October 16, 2011

Akan Datang Di Panggung...

Tengahari tadi sebelum nonton wayang, Che Kay lepak-lepak tepi karaoke. Di tepi dinding karaoke tu banyak pulak poster-poster filem yang akan datang ke panggung. Sementara masa nonton filem masih belum tiba, Che Kay tilik-tilik satu persatu poster. Mana tahu kot-kot ada yang berkenan nak tengok nanti.

Apa Tengok-tengok? Oh, sungguh 'komersil' tajuk filem ni. Terasa nak tanya produser filem ni, apa kejadahnya la filem? Boleh kaya juta2 ke encik produser? Tengok poster pon tak minat, apentah bila tengok trailer dia dalam panggung Aiyooo sangat! Che Kay ada 'termimpi' filem ni pasti kutip 'berjuta-juta' hengget nanti.

Ha! Filem Abuya ni macam menarik je. Sebabnya ada si Faizal Hussein! Hehehe. Lepas tu cerita dia macam cerita Ayah Pin je. Tengok trailer dalam panggung pon macam menarik. Mungkin Che Kay akan melangkah ke panggung 10 November ni.

Filem fantasi drama? Apakah itu? Misteri Jalan Lama kalau dilihat dari posternya macam jenis filem science fiction pon ada. Che Kay rasa macam perlu je tengok filem ni kat wayang. Almaklumlah pengarahnya si Afdlin Shauki, pelakon-pelakon dia pon si Que Haidar, Hans Isaac dan juga Vanida Imran. Semuanya i loike! Walaupun trailer dia macam erm aper tu?, Che Kay masih menaruh harapan berbanding poster filem paling atas. Hihihi.

p/s: eh jap nak check kocek, ada ke bajet Che Kay ni?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...