sungguh suka bila lagu yang dinyanyikan beramai-ramai. Sungguh Mengujakan! Semestinya yang paling suka tengok masa Cik Dayang menyanyi. (^_^) Oleh sebab aku banyak masa, aku taipkan lirik lagu ni. Hihi dalam video ni ada lirik dia. :D Cik Suya Darl, Jom layan!

P/s: Suya Darl, lets buat persatuan memasak! Boleh ko ajar masak ketam bercili kegemaran ko. Aku boleh ajar masak daging masak hitam ala Mamak!



Satu Suara (Satu Komuniti, Satu Persatuan)

Mengapa kita berbeza?
Ku tahu hatimu dipolusi benci
Kita harus bersama
Aku, kau, mereka memahami kompromi
Kita satu komuniti
Satu arah destinasi
Hey generasi muda
Usah kau bersendiri
Kita punya satu hati
Satu cita satu jiwa
Kau, aku dan mereka
Kita satu nama
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama
It's the b to the e to the l i a
Lets keep the head up for better days
Come on hand to hand
If you understand
The message is to be together in this motherland
Where's the love that used to shine?
In this darkest hour we gonna be just fine
Let the love shine in your soul
This revolution gonna be our destiny call
Dalam satu suara kita tiada bezanya
Nyanyi lagu yang sama rentak sekata
Dengan satu suara kita janji menjaga
Kau, aku dan mereka
Kita satu nama
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Dengan semangat waja dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama
Sekiranya ku jatuh terus bangunkan aku
Dan aku lakukan yang sama untuk mu
Kau, aku dan mereka
Dalam satu irama
Dalam satu cinta
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama

Lagu: Jamil Wilson (Ni laki si Ruhil Amani kan?)
Lirik: Norm Aidid

2 comments:

wawa said...

biarkan diaorg.stiap org ada jln msing2 yg diaorg pilih.. but i'm proud with u.. u know ur ability, ur strength and hv +ve thinkg + great point of view in ur life... gud luck kay!

Che Kay said...

TQ dik wa! Good Luck to you too!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...