August 2, 2010

'Anak Angkat' Saya...

Aduhai, sejak 2-3 bulan lepas hati saya sering tidak keruan. Tatkala melihat kanak-kanak riang di sana sini dalam hati terasa sesuatu. Sesuatu yang tak dapat diungkapkan. Kesyahduan melanda di jiwa. Erm entahlah... Lebih parah bila saya memandang kemesraan seorang budak lelaki dalam usia 5-6 tahun duduk di sebelah bapanya ketika hari Jumaat. Saya memang sukakan budak-budak. Suka bersembang, suka bermain dan suka mengusik mereka. Hati jadi riang bila ada mereka di sekeliling. Erm...janganlah kata saya sudah wajib kahwin! Saya sedar dengan kedudukan diri yang masih terumbang ambing dari pelbagai segi.

Hujung minggu baru ni Mak Buyung, kawan sekerja & kawan menyembang setiap petang telah selamat melahirkan bayi perempuan yang comel. Berat anaknya lebih kurang 3.65 kilo. Kebetulan saya berada di pejabat, Mak Wok dan Popo
mempelawa saya ikut mereka melawat Mak Buyung di hospital. Kamu bayangkanlah, Mak Buyung baru beranak jam 10, Jam 1.30 dah ada pelawat! Hahaha sian Mak Buyung. Ketika melihat bayi ni hati saya sungguh teruja. Aduhai, tak terkata ketika tu. Kalau boleh nak bawak balik! Masa melihat Mak Wok dukung baby ni, hati meronta-ronta hendak ambil. Tapi tak berani nak bagi tau sebab mengenangkan anak orang. hihi. Ok la cukup cerita pasal anak orang! Lagi dicerita lagi geram saya ingatkan baby ni. =)



Saya nak cerita pulak pasal 'anak angkat' tak rasmi saya. Sebenarnya dah lama dia ada di kawasan rumah saya. Pada mulanya dia hanya ada di rumah jiran saya. Entah bagaimana, sejak 2 bulan lepas dia dah rajin datang di kawasan rumah saya. Sebelum ni saya sering dikejar setiap kali mahu pergi dan balek kerja. Oh, sungguh penat ketika itu! Tak campur lagi dengan setiap kejutan yang dia berikan kepada saya. Tetiba je terpacul depan saya secara senyap-senyap. Dah banyak madah berhelah saya gunakan untuk jauhkan dia daripada saya. Konon-konon baling batu lah, hayun kunci moto la semua dah tak jadi.

Kata orang, kalau kita buat baik akan dibalas baik. Entah macam mana, satu hari sambil makan biskut marie di halaman rumah, saya nampak dia di rumah jiran saya. Saya toleh kiri, saya toleh kanan terus saya lemparkan biskut ke arah dia. Dah bagi sekali, dia nak lagi. Kebetulan ada lagi 2 ketul di tangan. Saya lempar dan terus berlari ke dalam rumah. Bila dah buat sekali, rasa nak buat berkali-kali. Esoknya saya beri pula roti putih. Sungguh lahap dia makan. Sejak daripada tu, dia dah tak kejar saya lagi. Malah menunggu pula saya balik setiap hari. Hairan juga saya, tuan dia tak bagi makan ke? Setakat biskut marie tak de hal lah. hihi. Janji dia dah tak kejar saya!

Oleh sebab kehadiran dia, 'anak-anak angkat' saya sebelum ini dah hilang. Mungkin Kitty dan kawan-kawan dia rasa dah tak selamat berada di persekitaran rumah saya. Sekarang saya pastikan dalam simpanan saya mesti ada sabun taharah buat stok kalau-kalau terkena. Sehingga hari ini dia tak pernah sekali rapat dengan saya. Yang nak tergelak tu faham pulak arahan saya. Saya tunjukkan jari sambil kata HAP! mesti dia terus duduk. Dan aktiviti lempar-lempar makanan masih berlanjutan sehingga hari ini. Itulah kisah 'anak angkat' tak rasmi saya. (Sebenarnya tak rela, tapi hormat kat jiran yang bela... Kita kan 1Malaysia!)


Lebih kurang macam ni la muka dia.
Sumber Gambar: http://www.petfinder.my/photo/pet/15/1548-1588-l.jpg

7 comments:

Zunaidi Dali Great Eastern said...

comels anak angkt u olz..
tahniah! anda skrg seorang ibu... ibu HANJENG! :P

Sumandak Kinabalu said...

saspen..saspen
respek kat Faizal...
ini barulah 1Malaysia...

Che Kay said...

Adie> amboih.....

Sumandak Kinabalu> hahaha yang ko saspen jane? ko ingat sia ada sudah anak ka? hehehe.

Mrs. Al said...

comel sungguh cerita ko...i love puppy...comel..bijak berbanding kucing!!..

Che Kay said...

Al-Scheira> Gitew!

Sumandak Kinabalu said...

begitu lah kiranya...
propa bukan main...
terkazut sungguh...
ingatkan betul2 ada anak angkat! hehehe

Che Kay said...

sumandak kinabalu> ndak la kaliii!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...