October 24, 2011

Main Masak-Masak: Ikan Masak Tiga Rasa

Baru-baru ni kawan serumah Che Kay, Si Nash telah pulang ke tanah Malaya. Sekembalinya dia ke tanah Borneo, Si Nash bawa banyak buku masakan! Bertambah-tambahlah koleksi buku masakanannya. Buku 1000 resepi yang lama pon belum khatam, sekarang dia tambah lagi! Salah satu resepi yang Si Nash teringin nak masak adalah Ikan Masak Tiga Rasa. Jadi kami pon main masak-masak bersama. =)

Salah satu buku masakan yang dia beli bertajuk "Senangnya Memasak... Ikan" oleh Chef Hanieliza. Kalau tak salah Che Kay, Chef Hanieliza ada buku resepi yang tajuknya "1 Hari 1 Resipi 365 Resipi Istimewa". Memandangkan Si Nash dan Che Kay ni tukang masak amatur, kami tetap rujuk buku resipi. Oh, ya Si Mukh pon join main masak-masak.

Mula-mula yang penting mari kita siang ikan! Kalau merujuk kepada resipi, ikan yang disyorkan adalah ikan bawal atau siakap. Tapi ikan yang kami ada hanyalah ikan kerapu. Orang kata hentam ja labu, asalkan ikan! kalau guna ayam tak jadi la Ikan Masak Tiga Rasa. Hihi.

Tengah syok-syok sediakan bahan, tiba-tiba amik kau! Bergelap seluruh kawasan kejiranan kami. Kata Si Nash tadi dia nampak salah satu tiang elektrik ada percikan api. Memandangkan segala bahan dah tersedia, diteruskan juga aktiviti malam tu.

Ikan yang sudah dibersihkan disapu dengan tepung jagung sekelilingnya. Kemudian haruslah digoreng ikan dalam suasana romantik. Ikan-ikan yang sudah dimasak diketepikan dahulu.

Menggunakan sedikit minyak, hirisan bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia ditumis sampailah wangi. Selepas tu, bahan-bahan untuk sos dituang dalam kualiti. Bahan-bahan untuk sos yang digunakan adalah sos tomato, sos cili, sos tiram, sedikit air dan juga gula dan garam. Kami kacau kuah sampai mendidih. Bila kuah dah masak dan cukup rasa, kami pon tuang kuah tadi ke atas ikan yang telah digoreng.

TADAAA! Ikan Masak Tiga Rasa sudah tersedia untuk makan malam. Kalau ikutkan resepi ada beberapa bahan hiasan macam daun bawang, cili merah, cili hijau dan tomoto perlu dimasukkan. Memandangkan semua bahan tu tak ada dalam peti, kami lupakan semuanya.

Jadi pada malam tu Si Nash, Si Mukh dan Che Kay ber'candle-light' dinner bersama-sama. Rasanya....Ummmppphhh!!!! Sedap! Rasanya macam makan di kedai. Memang menjadi masakan kami malam tu! Kiranya resipi Chef Hanieliza ni memang menjadi. Apa lagi, marilah cari buku resipi Chef ni! (terutamanya kepada yang tak pandai memasak) =P

p/s: Che Kay dok cari-cari resipi untuk masak oat pulak.
Erm... resipi apa la yang sesuai dengan tekak ni....

2 comments:

isabelle said...

hamboi...kemain tererist lagi kau masak ye, dik.
nanti kalo akak gi sana, awak tlg masak yg special x?hehe

Che Kay said...

alahai kak belle, saya ni main masak2 boleh la. stakat nak lepaskan standard tekak orang2 bujang. nak jamu tak orang lain tak konfiden lagi. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...