October 16, 2011

Klip 3gp: Ganas ke? Gerun ke? Ghairah ke? Ke Psycho?

Erm... berfikir ni macam mana nak susun ayat. Tercari-cari sebentar apakah ayat yang paling sesuai untuk Che Kay mulakan kali ni? Ada 2 sebab yang membuatkan Che Kay melangkahkan kaki ini ke wayang. Pertamanya ini semua sebab kau wahai Zahiril Adzim! Kalau kau tak berlakon rasanya memang aku tak pergi tengok. Aku memang suka tengok kau berlakon. Banyak cerita kau berlakon best! Sebab kedua adalah ayat yang terkeluar di paper, tonton dulu baru nilai filem ni. Katanya! Che Kay tak ingat siapa yang bagi statement ni.

Ha, sebab dah TONTON DULU BARU NILAI, meh Che Kay nak cerita! Kisahnya si Zahiril Adzim ni a.k.a Eddie si jutawan siber mengaut keuntungan dan dapat hidup mewah dengan sediakan macam satu platform untuk orang upload video. Videonya pulak bermacam jenis dari jenis yang ghairah sampailah yang gerun. Yang dia tahu hanya untung untuk diri dia sahajo.

Manakala setiap video yang diupload ada saja kisah disebalik menjadi tumpuan tontonan orang ramai. Ada yang mati, ada yang malu dan juga ada juga yang jumpa hantu! Bagi yang risau babak-babak ghairah tu, klip 3gp-nya semua fokus part muka dan bunyi-bunyi itu-itu. Jadi tak de nampak yang gitu-gitu. Salah satu mangsa yang dimalukan dengan penyebaran video itu, Si Maya berbaju merah pon jadi psycho dan balas dendam terhadap si Eddie.

Jadi best ke? Huhuhu. Ye, kami tahu niat pembikin filem di Malaysia ni banyak yang nak bagi pengajaran kepada rakyat. Jangan gatal-gatal buat video gitu-gitu. Nanti maruah sendiri tercalar. Kaedahnya ramai dah tahu dan dah banyak kes yang terjadi. Mungkin produser filem nak war-warkan kepada masyarakat lain yang tak tahu. Huhuhu.

Indikator keseronokkan menonton:
Aku mengantuk giler dan hampir terlelap masa suku terakhir filem ni. Sungguh 'seronok'kan! Hahaha. Ada satu babak dalam filem ni betul-betul buat aku teringat kat video di Tiub Kamu. Masa tu babak si awek tengah marah-marah boifren kena rakam dengan Si Sabhi Saddi. Lebih kurang la macam dalam video bawah ni. Yang lainnya dalam filem awek tu marah bukan dalam lrt. Hahaha.


p/s: Agak-agaknya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia nak buat ke public service announcement pasal bahaya aktiviti rakam merakam video-video sebegini?

Gambar poster dari www.thebestfilms.net

3 comments:

FVN said...

tak best la eh?
kalau camtu sedut guna youtube jela..
ekekkeke

isabelle said...

ingat kan citer mcm ni ramai yg nak nengok. dah collect bape juta ekk to date?

Che Kay said...

entahlah kak belle. tak amik tau sudah sebab tak syok~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...