April 30, 2009

Ada Apa Dengan Merah ...

Sumber gambar  di sini.

Hari ni Cik Kay memang tak puas hati betul dengan Si Merah (a.k.a Zahiril Adzim). Cik Kay rasa dia ni memang kaki samseng la! Dah la dulu dia ni suruh Lyn hantar dadah sana sini. Lepas tuh dah la dia tikam Abu sampai Abu arwah! Kesian tau Abu! Cik Kay tak sengaja termenangis masa Abu senyum sebelum nafas terakhir. Memang Cik Kay tak puas hati la dengan mamat ni! Hari ni dia buat hal lagi. Memang panas betul Cik Kay dengan dia. Ada ke dia pergi belasah Si Puteh! Hati ini memanas betullah! Cik Kay memang menyampah la dengan Si Merah hari ni! Dah la samseng, bunuh orang pulak tuh! Erm...apa pon yang terjadi di sudut hati Cik Kay kata Si Merah ni sebenarnya baik. Mak dia dengan Mulan tu yang jahat! Satu lagi, Cik Kay suka lah Si June gedik-gedik macam tu. I LIKE! hihi


Lirik Kau Aku (OST Merah Putih) - Aizat

Kau dan aku adalah satu tak kira apa
segala rintihan aku engkau selalu ada
biar kata memisah kita
biarkan saja kerana terbiasa

mengejar mimpi
yang pasti akan aku
sentiasa merasa kehilanganmu
ku akan tunggu saat bertemu

tiada henti walau di mana kita berdiri
di dalam dunia ini, biar sampai akhirnya nanti

semua tak terang di mataku
walau warnanya menyala
ingin merasa namun, aku takkan cuba
biar kata memisah kita, biarkan saja
kerana terbiasa

lagu: AIzat
lirik: AIzat & Isma Yusoof



p/s: Maaf la kawan-kawan. Cik Kay memang kaki drama Melayu. :D

Surat Untuk Logan ...

CONTOH KARANGAN SURAT TAK RASMI.

Markonah Jambu,
Blok 5,
Persiaran Mayang Pasir,
Pulau Pinang.
30 April 2009

Ke hadapan saudara Logan yang berada di tanah Encik Obama. Semoga saudara Logan dan Encik Obama sihat sejahtera dan bebas selesema babi yang sedang hebat melanda dunia.

Saudara Logan,

Kehadiran surat ini bukanlah untuk bercerita tentang wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan yang dikategorikan najis mughallazah itu. Saya juga tidak mahu berbicara tentang Encik Obama yang sedang terkial-kial menyelesaikan segala masalah yang melanda dunia. Hadirnya saya pada hari ini adalah untuk berkongsi rasa cinta yang telah kita lalui walaupun cinta itu bukan di antara kita berdua.

Untuk pengetahuan saudara, saya dapat merasai kasih sayang yang saudara curahkan kepala Kayla Silverfox itu. Cinta itu sungguh suci, sesuci air mutlak barang kali. Cinta saudara Logan pada hemat saya adalah cinta sejati. Tapi malangnya kadang kala kita sebagai manusia terlupa bahawasanya cinta adalah satu permulaan untuk manusia hilang segala pancaindera. Ya, kita bisa hanyut di alam percintaan yang kita kira itulah cinta sejati. 

Saya sungguh berharap saudara Logan tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapi. Saya juga pernah dikecewakan oleh si dia. Pada saya, dialah segalanya, yang terindah pernah saya miliki. Tetapi segala percintaan yang dibina hanyalah untuk kesenangan dia. Ibarat habis madu sepah dibuang, begitulah nasib saya. Walaupun saya bukan semanis madu atau selawak kumpulan Sepah, saya tetap sedih mengenangkan apa yang terjadi. Saya telah dipermainkan oleh dia semata-mata menumpang kesenangan yang saya miliki. Setelah dia berjumpa dengan yang lebih hebat, saya telah ditinggalkan terkapai-kapai di lautan asmara. Mujur ada tangan yang dihulur untuk membantu saya terus bernyawa.

Saudara Logan yang saya hormati, saya sungguh berharap yang saudara Logan akan terus tabah meneruskan kehidupan ini. Mungkin cinta Kayla bukan ditakdirkan untuk saudara. Saya berharap saudara akan terus memandang ke hadapan kerana akhirnya cinta sejati itu akan tetap milik semua.

Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kalam, terimalah salam sayang saya buat saudara Logan sekeluarga. Semoga kita akan bertemu nanti dengan kisah cinta yang teragung di maya. 

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,






(MARKONAH JAMBU)


P/S:Harga Tiket menonton tengah malam = RM0.00
Harga Set Kombo Teh O Limau Ais       = RM0.00
Kepuasan Menonton = Tidak Ternilai!
Kadar mulut ternganga menonton X-Men Origins: Wolverine = Tak Terkira!

Ucapan khas ditujukan kepada penolong pengurus wayang yang sudi belanja semuanya! Akanku kenang jasamu itu wahai sahabat! :D 

p/s/s: Sungguh cemburu melihat kaki panjang yang dimiliki saudara Logan. Itu belum masuk cemburu meluap-luap yang lain. :P 

April 29, 2009

Keluarga Yang Hilang...

Moyangku... Nama? erm tidak dapat dipastikan... :(

Tok Wanku... P.M Kache Mohamad Bin Madar Rautan (baris depan, tengah) 
Tarikh Gambar: 11 May 1954

Tiba-tiba hari ini Cik Kay terfikir tentang keluargaku yang hilang. Keluarga nuklues Cik Kay masih ada, yang hilang adalah keluarga generasi yang lebih tua. Terfikir bagaimana susur galur keluarga yang datangnya dari India. Cik Kay rasa sungguh malang bagi kami iaitu generasi sekarang yang kurang info dan juga ceritera tentang keluarga yang hilang ini. Yang ada hanyalah gambar-gambar buat tatapan. Cuba dicari cerita disebalik gambar, namun yang dapat hanyalah hampa. Bila ditanyakan kepada bos besar, dia pun kurang pasti. Cik Kay teringin tahu bagaimana kisah hidup keluarga ini yang datang mencari sesuap nasi di negeri jelapang padi. Adakah kesempitan hidup ketika itu membuatkan kisah mereka tidak dapat disampaikan kepada kami? Erm... apa pun yang berlaku, Cik Kay masih rasa bertuah mempunyai gambar-gambar nostalgia ini dan sedikit kisah hidup mereka. Kadang-kadang Cik Kay teringin kembara ke tanah asal keluargaku yang hilang ini untuk mencari keluarga yang masih ada. Untung-untung dapat la merasakan suasana seperti dalam filem-filem tamil. :)

Apa pun yang terjadi, Cik Kay masih bersyukur kerana masih mempunyai satu-satunya keluarga yang berasal dari susur galur yang sama. Nampaknya Cik Kay harus berguru dengan sepupu bos besar (depan sebelah paling kanan) kalau Cik Kay nak tahu kisah keluargaku yang hilang. Untuk pengetahuan semua, sepupu bos besar ini ada kedai makan. Mee goreng mamak dia adalah mee yang paling sedap pernah Cik Kay rasa. Oh, PakCik! Cik Kay rindukan PakCik!( lebih tepat melepak di kedaimu itu :D )

Sebelum Cik Kay terlupa, faktor utama yang boleh buatkan Cik Kay teringin mencari keluargaku yang hilang ini kerana Cik Kay teringatkan novel di atas. Arjuna Hati tulisan Norzailina Nordin ni dah lama Cik Kay miliki. Lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lepas. Cik Kay cuba mencari di rumah tetapi hampa. Di mana agaknya buku ni? Melihatkan kulit novel dan tajuk cerita, ramai menjangkakan novel ini mesti mempunyai tahap kejiwangan yang tinggikan? Maaf ye, bukan itu yang terhidang. Sebaliknya novel ini menceritakan kisah cicit yang menjejaki kisah moyangnya yang suatu ketika dahulu pernah tersesat dari Tanah Melayu hingga ke Tanah Ratu Inggeris. Cicitnya menjejaki kehidupan moyangnya berdasarkan kisah hidup moyangnya yang dicatatkan dalam satu koleksi jurnal. (Erm ala-ala diari la ni). Penceritaan oleh novelis ini sungguh mengujakan Cik Kay. Cik Kay rasa bertuah kerana dapat berjumpa novelis ini dah bertanyakan bagaimana dia dapat segala idea yang dicurahkan dalam novel indah ini. Sesungguhnya novel ni antara novel yang Cik Kay suka! (Adakah Cik Kay teringin buat kembara ke tanah India seperti dalam novel ni? Erm...) 

April 28, 2009

Yang Tertangguh.....

Wajah Kesayangan Hamba (Di 'Sep' oleh Suya)

1. Letakkan gambar profile anda
2. Terangkan apa maksud gambar itu?
Gambar ini membawa maksud lelaki itu sedang dahaga sementara menantikan aktiviti melantak sampai kenyang bermula. Perasaan yang resah akibat menunggu membuatkan lelaki itu mengangkat gelas dan membasahkan tekak yang konon-konon kering. Untuk makluman semua, setelah aktiviti makan bermula, entah mengapa lelaki ini tidak melantak seperti makan malam PERTEMA yang lepas. Adakah kerana ahli mejanya tidak aktif makan seperti geng-geng semeja dinner yang dahulu? (Ina, aku memang selalu teringatkan ko bab-bab dinner ni. Ko la ratu melantak!)

3. Kenapa pilih atau letak gambar itu?
Gambar ini diambil ketika menghadiri Makan Malam PERTEMA di semester terakhir. Gambar ini diambil secara 'senyap-senyap' oleh Izu JAIS. Oleh itu gambar ini dapat menonjolkan diri ini di dalam keadaan biasa tanpa sebarang kawalan perasaan yang perasan diri ini kacak bergaya. Ia menunjukkan wajah yang suci tanpa emosi gedik cantek jelita. Gambar ini juga memaparkan kali pertama penulis blog  memakai songkok dalam tempoh masa 6 tahun. Songkok ni pon dah lama beli. Cuma jarang pakai. Untuk makluman awek-awek yang sengal, tidak salah ye bagi seorang lelaki memakai songkok! Sungguh dangkal akalmu itu kerana sinonimkan pemakaian songkok untuk aktiviti nasyid sahaja! (tetibe luahan hati). 

4. 'Sep' 5 lagi blogger

Anugerah Seterusnya..... Diterima daripada Sheri Ever After
Hahaha Tak Berangankan kalau bagi-bagi anugerah macam ni. Ala-ala syok sendiri. Tapi tak pe, Cik Kay memahami masuk tersirat permainan anugerah-anugerah ni. Oleh sebab itu Cik Kay dah sediakan ucapan.

"LIHATLAH DUNIA..Aku tak menyesal menjadi Kaki Blogger!. "

Hihihi macam ape je ucapannye. Oleh kerana anugerah ini merupakan piala pusingan, harus la kita memberi peluang kepada pembuat blog yang lain merasa nikmat anugerah ni. 7 orang yang bertuah untuk diberikan anugerah ini ialah:

2. Suya
3. Sue



Tag Bergambar Daripada Diana Gaban

Peraturannya:
Dengan menggunakan Pencari Gambar Google, sila cari gambar berdasarkan soalan di bawah. Anda hendaklah memilih gambar yang pertama daripada laman keputusan dan siarkan sebagai jawapan anda. Kemudian sila 'sep' kawan-kawan (7 orang semuanya) yang lain untuk teruskan permainan ini.

1. Umur Pada Ulang Tahun Kelahiran yang akan datang.

2. Tempat Yang Saya Ingin Lawati.
Rumah Mertua hihi

3. Makanan Kegemaran

4. Tempat Kegemaran
Yan, Kedah

5. Salah Satu Nama Manja

6. Warna Kegemaran

7. Nama Orang Yang Kita Berangan nak Sayang dan Disayangi
Hahaha Memang Berangan Tahap Dewa! Ayen, Hang jangan jealous ye! Ini hanya angan-angan.  :P  p/s: bagi yang tak tahu awek ni bernama Hanis

8. Nama Cinta Saya
Tak ada

9. Hobi

10. Tabiat Buruk (Buruk ke Kaedahnye? Keperluan OK!)

11. Barang Yang Diimpikan!

Nak 'Sep' 7 orang:
1. Syuk
4. Jebi


April 26, 2009

Mati Hidup Kembali

Sejak kebelakangan ni (bukan dekat belakang aku ok), tak tahu la apa yang bermain dalam kepala ni. Nak kata diri ni tertekan, erm tak de la pulak. Nak kata riang ria bak suria pon tidak. Tapi ada sesuatu yang tak terluah kata. Cuba dan terus cuba fikirkan apa yang sebenarnya yang tidak kena dengan diri. Adakah aku sedang mengharapkan sesuatu? Mungkin ye. Tapi apa? Erm kalau fikir banyak-banyak sangat pon nanti sakit kepala. Kalau tak fikir pon erm nanti mesti terfikir. Yang pasti bila sesuatu berlegar di kepala mesti ada satu simptom yang sama akan aku buat. Bagi yang dah biasa dengan aku, diorang tahu betapa aku boleh ulang dengar satu-satu lagu tanpa bosan. Kesian pulak bila aku kenangkan si Anis layan masa aku ada simptom ni sewaktu sebilik dengan dia suatu ketika dahulu. Kali ini, ni lah lagu yang asyik aku ulang dengar. Erm ada sesuatu yang buat aku asyik ulang dengar lagu ni. Tak pe, aku percaya sampai masanya 'sakit' aku ni ok nanti. :)



Mati Hidup Kembali (Butterfingers)

JALAN RAYA TERLAMPAU SUNYI,
UNTUKKU TERUS BERMIMPI
MATAKU BELUM MENGANTUK LAGI
BAWA KE MANA SAJA KU PERGI

TUNJUKKAN KU BULAN GERHANA,
TIADA SIAPA NAK KU JUMPA
BENDA YANG TIADA KU SANGKA ADA
OH TAK MENGAPA OH TAK MENGAPA

MALAM SEMALAM GUNDAH GULANA
HARI INI HARI MULIA
TAK PERNAH DAKU RASA BEGINI
SEPERTI MATI HIDUP KEMBALI

BAWA KU HILANG DARI INGATAN
HARI INI SEHINGGA ESOK
TAK PERNAH DAKU RASA BEGINI
SEPERTI MATI HIDUP KEMBALI

ANGKASA PENUH DENGAN BERLIAN
KUCAPAI SEBELAH TANGAN
SEBALIK AWAN ADA CAHAYA
BERCAHAYALAH SELAMANYA

DAKU TERTAWA SEOARANG DIRI
DARAH YANG MENGALIR TERHENTI
FIKIRAN KU MELAYANG LAYANG
TIADA SIAPA YANG PERASAN

MALAM SEMALAM GUNDAH GULANA
HARI INI HARI MULIA
TAK PERNAH DAKU RASA BEGINI
SEPERTI MATI HIDUP KEMBALI

BAWA KU HILANG DARI INGATAN
HARI INI SEHINGA ESOK
TAK PERNAH DAKU RASA BEGINI
SEPERTI MATI HIDUP KEMBALI

April 25, 2009

Indahnya Dunia...



Gambar dicopet di sini

Cantekkan segala pokok-pokok ni. Kaedahnyer semua ini dah tak da. Musim bunganya dah habis. Kena tunggu musim bunga kembali. Hihi Tak berangankan ala ala kat Korea katanya. Kadang-kadang kita tak pernah nak perasan atau ber'perasaan' yang tempat kita cantek jugak sebenarnya. Selalu kita nampak tempat lain lebih cantek. Oleh sebab itu marilah hargai apa yang ada depan mata. Cantekkan bumi kita! :) 

p/s: tengah fikir kenapa kadang-kadang tak sedar semua benda ni? Erm ni mesti duduk depan PC banyak sangat. Tak pon Cik Kay tak de kat rumah. hihi (alasan sangat!)

April 24, 2009

MARI MENGUNDI HANIS ZALIKHA!

Muka yang sungguh suci beraksi bersama Lipice....

Oh! macam ni sapu pengilat bibir... Bukan macam sapu kapoq kasut ok! :D

Gambar-gambar cun dicilok di http://inibelogsaya.blogspot.com/

Hari ni Konah sungguh teruja baca belog idola Konah, Si Cik Hanis Zalikha! Dulu masa dia tak menang MDG 1, Konah kecewa juga (walaupon tahu rancangan ni lambat. hihi). Buat kawan-kawan Konah yang tak tahu benda, meh la lepak-lepak dekat belog dia. Cik Hanis ni masuk lagi peraduan. Dia ajak kita undi dia! Marilah mengundi. :)

Bak kata Cik Hanis, untuk mengundi sila ke laman sesawang Lipice di sini. Lepas tu masukkan 
haniszalikha@hotmail.com dekat 'search'. Marilah undi ye kawan-kawan. Konah tak de untung satu sen kalau dia menang. Yang penting Konah gembira! hahaha. Erm jap nak fikir sebab utama untuk undi Cik Hanis...... Kita tak perlu sebab OK! :D

Di Sebalik....Kay Faizal

Erm sebenarnyakan, aku kadang kala nak tergelak bila baca komen orang atau orang balas komen aku kat blog menggunakan nama Kay Faizal. Sebagai contoh dear kay faizal, atau pon kepada kay faizal. Hehe bila membacanya rasa macam ape je. Ala-ala aku ni gila nak pakai nama glamour. Okaylah mari sini aku nak cerita yang kenapa aku gunakan nama ini.

Kawan-kawan semua sedia maklum, maksud aku kebanyakkan kawan-kawan tahu nama aku Faizal. Nama 'rasmi' ni dah lama orang guna nak panggil aku. Biasalahkan bila berkawan-kawan, ada pulak kawan kita bagi nama glamour. Seingat aku banyak nama glamour yang aku dapat. Yang paling lama dah bertahan setakat ni ialah Kay. Itu pon dah dipendekkan dari yang sebenarnya. Alasan utama aku gabungkan nama 'glamour' ni dengan nama betul aku adalah untuk orang senang kenal aku. Selain itu, aku pon nak jugak orang tahu nama betul aku. Asyik panggil nama pendek je sampai orang lupa nama betul. Huhuhu sedihkan bila orang tak tahu nama kita. :) hahaha merepek je pagi-pagi ni. Sebenarnya aku nak komen pasal yang terjemahan nama yang diberi oleh MukaBuku hari tu. Mari kita lihat. :)


Kissable ke kaedahnya? Maaf ye, Never Been Kissed Ok! Masih suci lagi. hahahaha.

Aggressive la jugak. Tambah-tambah bab-bab melaser-laser orang. Sesuai la tu sesiapa yang kena laser dengan aku. :P

Ha? Pelayar kapal layar? Maaf dek non,  saya tak reti berenang. Lagipon ombak jahat! haha

Erm yang ni dah rasa macam 'ayam' la pulak. Apa yang 'fresh' pon tak tahu. Umur pon dah banyak. Erm....

Ya, saya sungguh 'athletic'! (kawan-kawan sila cemburukan ku dengan ke'athletic'kan aku. haha)

Erm yang ni aku rasa macam betul. Imaginasi aku agak tinggi! (Nor! ni semua ko punya pasal. Kan dah kitorang sering berimaginasi haha)

Yang ini bila aku baca rasa macam rancangan kat AXN 701 je. haha. Maaf, saya tak hisap dadah. 

Artistik? Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik ke? Saya tak layak masuk fakulti ni. Huhu

Erm.....yang last ni No Comment. 

P/S: Dialog hari ini....

Along: Pak lang, musang ada janggut ka?
Paklang: erm ada ka?
Along: Tu dalam tv ni tulis.
Paklang: Tulis apa?
Along: Musang Berjanggut
Paklang: Cerita P.Ramlee la. Tajuk cerita dia.
Along: Ok. Along nak tengok.
(5 minit kemudian....)
Along: Betul ke Paklang ada musang berjanggut?
Paklang: (mau gelak sudah) Cerita ni pasal ada orang tu perangai macam musang. Orang tu pulak ada janggut. Sebab tu cerita ni tajuk Musang Berjanggut. 
Along: Oooo 

(hahaha redha je la ye Along... :) )


April 23, 2009

Rindunyer......

Rindunya.........
Rindu kat blog. rindu kat budak kecik ni.
Rindu nak bercerita...
Macam-macam dalam kepala ni.
Ni baru sampai rumah setelah beberapa hari berjalan-jalan demi masa depan.
Ngantuk, mau tidoq dulu.

April 19, 2009

Doa dan Harapan (UPDATE)

Doa dan Harapan menjadi sandaran,
Demi masa hadapan..........

p/s:yang putih tu dah tukar dengan yang lain. yang ni macam pengawas je. hihi

UPDATE: erm balik dari tempat yang dituju tadi, erm tak tau nak komen. Tunggu dan lihat cerita yang akan datang.

April 18, 2009

EH! Cover Girl Search 2009 (Submit Your Entry Now!)



Ada sesiapa yang CaNTiK JeLitA? Mari Baca!

Ditiru dan ditampal daripada mesej yang dapat di MukaBuku:

* Hi all, sila foward message ini kepada kenalan anda yang berminat untuk menyertainya. Terima kasih.

Hi,
Pencarian EH! Cover Search kini bermula! Jangan ketinggalan menyertainya. Untuk keterangan lanjut/ borang penyertaan, dapatkan EH! terbaru (keluaran April 2009). Jadilah pemenang dan menangilah hadiah2 menarik serta peluang tampil di majalah EH! Segera hantar penyertaan anda kerana anda mungkin yang kami cari!

Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui email. Sila hantar butiran berikut:

Nama:
Alamat:
No. Tel:
No. Kad Pengenalan:
Umur:
Tarikh lahir:
Pekerjaan:
Email:

* sila 'attach' 2 gambar anda (satu gambar close -up dan satu gambar penuh)

Email kepada alamat berikut: 

ehmagazine@gmail.com


Tarikh tutup penyertaan adalah 30 Apr 2009. 
Jadi jangan lepaskan peluang ini.

April 16, 2009

Aci Ligan: 5 Perkara + 1st Award (update)

Gambar di cilok di sini

1ST AWARD PALENG COMEL

5 perkara yang lawak+poyo+sengal+mengong and tak bleh nak blah and sewaktu dengannya yang pernah berlaku dalm hidup anda:

Hahaha siot je kena tagged by Cik Sheri Ever After! Tak pe, tak pe aku boleh je nak siapkan tag ni. Senang ja bah itu kirja (konon nak cakap Sabah, hihi). Erm aku dengan tak malunye ingin berkongsi 5 cerita yang lawak+poyo+sengal+bengong dan tak bleh nak blah.
____________________________________________________________________

Cerita 1
Ni satu lagi kisah aku suka mengusik kawan-kawan. Masa ni zaman diploma di universiti. Masa tu tak silap kami ada kelas dekat fakulti business kot. Kebetulan kat situ ada mesim atm. Kebetulan jugak si Fairil nak keluarkan duit dia. Tak ingat berapa ratus. Aku tunggu la betul-betul sebelah dia. Azmil berdiri tak jauh dari situ. Keluar je duit dari mesin tu terus aku sambaq. Terus aku lari konon-konon nak bagi kat Azmil. Aku dah beria nak bagi, tapi Azmil buat bodoh je. Rupanya aku salah orang. Sekali Azmil ada tempat lain. Ha amek ko nak buat dajal dengan orang. Kan aku dah salah orang. Azmil dengan Fairil bantai gelak. Aku pon join gelak sebab kebodohan aku itu. Dah la mamat tu blur-blur tengok aku nak bagi duit dekat dia. Memang gelak sakan sampai sakit perut la ye. Balik bilik pon masih lagi sambung gelak. Tu la Kaykay jangan nak buat jahat sangat. (Jap tetiba aku tak pasti betul ke tidak nama-nama yang terlibat. Tak kesah la yang penting itu la kisahnya). Hihi
____________________________________________________________________

Cerita 2
Yang ni pulak kisah yang aku yang tak sedar diri. Bukan bermaksud aku berlagak la ye. Ini memang kisah yang aku tak sedar dengan keadaan aku. Ini bukan kali pertama berlaku. Dah banyak kali sangat berlaku dalam hidup aku. Selalunya aku sedar bila aku duduk sorang-sorang. Jadi tak de la nak malu sangat. Kisahnya aku ni selalu lupe zip seluar aku. Tak kisah la 'anjas fesyen denim’ ke seluar slack ke seluar khakis ke, memang aku selalu lupe. Aku bagi dua contoh kejadian yang sama. Pertama, aku nak ke pasar malam. Pakai la anjas fesyen denim. Selalu sebelum aku nak keluar aku akan buang air kecil. Lepas tu macam kelam kabut nak pergi. Mungkin masa ni la aku lupa zips seluar. Yang seronoknya aku ni kalau pegi pasar malam aku selalu berjalan macam aku la yang paling cantek kat situ (haha sungguh poyo!). Bila dah balik rumahkan baru aku perasan yang aku tak zip ‘anjas fesyen denim’ku. Dah la yang dalam tu warna merah. Hahahahaha.Mesti banyak mata yang memandang. 

Kisah kedua baru je berlaku masa aku nak ambil satu peperiksaan di utara tanah air. Sebelum aku menuju ke tempat yang sepatutnya, aku singgah la stesyen minyak. Aku sakit perut. Selepas selesai menunaikan hajat yang perlu aku pon cantik-cantikkan diri menuju ke sekolah itu. Sampai je sekolah tu orang tak ramai. Ye la, masa tu masih awal. Aku menuju ke seorang jejaka yang duduk di satu kerusi sambil bertanyakan tandas di mana (terasa nak buang air kecil la pulak). Dia dari jauh dah senyum. Dia tak tahu ok. Aku pon cari sendiri tandas lelaki di sekolah perempuan itu. Dah la aku lalu lalang depan awek-awek, mak orang serta anak dara sunti di sekolah tu. Sekali bila aku masuk tandas nak tunaikan hajat aku baru aku perasan, bila masa pulak zip seluar aku ni terbukak? Huhuhu malu! Tapi tak pe sebab yang dalam pon satu warna dengan seluar slack aku. Jadi aku peduli apa kalau orang nak gelak. Hahahahahahha.
____________________________________________________________________

Cerita 3
Ha yang ni cerita masa dekat zaman diploma jugak. Tapi kisah ni bersambung sampai ketika zaman buat sarjana muda. Semua yang berlaku sebab aku ni peramah sangat kot. Masa zaman diploma aku memang ringan mulut tegor senior. Berkawan dengan senior. Jadi masa tu agak ramai la senior yang aku kenal. Tapi kaedahnya ringan mulut aku ni jadi masa aku dengan awek-awek je. Kalau dengan yang sama spesis aku jadi berat mulut sikit. Tak tau kenapa,mengapa dan bagaimana, tapi itulah sikap aku. Nak jadikan cerita masa tengah nak jalan ke kafe menara , aku jumpe seorang awek yang kononnya aku kenal. Awek ni bertudung tidak terlalu labuh tapi ada ciri-ciri muslimah sejati. Aku senyum je. Itu masa kali pertama aku jumpa. Kali kedua aku jumpa, aku tegur buat-buat tanya nak pegi kelas ke.Awek ni pon senyum kat aku dan jawab iye nak pegi kelas. Dia senyumnye kat aku. 

Nak jadikan cerita satu hari aku jumpa lagi awek tu. Tapi kali ni ada 2 orang awek. Masa ni aku dah sah yang aku selama ni senyum kat awek yang salah. Rupanya awek yang aku selalu senyum dan tegur tu bukan awek yang aku kenal. Hahahaha. Lawak tul. Awek yang aku kenal tu rupanya ada iras dengan awek yang aku tak kenal. Sebab tu la aku salah orang. Yang seronoknya, awek yang aku tak kenal tapi aku selalu senyum kat dia tu, sampai aku  aku sambung belajar dia masih senyum kat aku.Jadi perkenalan kami hanyalah sebab salah memberi senyuman. Masa aku tahun akhir, awek sepersenyuman aku tu dah ada balak. Walaupon dia ada balak, tapi dia masih meneruskan aktivit senyuman dengan aku. Agak-agaknya kan kalau aku mengorat dia mesti aku dapat. Hahaha berangan kan. Ye la sebab selama kami bersenyum-senyuman tu dia tak pernah berjalan dengan balak. Kalau la aku masuk jarum. Hahahaha tengok tu berangan lagi. :P
____________________________________________________________________

Cerita 4
Ha! bila aku baca pasal Cik Sheri Ever After cerita yang dia disinonimkan dengan artis, aku pon pernah ok. Kebetulan aku suka sangat artis ni. Aku sokong dia dalam AF yang paling aku minat. Sebab minat, aku pon undi dia, sms aku pon memberi sumbangan ke arah kemenangannya. Sampai sekarang aku minat dia. Yang aku nak tergelak bukan sorang yang kata macam ni. Ramai ok. Erm mungkin sebab diorang nak jaga hati aku kot. Tapi aku ada la rasa sedikit rasa huhu sungguh suka bila orang kata yang aku ni memang ingatkan mereka kepada juara AF tu.

Ada seorang makcik ni pernah tegur aku kat pasar raya, dia kata dia tengok aku ni macam *%H*#. Hahaha aku gelak ok. Ada sorang kawan aku pon kata macam tu. Masa tu dah lama tak jumpa dia. Dia pon kata kat aku yang bila dia tengok perangai aku macam si *%H*#. Hahahaha berangan sangat aku masa tu. Ala ala aku budjet aku ni comel lagi kiut macam *%H*#. Ha untuk kawan-kawan yang mulut hangsuang ada la kata aku ni macam A.A. Tak sesuai ok! Memang aku nak cili mulut diorang. Kalau kata aku macam *%H*# aku suka. Hahahaha Berangan lagi!
____________________________________________________________________

Cerita 5
Ni nak cerita pasal cermin mata aku. Aku ada satu cermin mata yang paling poyo selama aku hidup ni. Cermin mata tu warna merah dan berjenamakan KEY NG! Aku suka ok cermin mata KEY NG. Lain kali aku nak buat cermin mata baru aku nak cari jenama ni jugak. Masa aku nak buat cermin mata ni, aku memang mencari bingkai yang betul-betul boleh menonjolkan personaliti aku dan juga imej aku yang sungguh bergaya (hahah poyo lagi). Bergaya ke aku. Masa ni dekat fakulti memang ramai la pakai bingkai cermin mata yang meletupz! Ada awek sorang ni memang menjadi inspirasi aku masa aku nak beli cermin mata ni. Dia ada macam-macam bingkai yang wow. Jadi, bila aku dah beli dapat cermin mata ni, aku sungguh gembira sebab aku mesti nampak stylo bila pakai spek ni. Hahaha berangankan! Konon-konon cermin mata boleh mengubah keseluruhan tata rias aku. Padahal nan ado! Cermin mata je lain. Yang lain tak jugak berubah. 

Yang seronok tu kan, aku dapat rasa semua orang tengok aku bila aku pakai cermin mata merahku ini. Sungguh poyo tahap gaban. Lepas tu yang lebih nak poyo aku tanya kawan-kawan aku, eh cermin mata aku ok kan. Tak ‘over’ sangatkan! Hahahahaha. Aku rasmi cermin mata ni masa ‘dinner’ PERTEMA 2006. hahaha memang aku rasa semua orang tengok aku la. Aku rasa aku la yang paling cantik lagi poyo masa tu. Hahahahahahahahah. Kaedahnya tak de pon orang nak terkesima dengan spek aku ni.

________________________________________________________________

Ha, sekian sahaja 5 perkara yang lawak+poyo+sengal+mengong yang pernah aku alami. Disebabkan ini adalah permainan aci ligan (tagged), aku nak sep kawan-kawan aku yang bertuah ni. Silakan buat. Kalau dah buat, buat lah lagi. Tak pon bagi tau aku. Aku ubah nama.Hihihi. Dan terima la award yang comel tu sekali ye kawan-kawan.

5 Yang Bertuah:
Suya Detoxify
Pn Mama Syamiel
Shu Chomby
Hafizanis Ceritera
'Amber' Dali (a.ka Adie)

p/s: baru aku perasan yang aku bagi 6 kisah rupanya. Tak pe, anggaplah bonus dariku. hihi. Ha, ni nak tanya, ada sesiapa yang pernah tag aku tak tapi aku tak buat lagi? aku ada simpan kerja tag dalam lappy aku, tapi kaedahnya lappy aku saket dan tak boleh bukak la ni. Sila beritahu ye.


April 15, 2009

BAHAYA! 18SX! KALAU TAK SUKA, JANGAN BACA!

BAHAYA! SILA BERHENTI DI SINI!
Cerita dibawah mengandungi unsur-unsur lucah yang mungkin anda tidak sanggup untuk baca atau anda tak suka baca. Sesiapa yang tidak sanggup menghadapinya, sila jangan baca untuk memelihara kesucian otak anda. Apa yang hendak dibicarakan di sini adalah luahan hati yang agak ganas lagi seksi dan seksa. Oleh itu, sekali lagi aku sarankan kepada yang suci murni sila hentikan bacaan anda di sini. Sila kembali bila ada artikel yang terbaru nanti. :) 

Peringatan kedua
Bicara aku kali ini betul-betul berinspirasikan blog Anak Mat Nor yang aku baca hari tu. Ye, memang aku meniru idea yang telah disiarkan di blognya di sini. Aku menirunya untuk mengurangkan tekanan yang aku hadapi semalam. 

Ceritanya............
Semalam memang aku tertekan! Sangat-sangat tertekan. (Motifkan nak tekan-tekan). Pagi semalam elok je melayari segala laman sesawang yang aku suka. Tapi bila waktu petang tu internet jadi lembab. Sungguh lembab. Siput babi pon lagi cepat ok! Oleh sebab aku sabar, aku pon tutup dulu komputer dengan harapan nanti kalau bukak balik, mungkin internet akan lebih laju seperti biasa. Tapi kaedahnya aku hampa! Haram tak boleh bukak langsung internet. Sambung internet seperti biasa, lampu modem pon ketiga-tiganya menyala dengan elok. Tapi masih jugak satu habuk laman sesawang aku tak boleh bukak. Aku dah masuk angin satu badan.
Aku ketuk monitor, CPU dan juga ketuk-ketuk manja modem tu. Aku tutup balik komputer. Sejam selepas tu masih juga benda sama jadi OK!

Kali ni memang aku nak jadi hantu! Nasib baik aku tak jadi hantu tetek macam kuiz aku buat kat MukaBuku tuh! Hahaha. Gelak-gelak jugak. Tapi mulut ni memang aku maki-maki la pengendali servis internet yang azab ni. Bos besaq tanya kenapa dengan komputer. Aku jawab la tak boleh sambung internet. Dengan yakin aku jawab ni mesti sebab bil tak bayaq lagi. (Hahaha yakin gile jawapan aku ni). Bos besaq marah la aku. Dia kata bil dia bayaq automatik la ye. Potong terus kat kad kredit. Kaedahnya kenapa, mengapa dan harus bagaimana semua ini terjadi? Ya, aku baru teringatkan situasi ni. Masa dekat rumah bos kecik, selalu jadi macam ni bila bos kecik tak bayaq bil telefon rumah dia. Oleh itu tak dapat la nak melayari dunia siber yang penuh ajaib itu

Untuk seketika aku carut-carutkan pengendali internet dan telefon rumah. B#bi la C*laka la dan macam-macam lagi kata-kata busuk yang keluar dalam kotak pemikiran. Nak carut secara betul-betul nanti bos besaq marah kat aku balik. Hihihi. Aku tertekan la, dah rindu kat MukaBuku tu. Mesti kawan-kawan hantar macam-macam mesej kat aku. Hahahaha sempat lagi berangan!

Untuk meredakan tekanan yang dihadapi (kononnya la kan), aku dapat idea yang busuk lagi keji. Idea ni berinspirasikan blog Anak Mat Nor. Huhu. Kredit telefon bertaliankan Encik orang kaya itu masih ada seringgit lebih. Aku pon taip la mesej yang berunsurkan 18sx dan hantarkan kepada seramai yang mungkin.Ya, aku berjaya hantar walaupon kredit agak miskin. Hahaha. Respon yang diterima pon agak memberangsangkan! Aku sungguh suka! Keadaannya seperi aku dalam MukaBuku seperti biasa. hahaha Padah ketagihan MukaBuku yang melampau!

Begini ayat yang dihantar melalui mesej (setelah diedit beberapa kali):

"Aku nak konek! Nak konek nak konek nak konek jugak! Stress hidup tak dpt konek! Ni mesti pasal tak bayar bil lg. Sebab tu tak dpt konek! Huhu sedih! patut la tenet lembab semacam! Konektion jadi weng je. :_( "

Hahaha macam haram itu mesej. Dan selepas menghantar mesej itu, beberapa kawan-kawan  (nama dirahsiakan) memberi respon seperti:

1. Sila guna bahasa sopan. Connect ok! <--- ala yang ni nak buat gurau pon tak boleh.
2. Aku simpati dengan ko, konah! <---ha! yang ni dia memahami inti pati mesej yang diberi.
3. Siapa ko? <--- hampeh punya kawan! tak simpan no telefon aku la tuh! Tau la ko dah jadi peguam.
4. Kamukah kk yang bkata2.. <--- yang ni tak baca mesej sampai habis la tuh!
5. Ko.buat suspen je. <---- Dia terperanjat dengan mesej aku. hahaha.
6.Bengong! Tapi aku suke! <--- ha! yang ni kaki lucah ni.
7.Hahahah..lucah je memula <---ni pon suka je benda lucah-lucah

Tekanan aku kurang la jugak dengan hiburan lucah ni. Ok meh nak bagi tau moral cerita ini. Bukan aku gila nak berlucah-lucahan. Tapi kalau korang perasan, sekarang ni bila teknologi dah berkembang, penggunaan bahasa kita pon dah jadi carca marba. Ramai kawan-kawan aku suka memelayukan ejaan bahasa Inggeris sampai aku pon tak faham apa yang diorang nak sampaikan. 

Contohnya seperti siyes (serius), ekceli (ape ni, coli ke? hahaha) dan macam-macam lagi. Tu tak masuk lagi penggunaan bahasa yang sungguh ringkas sampai aku tak faham. Contohnya ag (yang dj hot fm tu ka? oh! hang rupanya) dan bj ( bukit jambul ke? ke baju? ke baja? :P). Tu baru 2 contoh. Bukan apa, kadang-kadang aku tak paham la mesej ringkas-ringkas. Lepas tu aku terpaksa hantar mesej tanya balik apa yang dimaksudkan. Kan dah bazir kredit! Bukan sebab aku tak 'cool' macam korang. Kadang-kadang gelombang otak kita tak sama ok! Ha! panjang giler bebelan aku hari ini. Sudah! Sudah! Sudah! sekian sahaja untuk hari ini. :) Lega hati aku bila 'konektion' internet pulih seperti biasa hari ini. Yea! mari berMukaBuku lagi! la la la la la.

April 14, 2009

I MISS HIM SO MUCH!

Maaf kawan-kawan, ini bukan kenyataan yang berani mati. Tapi aku memang sungguh rindu kepada si dia! Rasa macam tak betul sikit pon ada. Kenapalah dia buat aku rindu sangat ni. Kalau la dia faham bagaimana aku rindukan dia, mesti dia akan telefon aku. Kaedahnya dia tahu ke? Tak pe la walaupun dia tak tahu, ni aku nak bagi tahu dia, " I miss you, darling, intan payung!" Ni baru seminggu tak jumpa. Kalau sebulan macam mana la pulak rasanyakan! Tak pe, nanti bila dah jumpa hilang la rindu. Nasib baik ada gambar untuk ditatap. 

Ajid, nanti sabtu ni Pak Lang Jan mai tengok adik na! :)

p/s: oh, sungguh gedik rasanya hari ini! la la la la la la 

April 13, 2009

Segalanya Demi SCHA!

Iklan: Dapatkan EH! terkini di pasaran. :)

Semua yang terjadi berlaku hari ini aku buat demi Scha. Ye, Scha yang Awan Dania itu. Atau nak lebih terperinci Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya. Bila kejadian ni berlaku aku teringatkan Encik Pa-Pa Oyett. Sebabnya aku gelak bila baca blog dia yang ini. Oleh kerana aku gelak kat dia, benda yang serupa terjadi kat aku. Masa ni memang aku teringat blog PaPa.

Begini ceritanya, hari ini ada pasar malam dekat kawasan perumahan aku. Seperti biasa aku kena pegi beli 2 bungkus nasi kerabu, 2 keping capati bersama kuah sardin dan tidak ketinggalan bihun Singapura bersama 'Kelapa Goncang'. Lepas semua benda dah dapat, aku dengan senang hati nak balik ke rumah. Tapi langkah aku terhenti bila nampak Scha baik punye berdiri depan aku. Aku kaget! Ye, siapa tak kaget bila terjumpe awek yang cantek kan!.

Mula-mula aku memang berhenti tengok Scha. Tapi sebab malu aku terus melangkah pergi. Tapi selepas 2 langkah terhenti seketika langkah kakiku. Aku toleh nak pastikan Scha ada lagi di situ. Ye, dia masih berdiri di situ. Aku nak melangkah pergi tapi hatiku kata peluang hanya sekali. Mami pasar malam dah usha baik je perangai aku. Dia dah senyum-senyum kat aku. Aku patah balik ke tempat Scha berdiri. Aku kata "Mami jangan gelak ye!". Mami tu senyum simpul.

Segalanya demi Scha, aku pon gagau poket 'anjas fesyen denim'ku lalu mengeluarkan syiling yang ada sambil kira untuk cukupkan 5 hengget. Sebab dalam dompet aku ada baki duit kertas 2 hengget. Mami pasar malam dah gelak-gelakkan aku sampai gigi palsu dia bergerak-gerak nak terkeluar dari mulut. Ada la 2 - 3 orang tengok aku sambil senyum-senyum. Senyum la korang! Janji aku dapat Scha hari ni! Banyak hari aku cari Scha tak jumpa. 

Moral hari ini, lain kali kalau nak pergi pasar malam pastikan bawak duit lebih. Jangan mengada-ngada nak bawak duit secukupnya. Kita bukan tahu apa la yang akan terjadi di pasar malam. Satu lagi, lain kali jangan mengada-ngada nak tinggal duit dalam kereta. Tadi masa masuk kereta tengok kat tempat syiling ada pulak 10 hengget. Benci betul bila teringatkan Mami tadi gelak. Nasib baik la gerai dia tempat aku selalu bertandang. Jadi aku tak da rasa malu sangat. :P Ha satu lagi, kalau baca blog orang jangan gelak sakan sangat dengan kejadian yang menimpa diorang. Kan dah jadi dekat aku! 

Konah Dan Pak Arab

KONAH KEMBALI KAWAN-KAWAN! Hari ini Konah ingin bercerita mengenai Konah dan Pak Arab! Musim-musim hujan ni kan sesuai sangat kalau kawan-kawan Konah berjalan-jalan mecari Pak Arab yang ada di pelusuk kota. Teringat Konah kepada seorang kawan di sebuah kolej di ibu kota. Annette nama dia. Orangnya lucu dan suka tersenyum. Minatnya, :) Pak Arab la! Berterik-terik si Annette ni berkenalan dengan Pak Arab Turki dekat MIRC (well zaman tu MIRC la kan tempat kita chatting). Hihi. Sungguh kacak gambar Pak Arab yang diposkan kepada Annette. Apa khabar ye si Annette sekarang?

Ok mari lupakan Annette. Pada hari ini, Konah teruja membaca Kosmo (surat khabar kegemaran Konah). Artikel "Ringkas Tapi Ranggi" menarik perhatian Konah. Bagi Konah, kalau kawan-kawan hendak mengorat balak Arab, haruslah kita belajar bagaimana berpakaian seperti gaya Arab. hihihi. Yang menarik perhatian Konah membaca artikel ni adalah katanya "Cara wanita Arab bertudung hanya menggunakan sebiji kerongsang untuk disematkan di bahagian leher supaya tudung tidak tertanggal". Kalau nak membaca artikel ini silalah lawat di sini atau beli Kosmo hari ini.



Itu baru bab bertudung. Belum lagi bab tata rias di muka. Seperti yang kita boleh lihat, cara tata rias Arab agak tebal dengan alis matanya, bedak mukanya serta warna-warna mereka gunakan agak garang. Contohnya kalau bukak ART TV tu erm amboi merah tak ingatkan mak ngah. Tu belum lagi dalam muzik video Arab. :) Konah tak pandai sangat make up cara Arab. Tapi kalau kawan-kawan nak mencuba make up cara Arab, mari kita sama-sama belajar ikut video bawah ni. Selamat mencuba!

Tutorial Make Up Arab


Contoh-contoh make up Arab

Terkini: Aduh, layan pulak lagu ni. Konah ulang dengar lagu ni lagi dan lagi...hihi


P/s: Miss Epit! I Like Ur Style!

April 12, 2009

Semuanya Satu ! (Terkini)

Hari ni hari Ahad. Ye, semua orang tahu hari ni hari Ahad. Aktiviti yang perlu dilakukan seperti biasa macam orang lain juga yang duduk kat rumah, kena buat kerja-kerja rumah. Memandangkan aku masih 'berpuasa' daripada buat segala kuiz yang ala-ala mengarut lagi menyeronokkan itu, aku masih melepak di Tiub Kamu. :D Ye, aku tak tau nak melawat laman sesawang yang lain. Hari ni layan video yang bertemakan semuanya satu. Seronok jugak lagu ni. Bila layan lagu ni terasa nak ajak Si Suya buat persatuan pulak! Kaedahnya Cik Suya Darl, kita ni pandai benda apa ek yang boleh berpersatuan? Upss kempen ni untuk remaja ke belia ek? Erm Cik Suya Darl, kita masih belia kan! Jap, apa ek definisi belia? Tak pe, tak pe kita masih belia. :D Bukan apa Cik Suya Darl, dari duduk depan PC ni, baik kita bersosial dengan orang sebaya kita. Maksud sebaya bukan seumur dengan kita. Lebih baik cari yang senasib atau setara dengan kita. Tak de la nak stress dengan kawan-kawan yang dah berjaya.

Oh, maafkan saya! Saya bukan tak suka kawan-kawan saya yang berjaya. Cuma saya tak suka bila kamu semua SUNGGUH BERLAGAK DENGAN KEHIDUPAN KAMU! Ye, saya tahu saya dan kawan-kawan lain masih menyusun kehidupan kami. Kami tahu bumi yang kami pijak. Tapi KAMU semua tak perlu membuat orang seperti kami terasa sungguh HINA! Tahukah kamu yang hidup kita tempuhi jalannya sungguh berBEZA? Kami sungguh MUAK bila kamu bercerita bagaimana hebatnya kamu MEMILIKI SEGALA KEKAYAAN ITU! Ya, kami faham kamu ingin berkongsi kegembiraan kamu bersama kami. Tapi TAK PERLU BERLAGAK!

Terkini sikit: Luahan di atas tidak ada kena mengena dengan kawan-kawan yang ada blog ye. Luah rasa ini berdasarkan pengalaman bila berjumpa kawan-kawan secara bertentangan mata sahaja. :D saja nak ringankan sedikit tekanan.

Ha! amik luahan hati sekejap. Sambung kembali kepada benda yang aku suka! :D Aku layan video Satu Suara, Satu Komuniti, Satu Persatuan. Oh, aku sungguh suka bila lagu yang dinyanyikan beramai-ramai. Sungguh Mengujakan! Semestinya yang paling suka tengok masa Cik Dayang menyanyi. (^_^) Oleh sebab aku banyak masa, aku taipkan lirik lagu ni. Hihi dalam video ni ada lirik dia. :D Cik Suya Darl, Jom layan!

P/s: Suya Darl, lets buat persatuan memasak! Boleh ko ajar masak ketam bercili kegemaran ko. Aku boleh ajar masak daging masak hitam ala Mamak!



Satu Suara (Satu Komuniti, Satu Persatuan)

Mengapa kita berbeza?
Ku tahu hatimu dipolusi benci
Kita harus bersama
Aku, kau, mereka memahami kompromi
Kita satu komuniti
Satu arah destinasi
Hey generasi muda
Usah kau bersendiri
Kita punya satu hati
Satu cita satu jiwa
Kau, aku dan mereka
Kita satu nama
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama
It's the b to the e to the l i a
Lets keep the head up for better days
Come on hand to hand
If you understand
The message is to be together in this motherland
Where's the love that used to shine?
In this darkest hour we gonna be just fine
Let the love shine in your soul
This revolution gonna be our destiny call
Dalam satu suara kita tiada bezanya
Nyanyi lagu yang sama rentak sekata
Dengan satu suara kita janji menjaga
Kau, aku dan mereka
Kita satu nama
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Dengan semangat waja dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama
Sekiranya ku jatuh terus bangunkan aku
Dan aku lakukan yang sama untuk mu
Kau, aku dan mereka
Dalam satu irama
Dalam satu cinta
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak padu yang sama
Dengan satu suara
Kita serupa walau berbeza
Genggam semangat waja
Dan langkah bersama
Dalam rentak jiwa yang sama

Lagu: Jamil Wilson (Ni laki si Ruhil Amani kan?)
Lirik: Norm Aidid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...