October 18, 2011

Bila Sophia Grace Jumpa Nicki Minaj...

Siapa sangka 'little princess' dari Essex, England si Sophia Grace menjadi bualan merata dunia semata-mata menyanyikan lagu si Nicki Minaj. Minat sungguh dia dengan si Minaj ni. Kalau tengokvideo dia yang glamour ni bersungguh dia menyanyi! Memang dia glamour, video dia tu dah hit lebih 12 juta views. Oleh kerana dia menjadi hits, si Ellen jemput Sophia dan sepupu dia datang ke rancangan dia. Cuba tengok video bawah ni. melompat kegembiraan yang amat si Sophia bila berjumpa 'idola' dia. Yang nak tergelak tu bila si Minaj nak belanja si Sophia, dia cuma kata " I WANT YOUR ALBUM!". hahaha.


Bila tengok video ni, Che Kay teringat kat si kanak-kanak riang di kampung. Si Along masa umur dia lebih kurang 3-4 tahun, dia minat sunggguh dengan sorang penyanyi bertudung litup masa tu. Ala yang glamour dengan lagu Wassini siapa lagi kalau bukan si Waheeda. Along boleh duduk melepak depan radio dengar lagu tu tanpa jemu sampai dia boleh hafal!

(Gambar Along masa tu)

Disebabkan keminatan Along ni dengan Waheeda sungguh tinggi, Che Kay pon beli la album penyanyi tu dan rekodkan lagu glamour itu ke kaset. Balek kampung Che Kay bagi la kaset tu kat Along. Apa lagi, itu je lah lagu yang berkumandang di rumah. Hehehe. Kebetulan masa tu si Waheeda jadi spoke person untuk Pantene, dan dia terlibat dengan Sure Heboh TV3 (masa tu belum Jom Heboh tak silap). Jadi hari-hari la ada iklan dia di tv. Along pon apa lagi dok ulang la kata nak pi Sure Heboh.

Ketika tu kami semua di kampung memang haram tak pernah pergi mana2 Sure Heboh, jadi kami buat la alasan Along nak pergi jumpa Waheeda. Masa ni Along memang senyum riang. Kanak-kanak riang katanya. Dan kalau tak silap masa tu si Angah masih baru beberapa bulan dan masih menyusu tetap jugak kami bawak ke Sure Heboh. Semua semata-mata nak bagi Along jumpa Waheeda.

Masa dah sampai ke Sure Heboh di kawasan Stadium Alor Setar, panas dia hanya tuhan yang tahu. Dan memang rezeki Along, Waheeda ada di booth Pantene. Kami tak ada peluang nak pi dekat sebab nak kena beli shampoo la pulak. Che Kay pon dukung la si Along bagi dia nampak Waheeda. Dia punya perhati sepuas hati. Sampai bila Che Kay ajak pergi dekat dia jawab "Tak pa aih, along dah nampak dia". Itu ja. Walaupon jauh Along dah cukup seronok jumpa Waheeda. Kalau pi dekat Che Kay rasa ntah-ntah dia melompat macam si Sophia jumpa Nicki Minaj! Hihihi.

p/s: Che Kay masa kecik-kecik yang boleh buat Che Kay melompat mesti kalau terjumpa penyanyi kegemaran masa tu si Maizurah Hamzah. Masa zaman tu lepak tepi tangga dengar radio semata-mata tunggu lagu si Mai! Hihihi.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...