April 16, 2009

Aci Ligan: 5 Perkara + 1st Award (update)

Gambar di cilok di sini

1ST AWARD PALENG COMEL

5 perkara yang lawak+poyo+sengal+mengong and tak bleh nak blah and sewaktu dengannya yang pernah berlaku dalm hidup anda:

Hahaha siot je kena tagged by Cik Sheri Ever After! Tak pe, tak pe aku boleh je nak siapkan tag ni. Senang ja bah itu kirja (konon nak cakap Sabah, hihi). Erm aku dengan tak malunye ingin berkongsi 5 cerita yang lawak+poyo+sengal+bengong dan tak bleh nak blah.
____________________________________________________________________

Cerita 1
Ni satu lagi kisah aku suka mengusik kawan-kawan. Masa ni zaman diploma di universiti. Masa tu tak silap kami ada kelas dekat fakulti business kot. Kebetulan kat situ ada mesim atm. Kebetulan jugak si Fairil nak keluarkan duit dia. Tak ingat berapa ratus. Aku tunggu la betul-betul sebelah dia. Azmil berdiri tak jauh dari situ. Keluar je duit dari mesin tu terus aku sambaq. Terus aku lari konon-konon nak bagi kat Azmil. Aku dah beria nak bagi, tapi Azmil buat bodoh je. Rupanya aku salah orang. Sekali Azmil ada tempat lain. Ha amek ko nak buat dajal dengan orang. Kan aku dah salah orang. Azmil dengan Fairil bantai gelak. Aku pon join gelak sebab kebodohan aku itu. Dah la mamat tu blur-blur tengok aku nak bagi duit dekat dia. Memang gelak sakan sampai sakit perut la ye. Balik bilik pon masih lagi sambung gelak. Tu la Kaykay jangan nak buat jahat sangat. (Jap tetiba aku tak pasti betul ke tidak nama-nama yang terlibat. Tak kesah la yang penting itu la kisahnya). Hihi
____________________________________________________________________

Cerita 2
Yang ni pulak kisah yang aku yang tak sedar diri. Bukan bermaksud aku berlagak la ye. Ini memang kisah yang aku tak sedar dengan keadaan aku. Ini bukan kali pertama berlaku. Dah banyak kali sangat berlaku dalam hidup aku. Selalunya aku sedar bila aku duduk sorang-sorang. Jadi tak de la nak malu sangat. Kisahnya aku ni selalu lupe zip seluar aku. Tak kisah la 'anjas fesyen denim’ ke seluar slack ke seluar khakis ke, memang aku selalu lupe. Aku bagi dua contoh kejadian yang sama. Pertama, aku nak ke pasar malam. Pakai la anjas fesyen denim. Selalu sebelum aku nak keluar aku akan buang air kecil. Lepas tu macam kelam kabut nak pergi. Mungkin masa ni la aku lupa zips seluar. Yang seronoknya aku ni kalau pegi pasar malam aku selalu berjalan macam aku la yang paling cantek kat situ (haha sungguh poyo!). Bila dah balik rumahkan baru aku perasan yang aku tak zip ‘anjas fesyen denim’ku. Dah la yang dalam tu warna merah. Hahahahaha.Mesti banyak mata yang memandang. 

Kisah kedua baru je berlaku masa aku nak ambil satu peperiksaan di utara tanah air. Sebelum aku menuju ke tempat yang sepatutnya, aku singgah la stesyen minyak. Aku sakit perut. Selepas selesai menunaikan hajat yang perlu aku pon cantik-cantikkan diri menuju ke sekolah itu. Sampai je sekolah tu orang tak ramai. Ye la, masa tu masih awal. Aku menuju ke seorang jejaka yang duduk di satu kerusi sambil bertanyakan tandas di mana (terasa nak buang air kecil la pulak). Dia dari jauh dah senyum. Dia tak tahu ok. Aku pon cari sendiri tandas lelaki di sekolah perempuan itu. Dah la aku lalu lalang depan awek-awek, mak orang serta anak dara sunti di sekolah tu. Sekali bila aku masuk tandas nak tunaikan hajat aku baru aku perasan, bila masa pulak zip seluar aku ni terbukak? Huhuhu malu! Tapi tak pe sebab yang dalam pon satu warna dengan seluar slack aku. Jadi aku peduli apa kalau orang nak gelak. Hahahahahahha.
____________________________________________________________________

Cerita 3
Ha yang ni cerita masa dekat zaman diploma jugak. Tapi kisah ni bersambung sampai ketika zaman buat sarjana muda. Semua yang berlaku sebab aku ni peramah sangat kot. Masa zaman diploma aku memang ringan mulut tegor senior. Berkawan dengan senior. Jadi masa tu agak ramai la senior yang aku kenal. Tapi kaedahnya ringan mulut aku ni jadi masa aku dengan awek-awek je. Kalau dengan yang sama spesis aku jadi berat mulut sikit. Tak tau kenapa,mengapa dan bagaimana, tapi itulah sikap aku. Nak jadikan cerita masa tengah nak jalan ke kafe menara , aku jumpe seorang awek yang kononnya aku kenal. Awek ni bertudung tidak terlalu labuh tapi ada ciri-ciri muslimah sejati. Aku senyum je. Itu masa kali pertama aku jumpa. Kali kedua aku jumpa, aku tegur buat-buat tanya nak pegi kelas ke.Awek ni pon senyum kat aku dan jawab iye nak pegi kelas. Dia senyumnye kat aku. 

Nak jadikan cerita satu hari aku jumpa lagi awek tu. Tapi kali ni ada 2 orang awek. Masa ni aku dah sah yang aku selama ni senyum kat awek yang salah. Rupanya awek yang aku selalu senyum dan tegur tu bukan awek yang aku kenal. Hahahaha. Lawak tul. Awek yang aku kenal tu rupanya ada iras dengan awek yang aku tak kenal. Sebab tu la aku salah orang. Yang seronoknya, awek yang aku tak kenal tapi aku selalu senyum kat dia tu, sampai aku  aku sambung belajar dia masih senyum kat aku.Jadi perkenalan kami hanyalah sebab salah memberi senyuman. Masa aku tahun akhir, awek sepersenyuman aku tu dah ada balak. Walaupon dia ada balak, tapi dia masih meneruskan aktivit senyuman dengan aku. Agak-agaknya kan kalau aku mengorat dia mesti aku dapat. Hahaha berangan kan. Ye la sebab selama kami bersenyum-senyuman tu dia tak pernah berjalan dengan balak. Kalau la aku masuk jarum. Hahahaha tengok tu berangan lagi. :P
____________________________________________________________________

Cerita 4
Ha! bila aku baca pasal Cik Sheri Ever After cerita yang dia disinonimkan dengan artis, aku pon pernah ok. Kebetulan aku suka sangat artis ni. Aku sokong dia dalam AF yang paling aku minat. Sebab minat, aku pon undi dia, sms aku pon memberi sumbangan ke arah kemenangannya. Sampai sekarang aku minat dia. Yang aku nak tergelak bukan sorang yang kata macam ni. Ramai ok. Erm mungkin sebab diorang nak jaga hati aku kot. Tapi aku ada la rasa sedikit rasa huhu sungguh suka bila orang kata yang aku ni memang ingatkan mereka kepada juara AF tu.

Ada seorang makcik ni pernah tegur aku kat pasar raya, dia kata dia tengok aku ni macam *%H*#. Hahaha aku gelak ok. Ada sorang kawan aku pon kata macam tu. Masa tu dah lama tak jumpa dia. Dia pon kata kat aku yang bila dia tengok perangai aku macam si *%H*#. Hahahaha berangan sangat aku masa tu. Ala ala aku budjet aku ni comel lagi kiut macam *%H*#. Ha untuk kawan-kawan yang mulut hangsuang ada la kata aku ni macam A.A. Tak sesuai ok! Memang aku nak cili mulut diorang. Kalau kata aku macam *%H*# aku suka. Hahahaha Berangan lagi!
____________________________________________________________________

Cerita 5
Ni nak cerita pasal cermin mata aku. Aku ada satu cermin mata yang paling poyo selama aku hidup ni. Cermin mata tu warna merah dan berjenamakan KEY NG! Aku suka ok cermin mata KEY NG. Lain kali aku nak buat cermin mata baru aku nak cari jenama ni jugak. Masa aku nak buat cermin mata ni, aku memang mencari bingkai yang betul-betul boleh menonjolkan personaliti aku dan juga imej aku yang sungguh bergaya (hahah poyo lagi). Bergaya ke aku. Masa ni dekat fakulti memang ramai la pakai bingkai cermin mata yang meletupz! Ada awek sorang ni memang menjadi inspirasi aku masa aku nak beli cermin mata ni. Dia ada macam-macam bingkai yang wow. Jadi, bila aku dah beli dapat cermin mata ni, aku sungguh gembira sebab aku mesti nampak stylo bila pakai spek ni. Hahaha berangankan! Konon-konon cermin mata boleh mengubah keseluruhan tata rias aku. Padahal nan ado! Cermin mata je lain. Yang lain tak jugak berubah. 

Yang seronok tu kan, aku dapat rasa semua orang tengok aku bila aku pakai cermin mata merahku ini. Sungguh poyo tahap gaban. Lepas tu yang lebih nak poyo aku tanya kawan-kawan aku, eh cermin mata aku ok kan. Tak ‘over’ sangatkan! Hahahahaha. Aku rasmi cermin mata ni masa ‘dinner’ PERTEMA 2006. hahaha memang aku rasa semua orang tengok aku la. Aku rasa aku la yang paling cantik lagi poyo masa tu. Hahahahahahahahah. Kaedahnya tak de pon orang nak terkesima dengan spek aku ni.

________________________________________________________________

Ha, sekian sahaja 5 perkara yang lawak+poyo+sengal+mengong yang pernah aku alami. Disebabkan ini adalah permainan aci ligan (tagged), aku nak sep kawan-kawan aku yang bertuah ni. Silakan buat. Kalau dah buat, buat lah lagi. Tak pon bagi tau aku. Aku ubah nama.Hihihi. Dan terima la award yang comel tu sekali ye kawan-kawan.

5 Yang Bertuah:
Suya Detoxify
Pn Mama Syamiel
Shu Chomby
Hafizanis Ceritera
'Amber' Dali (a.ka Adie)

p/s: baru aku perasan yang aku bagi 6 kisah rupanya. Tak pe, anggaplah bonus dariku. hihi. Ha, ni nak tanya, ada sesiapa yang pernah tag aku tak tapi aku tak buat lagi? aku ada simpan kerja tag dalam lappy aku, tapi kaedahnya lappy aku saket dan tak boleh bukak la ni. Sila beritahu ye.


8 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

cute stories!

now i kene wat lak? why? i tak cute mcm u..so xde citer2 yg cute.. :P

Che Kay said...

cute la sangatkan! padahal i sungguh poyo+sengal. tak pe i tak kesah kalau tak buat. i just nak pass the tag je. :)

Mrs Baharudin said...

juara af yang mana? milah ke? haha.. tahu dah yang mana ;p and memang ada la persamaannya jugak. cayalah kita dua ada iras2 artis ;p..hahaha

jangan lupa tempelkan award yer kat sini...!

grafreak said...

zip tak tutup sambil jalan ok lagi. maybe baju sudah cover. kalo duduk-duduk lagi malu weh. paham2 je la zip lelaki mcm mn.

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ said...

hahaha....aku suka cite pasal spek mata n zip tak tutup g pasar malam..
tp takpe sapa lagi nak anggap diri kita cantek klu bukan diri sendiri..am i right?

Shuhada Samri said...

ko nak tau apa komen aku...aku nk ckp...ko mmg mcm A.A..kah kah kah...A.A pun gila ngan bingkai cermin..tak caya ko tk lah rancangan dia tu...mcm2 ada....kah kah kah...jgn mareee....

Che Kay said...

Sheri:
MiLah la KAN i ni! hahaha yea mari kite sep 'Tinggi 5'!

grafreak:
Syuk! yang gi pasar malam tu bajunye agak singkat. lepas sket paras button jeans je. hahaha. harus la nampak. huhu malu. tapi kini tidak lagi. hahaha

CeRiTeRa ~HaFiZaNiS~ s:
Ye betul tuh nisah, sape lagi nak perasan kite cantek kalau bukan diri kita sendiri.

chomby:
mulut ko memang hangsuang macam A.A! Ko memang sepadan untuk bercinta dengan dia. hahahaha. jgn maraaa. i pon gurau aje. :P

suez said...

alamak kene tag. hurm...nak kene pikior dulu ni mende2 poyo yg aku buat. banyak sebenanye tapi cam tak ingat plak. nanti aku wat k!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...