October 6, 2011

Al-Hijab : Seereem Bulu Romaku~


Pasca Wayang: Badan tengah seram sejuk nak demam. Ni pon masih tak sedap badan. Mungkin terlebih gugoq jantung dalam panggung.

Entah macam mana, hari ni Che Kay terbuka hati ikut 'adik-beradik' menonton wayang hantu. Rasanya macam dah lama tak tengok. Kali terakhir menonton pon wayang hantu lawak. Kali ini pada permulaan, Che Kay begitu semangat waja menonton dengan kedua belah mata.

Permulaannya agak membosankan. Mungkin ketika ini graf cerita belum lagi naik. Bak kata orang pengenalan untuk filem ni. Terlintas juga dalam hati alahai kenapa la perlu potpet2 banyak sangat! Namun begitu bila ceritanya sudah menarik, sebelah mata ini sudah tertewas. Tinggallah mata kanan yang mampu terbuka.

Akhirnya mata kanan pon dah tak mampu dibuka. Ketika ini Che Kay bersembunyi di sebalik cardigan yang jarang. Barulah ada keberanian membuka kedua belah mata. Walaupon layar kelihatan sedikit kabur, ketakutan yang menyelubungi diri masih belum dihakis. Sampai satu detik, Che Kay rasa lega filem ni dah nak habis. Oh celaka, rupanya masih belum lagi!!!!

Dan ketika ini Che Kay terasa macam trauma, seperti lepas pertama kali nonton Jangan Pandang Belakang. Tingkap terus dikunci, langsir ditarik rapat, habis semua lampu dibuka... aiyooo benci sungguh! Pengajarannya, jangan kau nak gedik-gedik nak itu ini kalau ilmu di dada sejengkal cuma.

p/s: hahaha tu la akibatnya kalau dah tahu diri tu penakut nonton wayang hantu, tetap jugak nak tengok KAN! Terimalah akibatnya. (Dalam hati dok kata wayang ni lebih seereem dari wayang2 yang lain. huhuhu)

5 comments:

F A R Y N said...

nak pi tgk la...
kalau seram nak jerit nama Che Kayyyy!!!!

Che Kay said...

hahaha ye la tu. macam sempat kan nak jerit2 nama ai!

encikReza said...

comfirm besok aku g tengok
aku percaya kan review ko ni tau

suez said...

hehe. ok kalo camtu aku pon tak bani nak tengok cite ni. tengkiu.

Che Kay said...

encikReza: selamat menonton. ko bukak mata besa2 tau. aku ni penakot. hehehe

suez: ada gak part2 lawak dlm cite ni. ala2 bagi penonton hilang takut kejap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...