Showing posts with label Masak Bersama Konah. Show all posts
Showing posts with label Masak Bersama Konah. Show all posts

January 22, 2012

Tiada KFC, kayu pun berguna...

Adakala bila duduk di kampung, mula la perut ni nak makan macam-macam. Kaedahnya bila benda tu ada depan mata, tak da la pulak nak kebuloq pi makan. Tambah-tambah bila dok kena angin tepi bendang, perut cepat ja rasa lapaq. Mujurlah ada Mak Su kesayangan yang rajin melayan anak menakan dia. Bila tengok dia gigih tepi pokok, teringat pulak dengan arwak tok. 

Dulu-dulu masa Che Kay masih di peringkat transisi dari kanak-kanak ribena ke remaja, arwah tok suka bercerita macam-macam kisah hidupnya. Dari zaman dia masih muda, sampailah ke cerita kisah anak-anaknya yang tak sempat membesar seperti yang lain. Antara kisah yang Che Kay suka dengar semasa hidupnya ketika zaman Jepun. Dan sinonim dengan zaman tu haruslah si kayu yang glamour ni. Kalau ditanya kepada mereka yang hidup zaman tu, mesti si kayu ni menjadi salah satu bahan cerita.


Mak Su saya yang baik hati sedang gigih cangkul nak ambil si kayu. Anak menakan yang bertuah ni tercongok la tengok Mak Su dia. Nak buat macam mana nak pegang cangkul pon tak dapat! Hehehe


Inilah hasil aktiviti korek mengorek di tepi rumah.


Bila dah dapat hasil, haruslah dibuang kulit dah dibersihkan dari segala kekotoran yang ada. Kemudian dipotong dalam saiz yang sedang-sedang.


Semua kayu-kayu dicampakkan dalam periuk. Kemudian masukkan air, sikit gula dan garam.


Kayu-kayu ni direbus sehingga empuk dan masak.
Bila dah masak, bolehlah makan!


Tada!!! Dah siap pon si ubi kayu ni. Walaupon bukan KFC, makan ni dengan air kopi di petang hari sunggoh tak terkata nikmatnya! Adakala sajian zaman silam pon menjilat jari ok~ =)

November 16, 2011

Edisi Kuali & Sudip: Nugget Ayam Masak Merah Berkacang Buncis

Tadi Che Kay terbaca Fakta Sebenar Lelaki yang dikongsi oleh Abang Long Martin. Tersenyum ayam kejap! Macam betul jugak fakta-fakta tu. Antaranya,

• 99.9% lelaki amat pandai masak kari…..tapi megi kari saja la. (√ )

• Lelaki kadang2 memang suka memasak….tapi amat malas nak basuh periuk belanga serta pinggan mangkuk… (√ )

• Apabila lelaki memasak umpama sedang bertukang umah…bukan main bising lagi. (√ )

• Dan lelaki tidak akan merungut sekiranya masakan itu dimasak oleh seorang lelaki..tetapi peng’komplen’ nombor satu jika makanan itu di masak oleh wanita (√ )

• Antara sebab sebab lelaki memasak, Malas nak pegi kedai (√ ) Hampir hampir pokai (√) Nak menghabiskan stock makanan yang dah nak expired (√ ) Mental theraphy (√ )

Berdasarkan fakta kat atas, kiranya betul la bab lelaki tak merungut. Lebih-lebih lagi bila Che Kay masak, housemate selalu kata sedap. Tak pernah yang tak sedap. Biasalah dah orang masakkan! Kalau kutuk nanti kecik hati terus calon 'Master CheF' ni terus tak nak masak! (Hahaha bukan Che Kay berangan ye, diorang yang suka panggil macam tu kat dapoq~)

Kebetulan petang tadi Che Kay ada tengok Chef Wan masak Nugget Ayam Bandung di Tiub Kamu pakai produk Ayamas. Dan sejajar dengan fakta di atas, nugget ayam dalam peti ais tu dah lepak lama sampai menggigil kesejukkan. Terus dapat idea nak masak Nugget Ayam Masak Merah. Macam Auntie Aini cakap kat Gordon Ramsay dalam Gordon's Great Escape yang masakan Melayu ni prinsipnya main agak-agak. Jadi Che Kay pon agak-agak je la main masak-masak hari ni. =)

Nugget Ayam Masak Merah Berkacang Buncis

Bahan-bahannya:
Nugget Ayam
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Besaq
Halia
Cili Giling
Sos Tomato
Santan
Air
Kacang Buncis

Cara masaknya memang pakai prinsip agak-agak. Mula-mula haruslah nugget tu digoreng. Lepas dah siap, Che Kay tinggalkan sedikit minyak dalam kuali untuk tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili giling. Lepas cili dah masak, masukkan air, sos tomato kacau-kacau sampai rasa ok. Kemudian Che Kay tuang santan dan tabur-tabur garam & gula. Akhir sekali baru Che Kay campak nugget dan kacang buncis. Rasa-rasa dah masak, boleh la melahap dengan nasik!

Respon housemate, macam biasa sesedap rasa~ Betul dah fakta kat atas tentang lelaki tidak merungut sekiranya masakan dimasak oleh lelaki. Hahaha =P

p/s: Sebab utama kacang buncis digunakan dalam masakan ni adalah nak habiskan stok dalam peti sejuk dan malas nak masak sayur asing! =D

November 8, 2011

Nasi Tomato & Ayam BBQ Edisi Raya

Hari ni Che Kay masih nak berkongsi keterujaan main masak-masak masa 10 Zulhijjah yang lepas. Maklumlah masa tu teruja nak sambut raya, jadi membusykan diri sediakan bahan makanan di dapur terasa la jugak suasana nak beraya. Lagi satu Che Kay ala-ala beria masak sebab dok bayangkan kawan-kawan yang bercuti di Borneo ni nak beraya bersama. (Ye, Che Kay dah bagi tau dalam entry lepas, saja nak ulang lagi).

Menu utama masa 10 Zulhijjah tu adalah Nasi Tomato dan Ayam BBQ. Kebetulan Che Kay jumpa resipi dalam majalah rasa tahun 2010. Tengok gambar nasi tomato tu lagilah terkenang-kenang dekat Mak. Mak suka buat nasi tomato bila anak-anak dia semua berkumpul di rumah. Dan lauk wajib dia ayam masak merah. Yummy! Tapi konon-konon Che Kay nak buat lauk yang mudah. Maka jadilah ayam BBQ~ =)

Inilah dia Nasi Tomato dan Ayam BBQ~ Che Kay berangan la nak buat plating segalanya. Nak bergambar dengan makanan katanya. Tapi tak de benda nak hias2. Habis je bergambar terus ditelan nasik ni. =) Testimoni dari tukang-tukang makan, Ayam BBQnya MARVELOUS!!! Sementara tu Nasi Tomato dia ok, cuma masamnya terlebih sedikit. Apa-apa pun masih dilayan.

Ayam BBQ
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak
3 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Malam raya tu Che Kay sediakan bahan-bahan untuk ayam BBQ. Bawang-bawang ditumbuk halus dan kemudian semua bahan digaul bersama ayam. Kemudian Che Kay perap ayam dalam peti sejuk untuk semalaman.

Esok harinya baru Che Kay bakar ayam yang dah diperap.
Bakar pon dalam oven toaster je. Oven besar tak de.
Ikut resipi bakar ayam pada suhu 200˚C selama 30-40 minit.

Tadaaaa!!! Ayam BBQ yang sudah siap panggang.
Walaupon ada hangit-hangit sikit, yang penting rasanya sedap!

Nasi Tomato
300 gm beras Basmathi
1 biji bawang besar
1 tin sup tomato
100 ml air
100 ml susu sejat
Bunga lawang, kulit kayu manis
buah pelaga, bunga cengkih & halba
Minyak Masak
Garam dan Lada Sulah

Cara memasaknya:
1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, halba dan bawang besar sampai wangi.
2. Kemudian masukkan beras dan kacau.
3. Selepas tu tuangkan sup, air dan susu dan biar sampai nasi masak dan gebu.

Itu cara-cara dalam majalah! Che Kay guna apa je yang ada di rumah. Beras Basmathi tu memang tak ada. Jadi guna beras biasa je. Memandangkan kat rumah tak da bunga lawang, buah pelaga segalanya, Che Kay guna rempah ratus dalam Sup Bunjut. Lepas tu Che Kay main tambah-tambah benda lain contohnya susu dengan air. Che Kay masak 4 pot beras. Kalau ikut resipi ni susu & air tak cukup la ye. Lain kali kalau nak masak lagi nasi tomato ni Che Kay nak kurangkan tomato puree untuk kurangkan rasa masam.

Apa-apa pon Che Kay rasa gembira lepas masak semuanya. Walaupon orang yang ditunggu tak juga berkunjung tiba, alhamdulillah Nasi Tomato dan Ayam BBQ ni licin akhirnya. =)

p/s: Untuk sarapan lepas sembahyang raya, Che Kay sediakan roti canai dengan kuah sardin. Memang kali ni aku beria masak!

November 7, 2011

Puding Jagung Delicious Edisi Aidiladha!

Tahun ini dah masuk kali ketiga Che Kay sambut Aidiladha di Borneo. Dua kali beraya sebelum ini Che Kay sekadar sediakan spaghetti untuk dimakan selepas sembahyang raya. Masa pertama kali beraya bersendirian, Che Kay semangat juga rebus ketupat dimakan bersama rendang ayam. Tahun seterusnya ketupat pon dah dilupakan. Sekadar makan di rumah orang lain saja.

Kali ini, Che Kay rasa semangat nak sambut Aidiladha. Kebetulan ada kawan-kawan dari tanah Malaya berkunjung ke sini. Sana sini Che Kay selak cari resipi apa nak masak. Godek-godek internet sampai jumpa resipi mudah nak buat. Bukan apa, 'kalau' diorang berkunjung ke rumah ada juga makanan yang Che Kay nak jamu.

Tak silapChe Kay resipi Puding Jagung yang nak dibuat ini mungkin kali pertama dicuba. Kalau silap, mungkin ini kali kedua. Che Kay dah lama tinggalkan minat memasak ni jadi tu bila cuba recall macam tak pernah buat puding ni. Kenapa Che Kay pilih Puding Jagung? Sebabnya tekak ni yang teringin nak makan dan sukatan resipi ni mudah! =)

Ini dia Puding Jagung Delicious Edisi Aidiladha!
Walaupon potongannya agak sememeh, Che Kay rasa sunggoh gembira.
Rasa puding ni just nice! Yang penting manisnya sedang-sedang aja.
Meh nak kongsi resipinya.

Puding Jagung
1 kampit agar-agar
1 tin susu cair
1 tin jagung krim
1 cawan tepung kastad
1 cawan gula
Air (sukat guna plastik agar-agar)

Che Kay gunakan jagung manis cap Adabi.
Sedap jugak jagung ni. Tak terlalu manis.

Malam raya tu ligat di dapur kacau puding ni.
12.30 pagi baru siap. Bila dah sejuk baru Che Kay simpan dalam peti ais.

Oh, ya! Cara-cara buat puding jagung ni Che Kay tengok di Tiub Kamu.
Terima kasih Jebateja sebab kongsi video~ =)


p/s: Oleh sebab kawan-kawan yang ditunggu tak datang,
Che Kay potong puding ni satu bekas dan bagi untuk jiran sebelah.

October 25, 2011

Main Masak-Masak: Puding Roti !

Sejak dua menjak Che Kay dok layan Junior Master Chef Australia di Star World 711, semangat memasak tu datang membuak-buak. Bukan apa, bila tengok budak-budak yang umur 8-12 tahun tu masak, Che Kay teringatkan sesuatu. Sejak semalam Che Kay telah dirasuk semangat nak baking!. Dan memandangkan dah la..........ma tak buat puding, hari ni Che Kay nak buat puding roti! (Indikator lama tu memakan bertahun-tahun lamanya).

TADAAA! Inilah dia Puding Roti hasil kerja tangan Che Kay~ Walaupon atas puding ni hangit-hangit sikit, yang penting rasanya. Maklumlah Che Kay betul-betul dah lama meninggalkan dunia bikin-bikin puding, kek dan sewaktu dengannya. Secara amnya, Che Kay gunakan resipi Puding Roti ni dari MyResipi.com .

Inilah bahan-bahan yang Che Kay gunakan untuk puding ni. Resipinya sama dengan dalam MyResipi.com. Cuma Che Kay tambah esen vanila, tepung jagung dan buah-buahan kering. Ikutkan hati nak cari kismis yang kotak kecik harga RM1. Sekali tak jumpa. Lepas tu tepung jagung digunakan untuk gantikan tepung kastard sebabnya terlupa nak beli.

Mula-mula 4 keping roti disapu mentega di kedua belah.
Lepas tu roti bermentega ni dipotong-potong ikut suka hati.

Lepas dipotong, marilah kita dengan gembiranya susun dalam bekas pembakar. Che Kay lapiskan dengan Baking Paper dalam bekas dengan harapan puding mudah dikeluarkan.

Langkah seterusnya Che Kay pukul 3 biji telur dengan gula sampai kembang. Memandangkan acara pukul memukul dibuat secara manual, Che Kay kisar halus gula untuk kebaikkan masa hadapan (kaedahnya pukul guna tangan tetap lenguh la ye). Kalau tak silap Che Kay ada masukkan esen vanila lepas telur kembang.

Selain aktiviti pukul telur, susu dipanaskan bersama buah-buahan kering. Tapi harus diingatkan jangan panaskan susu sampai mendidih. Susu panas tu dimasukkan ke dalam adunan telur yang telah kembang. Lepas tu tepung jagung dimasukkan dan terus kacau adunan sampai sebati.

Aduan telur dan susu tadi dituang ke dalam bekas yang diisi roti. Buah-buahan kering dibiarkan mejadi hiasan di atas puding. Che Kay biarkan roti bermesra dengan adunan campuran lebih kurang 15-20 minit sampai roti betul-betul kembang.

Bekas tadi dimasukkan ke dalam oven toaster untuk proses pembakaran. Maklumlah rumah bujang, hentam je pakai oven toaster. Oven ni sebenarnya hadiah masuk peraduan Akira. Terima Kasih Suria FM Sabah! =) Oh ya, Che Kay bakar puding ni lebih kurang 45 minit gunakan oven jenis ni. Kalau pakai oven lebih besar rasanya masanya lebih singkat.

Selepas 45 minit, inilah dia rupa Puding Roti Che Kay. Menurut tukang rasa merangkap tukang membaham a.k.a housemate, Puding Roti ini sungguh sedap! Bila dirasa puding roti sahaja, manisnya sedang-sedang saja. Manakala buah-buahan kering perlu dielakkan sebab rasanya sungguh manis. Masa dok makan, masing-masing dok korek buang buah-buahan kering tu. Selain itu pada masa hadapan Che Kay nak cuba guna tepung kastard pulak nak tengok apa la kejadian puding ni. =)

Oh, ya! Orang kata kalau makan kena la beringat-ingat. Jadi hasil Puding Roti ni dikongsi bersama dengan Puan 'BirthdayGirl'. Sanggup dia singgah rumah ambik puding ni. Tak sangka pula hari ni betul-betul birthday dia. BirthdayGirl pon kata puding ni sedap. =)

p/s: Siapa sangka dengan menghasilkan puding tak seberapa ni membuatkan Che Kay rasa sungguh bahagia. Mungkin inilah kebahagiaan yang dicari-cari~

October 24, 2011

Main Masak-Masak: Ikan Masak Tiga Rasa

Baru-baru ni kawan serumah Che Kay, Si Nash telah pulang ke tanah Malaya. Sekembalinya dia ke tanah Borneo, Si Nash bawa banyak buku masakan! Bertambah-tambahlah koleksi buku masakanannya. Buku 1000 resepi yang lama pon belum khatam, sekarang dia tambah lagi! Salah satu resepi yang Si Nash teringin nak masak adalah Ikan Masak Tiga Rasa. Jadi kami pon main masak-masak bersama. =)

Salah satu buku masakan yang dia beli bertajuk "Senangnya Memasak... Ikan" oleh Chef Hanieliza. Kalau tak salah Che Kay, Chef Hanieliza ada buku resepi yang tajuknya "1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa". Memandangkan Si Nash dan Che Kay ni tukang masak amatur, kami tetap rujuk buku resipi. Oh, ya Si Mukh pon join main masak-masak.

Mula-mula yang penting mari kita siang ikan! Kalau merujuk kepada resipi, ikan yang disyorkan adalah ikan bawal atau siakap. Tapi ikan yang kami ada hanyalah ikan kerapu. Orang kata hentam ja labu, asalkan ikan! kalau guna ayam tak jadi la Ikan Masak Tiga Rasa. Hihi.

Tengah syok-syok sediakan bahan, tiba-tiba amik kau! Bergelap seluruh kawasan kejiranan kami. Kata Si Nash tadi dia nampak salah satu tiang elektrik ada percikan api. Memandangkan segala bahan dah tersedia, diteruskan juga aktiviti malam tu.

Ikan yang sudah dibersihkan disapu dengan tepung jagung sekelilingnya. Kemudian haruslah digoreng ikan dalam suasana romantik. Ikan-ikan yang sudah dimasak diketepikan dahulu.

Menggunakan sedikit minyak, hirisan bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia ditumis sampailah wangi. Selepas tu, bahan-bahan untuk sos dituang dalam kualiti. Bahan-bahan untuk sos yang digunakan adalah sos tomato, sos cili, sos tiram, sedikit air dan juga gula dan garam. Kami kacau kuah sampai mendidih. Bila kuah dah masak dan cukup rasa, kami pon tuang kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

TADAAA! Ikan Masak Tiga Rasa sudah tersedia untuk makan malam. Kalau ikutkan resepi ada beberapa bahan hiasan macam daun bawang, cili merah, cili hijau dan tomoto perlu dimasukkan. Memandangkan semua bahan tu tak ada dalam peti, kami lupakan semuanya.

Jadi pada malam tu Si Nash, Si Mukh dan Che Kay ber'candle-light' dinner bersama-sama. Rasanya....Ummmppphhh!!!! Sedap! Rasanya macam makan di kedai. Memang menjadi masakan kami malam tu! Kiranya resipi Chef Hanieliza ni memang menjadi. Apa lagi, marilah cari buku resipi Chef ni! (terutamanya kepada yang tak pandai memasak) =P

p/s: Che Kay dok cari-cari resipi untuk masak oat pulak.
Erm... resipi apa la yang sesuai dengan tekak ni....

April 11, 2011

Main Masak-Masak: Sambal Lucah!

Hari minggu baru berlalu.
Pagi Ahad yang indah dinikmati seadanya.
Che Kay, Zabed dan Pie keluar berjalan-jalan di Papar.
Sambil merancang resepi apakah yang hendak dibuat kali ni.
Akhirnya jadilah masakan di bawah.

Masakan ni merupakan signature dish Si Zabed.
Kata 'chef' Zabed resepi ni mudah dan ringkas.
Namun begitu nama masakan istimewa ini memang lucah.
Si Zabed berikan namanya Sambal Bur*t!
Katanya kesan makan sambal bur*t ni buat pemakannya selalu ke tandas.

Resepi Sambal Bur*t Si Zabed
Cili padi, belacan, garam, bawang dan ikan bilis.
Caranya cili padi ditumbuk bersama belacan dan garam.
Kemudian tumis bahan yang ditumbuk bersama bawang.
Akhir sekali masak sekali bersama ikan bilis.


Makan tengahari dinikmati bersama ikan bakar
yang ditapau dari Pasar Philippine.
Seekor ikan merah ni 2 hengget!
Dimakan pula bersama sambal belacan dari tempat yang sama.
Perghhhh! rasanya memang layan!

Malam sebelum tu dah layan ikan ni bersama Geng Ronggeng.
Punyalah layan makan ikan ni dengan sambal belacan,
sampai tak tercakap dengan geng. Che Kay senyap je.
(Sebab mulut hap hap pedaih gila! hahaha)


p/s: Sebenarnya Sambal Bur*t Si Zabed ni nama dia sambal tumis cili padi...

April 8, 2011

Main Masak-Masak! : Ayam Masak Hitam

Hari Isnin lepas, Che Zabed dan Che Nash ajak Che Kay main masak-masak.
Kebetulan dah lama tak masak. Selalu bagi je Agong adalah dapat makan.
Tak pun asyik suruh *Mak Angkat je yang masak. (sebut sebagai *mamak).

Oleh sebab Che Zabed nak makan ayam,
dia dan Che Nash sediakan bahan-bahan.
Che Kay jadi tukang gaul dan tukang masakkan lauknya.
Tak sangka la pulak main campak-campak macam Chef Wan,
sekali sedap la pulak masakan hari tu!
Sampai Che Zabed gaul nasik dgn sisa kuah dalam kuali!

Nama lauk ni Che Kay panggil Ayam Masak Hitam.
Che Zabed panggil Ayam Sambal Kicap.
Tak kisahlah nama dia apa pun, yang penting sedap!
Hehehe.

Resepi Ayam Masak Hitam (versi orang bujang)
2 bahagian paha ayam
Cili Kering
Bawang Putih
Bawang Besaq
Lada Hitam
Asam Jawa
Kicap

Cara-caranya:
Cili kering yang direbus dikisar bersama bawang putih dan bawang besaq.
Campuran yang dikisar digaul bersama ayam.
Tambah kicap, lada hitam dan air asam jawa.
Gaul rata dan biar perap bersama ayam.
Panaskan sedikit minyak, kemudian masukkan seluruh
bahan-bahan yang diperap.
Masak guna api kecik sampai masak.
=)

p/s: Semua ni berkat kerjasama, tu yang sedap! hehehe. Btw mula-mula makan rasa macam daging masak hitam yang mak selalu masak hitam.

July 8, 2010

Jom Masak-Masak! (EDISI SAKIT JIWA)

INI ADALAH HASIL SELEPAS MENONTON GERMANY LAWAN SPAIN!

SENARAI RESEPI SOTONG!
1. SOTONG MASAK HALIA
2. SOTONG GORENG RANGUP
3. SOTONG GORENG KUNYIT
4. SOTONG KANGKUNG
5. SOTONG MASAK SOS CILI
6. SOTONG SUMBAT
7. SOTONG BAKAR BERSAMBAL
8. KERABU SOTONG ALA THAI
9. SOTONG KUNG PAO
10. SOTONG SUMBAT PUCUK UBI TEMPOYAK
11. SAMBAL SOTONG
12. SOTONG GORENG HITAM
13. SOTONG SUMBAT PERCIK
14. SOTONG LADA HITAM
15. KETUPAT SOTONG
16. SOTONG MASAK LEMAK
17. SOTONG MASAK KARI PEKAT
18. RENDANG SOTONG
19. PAPRIK SOTONG
20. NASI GORENG SOTONG KUNYIT
21. SOTONG BERSERAI
22. SOTONG PESEMOL
23. SOTONG MASAK HITAM ALA PENANG
24. SOTONG CRISPY
25. KARI SOTONG
26. SOTONG GORENG TOMYAM
27. GULAI SOTONG DAN NENAS
28. SOTONG MASAM MANIS
29. SALAD SOTONG, ASPARAGUS DAN CENDAWAN PANGGANG
30. SOTONG MASAK KICAP

AKU RASA CUKUP LA 30 RESEPI NI. LAGI LAMA AKU CARI RESEPI MAKIN LAPAQ PERUT AKU, MAKIN SESUAI JE AKU TENGOK KALAU SOTONG ATAS TU DIMASAK-MASAK GUNA SEMUA RESEPI NI. NANTI KALAU ADA MASA AKU GOOGLE LAGI RESEPI SOTONG. NAK SIAP2 PI KERJA DULU. HUH!


SUMBER GAMBAR: FACEBOOK EPIT!

January 15, 2010

Di Ketika Ini Aku Terkenangkan Pak Cik India Pasar Malam Seksyen 7!

Sekarang ni suasana sungguh sejuk lagi nyaman gitu.
Sambil dok melayan lagu kegemaran yang dah jadi tema dalam telefon,
tetiba Che Kay terkenangkan pak cik India pasar malam tu.
Huhuhu rindu hatiku tak tertahan kepada pak cik.
Bila dah rindu, perut lagi terkenang-kenang.
Tak pasti la benda tu ada ke tak kat sini.


Motifkan tetiba teringatkan masalodeh pak cik tu.
Selalu kalau pegi pasar malam Seksyen 7, mesti beli.
Tak sempat balek rumah masalodeh pon dah habis.
Hehehe.
Ni ada jumpa resepi dan gambaq kat sini.

Oklah Che Kay nak sambung nyanyi lagu indah lagi jiwang karat! =)



"vaseegaraa en nenjinikka un pon madiyil thoonginaal poadhum
adhae kaNam en kaNNuRanga mun jenmangaLin aekkangaL theerum

vaseegaraa en nenjinikka un pon madiyil thoonginaal poadhum
adhae kaNam en kaNNuRanga mun jenmangaLin aekkangaL theerum
naan naesippadhum suvaasippadhum un dhayavaal thaanae
aengugiRaen aengugiRaen un ninaivaal naanae naan"

Tak faham? Klik di sini untuk maksudnya!

March 24, 2009

Biskut Cip Coklat ala Mak Konah

Baru-baru ni ketika Konah pulang ke kampung halaman, Konah berjaya mencari buku resepi turun temurun bonda Konah. Bukunya agak usang dan sudah ada tanda-tanda gigitan Cik Ti dan Cik Pas. Sayang sungguh melihat keadaan buku itu. Buku ni merupakan buku diari tahun 1980. Jadi cik-cik, puan-puan, abang-abang dan sekelian umat bayangkan berapa banyak resepi yang telah ditulis dalam buku ni. Tu belum lagi resepi yang Konah tolong salinkan ketika zaman Konah minat memasak. Masa tu zaman awal kemunculan idola Konah kat TV, siapa lagi kalau bukan Chef Wan. hihi. Ketika belek buku ni, Konah jumpa satu resepi yang paling laris kalau keluarga Konah hidang ketika hari raya. Jadi kawan-kawan, silalah cuba resepi kegemaran Konah! :)


Bukan gambar sebenar

Biskut Cip Coklat

150g Marjerin
230g Gula
70g Telur
4g Esen Vanila
200g Tepung Gandum
120g Corn Flakes
110g Kacang Walnut atau Badam
110 Cip Coklat
Baking soda
 Baking powder

Cara-cara:
1. Pukul Marjerin dan gula dengan kelajuan perlahan hingga gula hancur.
2. Ayak tepung, baking powder, baking soda.
3. Masukkan telur ke dalam adunan marjerin dan gula dan masukkan sedikit esen vanila
4. Masukkan semua tepung
5. Masukkan cornflakes dan kacang, pukul perlahan
6. Masukkan cip coklat dan pukul sekejap
7. Masukkan adunan ke dalam peti sejuk selama 30 minit
8. Keluarkan dan bentukkan seperti bebola
9. Masak dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celsius selama 20-25 minit
10. Dah siap boleh makan! Yea! :)

Itu dia, senangkan! Kalau rajin cuba la.   

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...