Kejadian: Depan Sekolah Kebangsaan Seri Permai
Waktu: 2.10 petang
Hari : Jumaat
Along: Pak Lang, berenti kat sini. Along nak tunggu kawan kat gate sini.
Paklang: OK!
(Along turun dari kereta lalu Pak Lang membelok menghala jalan pulang ke rumah. Tiba-tiba,)
Tok Wan: Hang tak mau pi Giant ka?
Paklang: Awat? Ayah nak pi ka? (Sambil mengundurkan kereta sebab memahami kehendak tok wan)
Tok Wan: Kalau hang tak mau pi tak pa la.
Paklang: Ni orang dah unduq kereta dah! (sambil membuat pusingan U menuju ke Giant yang hanya beberapa meter dari sekolah)
Tok Wan: Aku saja tanya kot la hang kesah.
Paklang: Kesah pasai apa pulak?
Tok Wan: Tu hang pakai kain pelekat.
Paklang: Tak da nak kesah! (dalam hati berkata "Ingat aku tak berani pi Giant pakai kain pelekat la! Ha, ni nak tunjuk sket aku berani ka tidak”)
Setibanya di Giant berlakulah pemandangan di mana dua beranak berjalan-jalan membeli barang runcit di pasar raya besar ini sambil berkain pelikat. Apa nak kesah, kan hari ni hari Jumaat, lepas sembahyang Jumaat lagi kan! Usah dicabar setakat benda yang remeh-temeh! Hihi. Sebenarnya dalam hati ni mula-mula macam hish apa la yang orang tuaku ni mahukan. Tapi layankan je. Lagi pon di sayup pandangan mata, ku terlihat ada 2 -3 orang berpelikat menuju masuk ke Giant untuk tujuan sama. Oleh sebab itu tak da la nak rasa malu atau pelik semacam. Alah Giant tu pon bukan jauh dari rumah. 5 minit pon tak sampai. Adakah aku membuat jenayah fesyen dengan berpelekat ke Giant? Hahaha.
Ha! Lupa pulak nak cerita tentang Syafinaz. Setiap kali datang Giant ni (macam tiap-tiap hari je datang lepak sini), mesti satu lagu ni akan berkumandang setiap kali aku dalam Giant. Erm adakah pihak Giant menyokong Encik Tomok? Boleh dikatakan setiap kali aku datang je ada lagu Ingin Bersamamu. Kalau tak datang tak tahu la kan. Kejadian ni berlaku sejak Tomok nyanyikan lagu Syafinaz. Sebelum ni tak pernah aku dengaq pulak lagu nih ada kat sini. Memandangkan versi Tomok tak da, Giant pasang lagu versi Syafinaz. Kadang-kadang aku rasa dejavu bila dengaq lagu ni. Ye la macam ku pernah dengar lagu ni di sini. Tapi bila ya? Huhu. Nah layan lagu lama ni!
p/s: Cik Pengurus Giant, lepas ni nak pasang lagu Aku Cinta Padamu pulak ke?
3 comments:
haha takpe pake kain pelikat...
wahh aku suke tomok sekaranggg
aku pon suke jugak! hihi
tq for the link!
tomok for our winner! (gituu :P )
Post a Comment