Showing posts with label KayKay Membaca. Show all posts
Showing posts with label KayKay Membaca. Show all posts

July 12, 2011

Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis ...


Alhamdulillah, akhirnya keinginan yang tertangguh hampir 2 bulan dapat dipenuhi. Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman diisi dengan keasyikan membaca buku ini. Tergelak sendiri di puncak awan. Cuba dicerna penulisannya. Setiap perkara diselitkan hikmah yang terjadi. Jadi cuba pula disuai padankan dengan segala yang terjadi dalam kehidupan ni. Membaca setiap muka memberi satu motivasi untuk menghadapi hari muka.

Oh, ya! Jika yang tidak tahu, buku ini adalah lanjutan daripada Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu ... . Kali ini penulis berkongsi kisah kehidupan beliau selepas berakhirnya alam persekolahan sehingga menjadi ibu muda. Secara amnya kisah hidupnya lebih kurang sama dengan orang lain. Setiap liku-liku yang dihadapinya, beliau berkongsi di sebalik apa yang mampu kita fikirkan. Antara bab yang rasa dekat di hati ini adalah ketika membaca bab-bab kehidupannya di alam universiti. =)

p/s: Hidup, macam-macam ceritanya...

December 17, 2010

Karipap Oh Karipap!

" Karipap ni tak boleh dimakan, tapi enak di jiwa =P " - Che Kay

Aduhai.... akhirnya setelah 3 bulan dalam simpanan, terbaca juga buku yang dibeli ini. Sebagai salah seorang ahli Persatuan Penggemar Karipap Nasional, Che Kay terbeli Karipap ni. Cover dia yang sempoi dengan kata-kata yang menarik membuat Che Kay tak fikir 8-10 kali untuk beli. Tapi sayangnya 99-128 kali asyik bertangguh sebab komitmen yang lain. Perjalanan pergi dan balik sejauh *3515.48 kilometer di ruang udara dihabiskan masa bertemankan Karipap Karipap Cinta.

Muka ni balik-balik senyum sorang-sorang dalam pesawat. Ada kalanya tergelak kuat sampai orang sebelah jeling-jeling. Semua tu tak dipedulikan. Hati ni rasa puas membaca cerita yang bukan seronok, tapi lebih dua-tiga ronok. =) Dan lebih ronok-ronoknya bila teringatkan Karipap ni dah difilemkan. Dah la yang mengarahnya adalah Encik Hafsham. Dah lah jalan cerita ni sweet. Teringat pula filem-filem Soal Hati dan Soalnya Siapa. Tapi orang kata jangan terlalu berharap. takut terjemahan dalam filem lain daripada keseronokan membaca buku.

Apa-apa pun, yang utama Che Kay nak kata

TERIMA KASIH NAZRI M. ANNUAR!!!

Yang ni di sebalik tabir antara babak yang bikin Che Kay gelak sakan masa dok baca KKC!



p/s: ok dah boleh pos buku ni balik rumah..
* jarak tu saya refer kat sini.

October 6, 2010

Jauh+Jauh

Jauh


+

Jauh



= Kejiwangan Kali Pertama Terus Terasa...

Jauh Aisya Sofea adalah novel pertama yang Che Kay beli dalam sejarah hidupnya. Jauh Ning Baizura pula adalah antara lagu yang digemari. Lagu ini hanya terdapat dalam kompilasi BMG Gegar kira-kira 13-14 tahun yang lalu. Sudah semestinya Che Kay beli kompilasi ini hanya kerana dia. Kebetulan ketika melayan Jauh Aisya Sofea ditemani Jauh Ning Baizura. Gabungan kedua-dua 'Jauh' ini begitu membuaikan perasaaan.... Oh, terkenang semasa dahulu....!

Nota: Lirik Jauh Ning Baizura bagaikan sinopsis kepada Jauh Aisya Sofea.

p/s: Kebetulan tema malam ni 'konsert' winamp bersama Ning, bila dengar lagu ni terus teringat memori dahulu.


Jauh - Ning Baizura
Setiap waktu ku pejamkan mataku
Wajahmu segera mengisi rinduku
Dan bila ku renungi cenderamata kau beri
Segar ku rasa kemesraan denganmu
Hanya sedetik kita bertemu
Rasanya seolah saling memahami
Namun tak daya aku membohongi
Perasaan ingin bersamamu lagi

Kini kau jauh
Jauhnya kau berada
Seberang lautan mengejar impianmu
Walaupun jauh
Tiada jauh dariku
Kehangatan asmara
Di antara kita (duhai kekasihku)

Bila ku terima
Ungkapan kiriman mu
Meluahkan hasrat
Rindu di hatimu
Gembira rasa
Berselang airmata
Perasaan rindu
Menikam di kalbuku
Hanya sedetik
Kita bertemu
Rasanya seolah
Saling memahami
Dan jauh hanyalah
Dari tatapan
Namun di hati
Kita tetap bersatu

Bagai mentari menembusi
Keheningan subuh
Kepulanganmu penghapus gelita
Di jiwaku oh


p/p/s: macam pernah taip pasal ni...tapi dah tak ingat di mana ya?

August 15, 2010

Bila Mat Despatch Ada Diari...


"Hidup jangan dianggap satu perjuangan kerana perjuangan itu menuntut menang dan kalah. Anggap hidup sebagai satu proses kerana proses adalah berkenaan mencuba dan terus mencuba. Sekirannya kita gagal dalam proses ini, setidak-tidaknya Tuhan tahu niat kita dalam proses itu."

Siapa sangka dalam sebuah buku seakan-akan untuk kanak-kanak riang rupanya memberi kata-kata yang memotivasikan diri. Itu baru satu petikan, ada lagi kata-kata yang menarik untuk dibaca. Che Kay sungguh puas hati baca buku karya Bahruddin Bekri ni. Walaupun hanya 155 muka surat cerita yang disusun membuatkan diri ini terus membaca dari satu muka ke muka yang lain. Harganya pula tak sampai 10 hengget! Memang berbaloi untuk dibeli. =)

Cerita Diari Mat Despatch berkisarkan seorang graduan bernama Idlan Rayyan bekerja sebagai Mat Despatch. Dia mahu mengambil ujian untuk menjadi editor freelance. Jadi dia cuba berlatih menulis diari menggunakan Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dalam buku laporan sains. Berniatkan itulah dia terus mengarang kisah hidup yang berlaku padanya di dalam diari ini. Ceritanya lucu, membuatkan kita berfikir dan yang disukai adalah tip-tip BMT yang diselitkan. Rasa macam belajar BM balik. Hihihi. Cover buku pon menarik. Di muka belakang ada perkataan TOLONGLAH JANGAN BACA. Itu salah satu kenapa Che Kay beli dan baca. hihi. Jadi kawan-kawan kalau terjumpa buku ni di kedai jangan segan2 nak beli!


p/s: lepas ni Che Kay nak cari buku tajuk Lelaki Berkasut Merah. =)

Sumber Gambar: http://pts.com.my/

May 16, 2010

Lisa: Budak setan? Kenapa panggil dia budak setan?


Terkaget!......mata terpaku melihat benda yang ada di depan. Terpampang besar menghiasi dinding di atas tempat beli bertih jagung. Banyak sebab kenapa Che Kay menunggu dan tertunggu. Dan ketika itu ada sesuatu terasa dalam hati. Mungkin kerana kesan menghayatinya? Oh, terasa syahdu... Terkenangkan masa remaja...






Dulu, semuanya bermain dalam khayalan. Macam-macam imaginasi bila dibaca kisah Kasyah dan Ayu. Kini Budak Setan yang menjadi pujaan akan beraksi di depan mata. Adakah perasaan yang sama akan menjelma kembali? Tunggu dan terus menunggu.... Yang pasti hati sudah berbunga riang! =)



p/s:
1. Baru dengar lagu dalam trailer pon dah rasa sesuatu...(ni dok asyik ulang je Tiub Kamu ni)
2. Agak-agaknya budak remaja zaman la ni baca lagi ke hasil Ahadiat Akashah?
3. Semua pelakon-pelakon pujaanku! Fazura, Lisa.... Rasa dah di awangan~~~



May 15, 2010

travelog cinta abadi : masa yang berlalu……




Puas….. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan setelah saya habis membaca naskah ini. Setelah menerima kiriman dari UiTM Segamat, hati berbunga riang, bibir menguntum senyuman, diri terasa terbang ke awan. Itu baru kesan menatap buku yang berada depan mata. Kiranya pada hujung minggu tersebut hati mahu menghabiskan masa mengulit buku ini. Tapi itu semua tidak terjadi.

Pada minggu lepas akhirnya saya dapat memulakan bacaan dari muka surat pertama hingga yang terakhir. Tiga malam berturut-turut buku ini menemani saya sebelum menutupkan mata. Tersenyum, ketawa, sedih, berguling-guling kegembiraan,tertitis air mata, tersengih dan terfikir. Hidup….macam-macam yang berlaku. Dan setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang dapat membantu kita mengenali diri dengan melihat di sebalik pandangan mata kasar.

93 bab. Satu persatu dibaca. Saya melihat saya dalam diri dia. Saya juga melihat saya dalam kawan-kawan nakal dia. Dan saya juga seperti murid sekeliling di sekolah dan dalam bas yang dia naiki. Saya juga seperti dia kadang-kadang berangan beraksi dalam bab Epilog Cinta dari Bromley. (Bab inilah antara bab yang membuat saya berdekah begitu kuat. Terlupa seketika yang ketika itu sudah melepasi tengah malam)

Sesungguhnya saya mempelajari banyak perkara daripada kisah hidupnya. Terima kasih dari lubuk hati ini untuk dia yang sudi berkongsi cerita. Terima kasih banyak-banyak! Ada kata-kata Mak Wa di dalam buku ini yang begitu terkesan dalam hati. Kata-kata itu terus membuat saya berfikir dan terus analisa tentang segala kejadian dalam hidup. Semoga saya akan lebih banyak berfikir dan redha serta kurangkan mengeluh mengenai kehidupan… =)



p/s: Terfikir....adakah kerana meningkatnya usia membuatkan diri lebih gemarkan kisah benar? Erm... Kini terus membaca kisah-kisahnya di blog pula. =) Jika ingin membeli buku ini silalah ke sini pula.

September 7, 2009

Cik Kay, Nabil dan Puteri


Akhirnya satu pencarian itu membuahkan hasil! Sejak pertengahan bulan Julai, Cik Kay dengan gigihnya mencari buku ini. Cik Kay pernah memblog tentang buku ini di sini. Ketika itu Cik Kay seperti hendak putus harapan. Ketika itu Cik Kay sudah pasrah dengan pencarian buku 'kecil' ini. Lebih kurang 2 minggu lamanya Cik Kay menghabiskan masa setiap kali pulang dari kerja memburu buku ini.

Kebetulan ditakdirkan Cik Kay menerima tugasan yang membawa Cik Kay terbang kembali ke ibu kota. Salah satu perkara yang Cik Kay telah semat dalam hati adalah mencari buku ini. Kebetulan pada 25 Ogos 2009 Cik Kay turun ke Shah Alam (oh! Cik Kay SUNGGUH RINDUKAN BANDAR INI!), tanpa ragu-ragu terus ke MPH dan mencari buku ini. Senyuman Cik Kay sungguh lebar sambil berkata dalam hati, "Dekat sini jugak yang ada ye! Kenapa la tempat lain tak da. Banyak pulak tu yang ada". Diambil, dibayar dan diblah dari MPH itu.

Dalam banyak-banyak masa yang ada, di pejabat jugalah menjadi tempat Cik Kay menghayati kisah di dalam buku ini. Kenapalah buku ini tak pernah hadir ketika Cik Kay sebaya Nabil? huhu. Jika tidak tentu Cik Kay akan maintain slim sampai sekarang. Oh! lupa, ketika tu si penulis pon sebaya dengan Cik Kay. Mungkin masa tu dia pun sibuk dengan menelaah untuk UPSR! HEHEHE.

Setelah habis membaca, Cik Kay rasa buku ni harus diwarisi kepada anak-anak saudara yang dalam proses pertumbesaran. Semoga mereka akan mempelajari segala ilmu makanan yang telah dipersembahkan oleh Tok Guru (a.k.a penulis) kepada Pak Lang mereka. Hihihi. Cuma 1 je Cik Kay kurang puas hati. Kalaulah karton yang dilukis oleh orang lain itu chomel, pasti lebih cute persembahan cerita ini. Jangan marah ye Tok Guru! Sekian sahaja kisah Cik Kay dan buku bertajuk "Nabil dan Puteri Nutrisi" nukilan Sherifah Baharudin. =)

p/s: Semasa menaip, tetiba terasa seakan dejavu. Macam pernah aku menaip cerita ini. Tapi di mana? Suasana menaip sebijik macam pernah dialami. Sambil berbaring atas toto, sambil menonton cerita P.Ramlee di TV. (Sungguh gigil sebentar!)


May 8, 2009

EH! Kisah Kelmarin ...

Seminggu yang lepas, Konah dah beli majalah kesayangan ni. Terasa nak komen macam-macam pasal muka depan ni! Erm ini dia komen dari Cik Konah Jambu! =D

1. Misha komited untuk cantik

Sebagai seorang artis, haruslahkan kena cantik. Kalau tak cantik, nanti orang pon tak suka. Bila baca artikel ni kan, erm tak da la kagum mana dengan Cik Misha yang sanggup pergi jauh buat segala rawatan kecantikkan. Ye la orang mampu. Lagi pon nak pergi jauh-jauh dah tak jadi masalah. Airasia kan ada! Tapikan kalau kita fikir-fikirkan balik, bukan Cik Misha je yang komited untuk cantik. Cuba lihat mak cik-mak cik di kampong macam Cik Joyah, Kak Nab, Kak Bedah, Tok Nek semua, demi kecantikkan diorang sanggup buat macam-macam. Kalau kita selalu main beli je itu ini. Diorang? Buat sendiri bedak sejuk. Aiyooo azab ye nak buat bedak sejuk! 4-6 bulan rendam beras, baru boleh nak titik-titikkan adunan sebelum keringkan. Hasil dia, erm kadang kala setahun pon stok yang buat sendiri tak abis pakai. Hihihi.

2. Gerek

Mula-mula masa Konah baca muka depan ni kan, dalam kepala otak terfikir ‘Gherek’! Takkan EH! Nak bicara pasal ‘Gherek’ kot? Mana la tau kan la ni musim orang menuju ke arah hidup yang lebih baik dengan bersenam. Bila dah baca baru la Konah tahu gerek tu apa. Hihihi baru paham kenapa orang suka sebut ‘Gerek seh’! Tapi ni semua salah orang yang ajaq Konah. Dia tak terang betul-betul maksud gerek. Konah ingat Gerek = ‘Gherek’ = Basikal. Huhu cheq dok utara tu yang cheq ingat ‘gherek’ roda dua tu. Hihi.

3. Bonda Nabil

Bila selak je muka surat ni terus mulut sebut, “Mak Aiii!”. Cuba hangpa semua tengok muka mak Nabil nih (bukan yang Lu fikir la sendiri), PERGH! Memang makan hati la mak-mak yang lain tengok! Hihi ni memang mak di alaf baru la. Mak yang masih cun walau usia 40++.

Sumber Gambar di sini.

4. Hei Mama, dapatkan kembali badan ‘bergetah’mu!

Ha, ni dakyah yang ‘terbaik’! Baik punya pujukan untuk semua para ibu. Sudah semestinya pada ibu yang masih muda. Bila semua dah terpedaya, tauke-tauke pusat menguruskan badan mesti akan untung. Bila sudah kurus, lagi banyak kedai-kedai baju akan diserbu. Hahaha. Tapi okay la kan pujukan ni. Baru boleh jadi cantik macam mak Nabil! 


5. Ibu ‘senja’ buang tabiat

Bila Konah baca yang ni kan kecewa sikit rasanya. Bukan sebab ibu ‘senja’ buang tabiat, tapi pasal cara penulisan ‘Kisah Benar!’ ni. Penulis menceritakan ke‘gedik’kan ibu-ibu ‘senja’ ni. Ala bosan! Kat luar ni lagi ramai yang awek-awek dan ‘awek-awek’ muda dan tak berapa muda MAHA GEDIK tahap ‘Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam’. Hihihi. Kenapa bila yang ‘senja’ gedik tak boleh? Adakah sebab dah tak menawan macam kegedikkan yang muda ke? (wah, penyokong gerakan Gedik-gedik sudah bersuara!). Okay cukup sampai sini sahaja. =D . Eh, sekarang bukan ke wanita 'berusia' tengah hangat di pasaran? (hihi)






KISAH KELMARIN... (Di MukaBuku)

Bila dah tekan.....

Tengok dekat profil di MukaBuku....

Sekian, Terima Kasih 
(Anda dibenarkan gelak kepada diri ini)

p/s: 'Permintaan' untuk 'ditambah' kawan dibuat semasa OIAM masih hangat dipertandingkan, bukan selepas dia menang okay. Lepas tu bila diperiksa, rupanya ada lagi 5 kawan di MukaBuku juga 'tambah' Encik Toms sebagai 'kawan'. Erm, kelmarin memang buat aku terkesima. Nak guling-guling keseronokkan pon ada. =D

Ikhlas,






Makluman kepada semua, Kaykay, KonahJambu dan Faizal akan menutup talian untuk beberapa hari untuk ke Pantai Timur demi urusan masa hadapan. 

April 29, 2009

Keluarga Yang Hilang...

Moyangku... Nama? erm tidak dapat dipastikan... :(

Tok Wanku... P.M Kache Mohamad Bin Madar Rautan (baris depan, tengah) 
Tarikh Gambar: 11 May 1954

Tiba-tiba hari ini Cik Kay terfikir tentang keluargaku yang hilang. Keluarga nuklues Cik Kay masih ada, yang hilang adalah keluarga generasi yang lebih tua. Terfikir bagaimana susur galur keluarga yang datangnya dari India. Cik Kay rasa sungguh malang bagi kami iaitu generasi sekarang yang kurang info dan juga ceritera tentang keluarga yang hilang ini. Yang ada hanyalah gambar-gambar buat tatapan. Cuba dicari cerita disebalik gambar, namun yang dapat hanyalah hampa. Bila ditanyakan kepada bos besar, dia pun kurang pasti. Cik Kay teringin tahu bagaimana kisah hidup keluarga ini yang datang mencari sesuap nasi di negeri jelapang padi. Adakah kesempitan hidup ketika itu membuatkan kisah mereka tidak dapat disampaikan kepada kami? Erm... apa pun yang berlaku, Cik Kay masih rasa bertuah mempunyai gambar-gambar nostalgia ini dan sedikit kisah hidup mereka. Kadang-kadang Cik Kay teringin kembara ke tanah asal keluargaku yang hilang ini untuk mencari keluarga yang masih ada. Untung-untung dapat la merasakan suasana seperti dalam filem-filem tamil. :)

Apa pun yang terjadi, Cik Kay masih bersyukur kerana masih mempunyai satu-satunya keluarga yang berasal dari susur galur yang sama. Nampaknya Cik Kay harus berguru dengan sepupu bos besar (depan sebelah paling kanan) kalau Cik Kay nak tahu kisah keluargaku yang hilang. Untuk pengetahuan semua, sepupu bos besar ini ada kedai makan. Mee goreng mamak dia adalah mee yang paling sedap pernah Cik Kay rasa. Oh, PakCik! Cik Kay rindukan PakCik!( lebih tepat melepak di kedaimu itu :D )

Sebelum Cik Kay terlupa, faktor utama yang boleh buatkan Cik Kay teringin mencari keluargaku yang hilang ini kerana Cik Kay teringatkan novel di atas. Arjuna Hati tulisan Norzailina Nordin ni dah lama Cik Kay miliki. Lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lepas. Cik Kay cuba mencari di rumah tetapi hampa. Di mana agaknya buku ni? Melihatkan kulit novel dan tajuk cerita, ramai menjangkakan novel ini mesti mempunyai tahap kejiwangan yang tinggikan? Maaf ye, bukan itu yang terhidang. Sebaliknya novel ini menceritakan kisah cicit yang menjejaki kisah moyangnya yang suatu ketika dahulu pernah tersesat dari Tanah Melayu hingga ke Tanah Ratu Inggeris. Cicitnya menjejaki kehidupan moyangnya berdasarkan kisah hidup moyangnya yang dicatatkan dalam satu koleksi jurnal. (Erm ala-ala diari la ni). Penceritaan oleh novelis ini sungguh mengujakan Cik Kay. Cik Kay rasa bertuah kerana dapat berjumpa novelis ini dah bertanyakan bagaimana dia dapat segala idea yang dicurahkan dalam novel indah ini. Sesungguhnya novel ni antara novel yang Cik Kay suka! (Adakah Cik Kay teringin buat kembara ke tanah India seperti dalam novel ni? Erm...) 

March 26, 2009

Akhirnya........

Akhirnya No. 1


Dengan semangat berkobar-kobar, akhirnya berjaya juga Cik Kay membaca novel Salju Sakinah ini hingga ke muka yang terakhir. Novel ni dah lama beli, sejak pertengahan tahun lepas, konon-kononnya Cik Kay hadiahkan novel ni kepada Cik Puteri Islam yang ada kat UPM. Entah macam mana hujung tahun dia bagi balik kepada Cik Kay. Memandangkan tahun lepas agak sibuk dengan macam-macam perkara, Cik Kay hanya sempat membaca novel ini ketika dalam keretapi semasa menuju ke kampung halaman. Itu pon hanya 50% yang mampu Cik Kay selesaikan. Entah macam mana, novel ni hilang daripada simpanan. Cik Kay rasa ni semua Sarjan KRS yang ambil. Malam tadi Cik Kay sambung balik baca novel ni. :)

Apa yang Cik Kay nak kata, novel ni memberi gaya cerita yang berbeza daripada novel-novel yang lain. Bercerita tentang kisah Mai, seorang pelajar di Timur Tengah menjalani hidup di bumi asing dan kisah dia setelah kembali ke kampung halaman. Cik Kay sukakan ceritanya sebab lari daripada novel biasa. Cik Kay kadang kala jemu dengan kisah yang sering dihidang dalam novel biasa. Balik-balik kisah wanita yang berduka lara, balik-balik kisah wanita yang kena r*g#l dan bangun kembali menjalani hidup. Maaf bukan Cik Kay tak sensitif dengan kisah 'R' tu, cuma tolonglah hidangkan kisah lain. Dalam novel ni ada jugak Cik Kay rasa ala kenapa dugaan yang sedih semua sama, cuba la penulis pelbagaikan dugaan yang sedih. Bukan Cik Kay tak percayakan pada jodoh pertemuan mahu pun ajal maut, dah kata ni novel, sila kreatifkan penulisan. :D . (Hihihi macam la Cik Kay kreatif sangat la kan!)


Akhirnya No. 2

Sabun BIOVALLEY :)

Gembiranya Cik Kay bila ke pasaraya besar yang memang BESAR tempoh hari. Masa mundar mandir tanpa kerja di bahagian sabun, Eh! dah ada la. Ye kawan-kawan, akhirnya sabun yang dulu kita cari dah ada di pasaran. Begini ceritanya, masa melawat MAHA tahun lepas, kawan-kawan Cik Kay borong satu produk yang sungguh mengujakan. Mulanya Cik Aneng Jelita Kasumawati yang mula beli. Hasil promosi Cik Aneng Jelita, kawan-kawan lain pon memborong produk ni. Produk ni adalah sabun mandian berjenama BIOVALLEY. Ketika itu ada promosi, beli sabun mandian ni percuma krim lotion pemutih kulit. Semuanya baru RM15. Siapa la yang nak lepaskan peluang ni. Produk ni sungguh 'syok'! Krim lotion dia 'syok'! Sabun mandian pun 'syok'! Menurut penjual BIOVALLEY, produk mereka akan masuk dalam pasaran dalam bulan November di farmasi dan pasaraya besar. Kaedahnya bila tiba waktu yang dijanjikan, habuk pon tak da. Ni bila dah ada, seronoknya rasa. Tapi harga dia sedikit mahal daripada produk yang lain. Tapi tak pe, sebab 'syok' akanku beli. Selain lotion dan sabun mandian, ada juga shampoo ye.

Aneng! Zura! BIOVALLEY dah ada kat GIANT! JOM GI BELI!


Akhirnya No.3

Akhirnya hari raya menjelma jua! hahaha bukan hari raya tahun ni awal ye kawan-kawan. Cik Kay teruja bila dapat kad raya tahun ni. Mesti ada yang hairan macam mana Cik Kay dah dapat kad raya di bulan Rabiul Awal. Macam ni kisahnya. Masa raya 2006, Cik Kay dapat kad raya dari salah satu penyanyi pujaan Cik Kay. Masa tu ala ala senyum sampai telinga. Walaupon Cik Kay tahu dia bukan hantar pada Cik Kay saja, tapi Cik Kay tetap gembira. Jadi masa raya 2007, Cik Kay tertunggu-tunggu la kalau-kalau nak dapat lagi. Malangnya, sampai habis Syawal pun Cik Kay tak dapat apa yang Cik Kay hajatkan. 

Baru-baru ni Cik Kay kemas bilik Ahli Puteri Islam dan Sarjan KRS. Kemas punya kemas, eh, ni surat untuk aku! Cik Kay pon buka la untuk lihat isinya. Eh lagi, ni kad raya Amy Mastura. Kenapa ada kat bilik ni? Patut la 2007 Cik Kay tak dapat kad raya daripada pujaanku, rupa-rupa ada org berangan la yang dia dapat kad raya istimewa ni! Patut la Cik Kay tak dapat. Ni mesti kerja si Sarjan KRS! Dia memang kuat berangan! 

Wahai Sarjan KRS, sila belajar rajin-rajin! Awak tu nak exam tak lama lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...