August 29, 2010

Kisah Petang Ramadan...

Hari: Ahad
Tarikh: 29 Ogos 2010
Jam: 4.30pm
Situasi
: Che Kay melihat jam yang dicetak di resit selepas membeli barang (kesahnye sebab telepon mati, jam tak de, so tengok resit pon jadilah.) Kemudian dia melangkah masuk ke dalam restoran 'makanan pantas' dan menuju ke kaunter yang dijaga oleh seorang sumandak.

Sumandak: Selamat Datang Encik! (sambil senyum)

C.K: Hai! (sambil senyum kembali)

Sumandak: Makan sini Encik?

C.K: Hah? (sambil membulatkan mata dan tercengang)

Sumandak: Encik mau makan sini?

C.K: Uiinaa kau tinguk saya ni macam muka orang ndak puasa ka? Saya mau take away.

Sumandak: Maaf Encik. Take Away ya? (sambil tersenyum malu)

C.K: Saya mau Dinner Plate sama Chessy Wedges saja.

Sumandak: Itu saja?

C.K: Ya, tu ja.

Sumandak: Semuanya RM#@.&%

(Proses membayar dan ambil bungkusan makanan pon berlaku. Tetiba...)

C.K: By the way, bukan selalu kalau orang datang kamurang tanya mau makan sini atau take away kan. Tapi kenapa kamu tak tanya saya mau take away?

Sumandak: (sambil senyum-senyum) Maaf Encik, tadi saya ingatkan Encik ni Kaling.

C.K: (-_-") ok....

Terus Che Kay memblahkan diri bersama makanan untuk bersungkai nanti.


p/s: Untuk makluman waktu berbuka bagi Kota Kinabalu dan kawasan sekitarnya pada hari ini adalah 6.25pm


Nota Kaki:
Sumandak
= Awek (Bahasa Kadazan/Dusun)

Kaling = India (Bahasa Slanga Sabah. Kalau kat semenajung selalu sebut #eling)
Sungkai = Berbuka Puasa

6 comments:

Sumandak Kinabalu said...

tiada kata2 yg dpt diungkapkan selain drpd hahahahahahahahahahahahaha...
biar betul Faizal??!!
apapun sy rasa sumandak tersebut tak sepatutnya berbahasa sebegitu...
tak kira apa bangsa, layanan sepatutnya sama rata ;)

Che Kay said...

Sumandak> ndak pa la. mungkin dia baru lagi kerja sana. btw banyak kali sudah saya terkena macam ni. huuhuhu

miss jill said...

ekkekekeee....
sian nya hg..sulandak tu nk uji kesabaran org berpuasa...eh sumandak..;p

Che Kay said...

cikgu jila> haip! hahahaha

grafreak said...

wah dah pandai cakap sana

btw, bukan standard ke KFC tanya makan sini ke.

isk2 standard la aku rasa :D

Che Kay said...

Syuk> hahaha cakap biasa ja...selalu aku pi dia akan tanya makan sini atau take away. huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...