August 15, 2010

Bila Mat Despatch Ada Diari...


"Hidup jangan dianggap satu perjuangan kerana perjuangan itu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba. Sekirannya kita gagal dalam proses ini, setidak-tidaknya Tuhan tahu niat kita dalam proses itu."

Siapa sangka dalam sebuah buku seakan-akan untuk kanak-kanak riang rupanya memberi kata-kata yang memotivasikan diri. Itu baru satu petikan, ada lagi kata-kata yang menarik untuk dibaca. Che Kay sungguh puas hati baca buku karya Bahruddin Bekri ni. Walaupun hanya 155 muka surat cerita yang disusun membuatkan diri ini terus membaca dari satu muka ke muka yang lain. Harganya pula tak sampai 10 hengget! Memang berbaloi untuk dibeli. =)

Cerita Diari Mat Despatch berkisarkan seorang graduan bernama Idlan Rayyan bekerja sebagai Mat Despatch. Dia mahu mengambil ujian untuk menjadi editor freelance. Jadi dia cuba berlatih menulis diari menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam buku laporan sains. Berniatkan itulah dia terus mengarang kisah hidup yang berlaku padanya di dalam diari ini. Ceritanya lucu, membuatkan kita berfikir dan yang disukai adalah tip-tip BMT yang diselitkan. Rasa macam belajar BM balik. Hihihi. Cover buku pon menarik. Di muka belakang ada perkataan TOLONGLAH JANGAN BACA. Itu salah satu kenapa Che Kay beli dan baca. hihi. Jadi kawan-kawan kalau terjumpa buku ni di kedai jangan segan2 nak beli!


p/s: lepas ni Che Kay nak cari buku tajuk Lelaki Berkasut Merah. =)

Sumber Gambar: http://pts.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...