July 11, 2014

Apa Khabar?


"Dalam perjalanan banyak persimpangan
Di mana kita bertukar arah
Kau lurus ke kiri aku tegak ke kanan
Di mana kita tersilap langkah

Kadang-kala waktu berhenti
Ku toleh ke sisi
Engkau tiada di sampingku
Tapi lebih seringkali
Bertemu dalam mimpi
Semuka dengan sahabatku
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar
Aku tanya apa khabar semua?"

Aduhai!!! Begitu lama rasanya (bukan rasa, tapi itulah hakikatnya) tak jengok MJ. Bukan melupakan, tapi jari-jari ni bagaikan tak mahu lagi menaip. Pernah bukak dan cuba meluah rasa. Namun semua tu tak kesampaian. Mungkin mikroblogging menjadi lebih in, lalu MJ terbiar terdampar di tepian muara. Sejak dua menjak ni hati teringat-ingat nak update. Dan kebetulan dengan 5 days MC yang aku dapat sempena sakit mata, aku cuba menaip kembali. =)

Sejak terdengar lagu Joe Flizzow ni, hati terkenang macam-macam. Rasanya beberapa tahun ni aku banyak memendam rasa. Adakah ku pendam sebuah duka? (Gitu! lagu Khatijah Ibrahim la sangat~) Memang MukaBuku dan IG selalu diupdate. Tapi apa yang dikongsikan mungkin hanya dari segi kulitnya. Isinya? Erm...tak tahu la nak kata. 

Persimpangan hidup memang banyak. Dulu kita mungkin sehaluan. Bila sampai waktunya kita ikut simpang masing-masing. Itu semua lumrah hidup. Lagu ni betul-betul mengusik hati. Apa khabar agaknya sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam hidup ni? Dalam hati ini selalu rasa semuanya dekat.Yang sebenarnya waktu telah memisahkan kita. Adakah aku ni masih hidup dalam kenangan? Kenangan itu macam-macam rasanya, tapi apa pon yang berlaku kita semua harus ke depan. Dan buat sahabatku yang seorang tu, apa pon yang terjadi aku betul-betul berharap ko akan bertemu dengan bahagia dicari. Lagu ni buat aku rindu...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...