April 4, 2009

Kerja Sampingan!

Erm sejak malam tadi (lebih tepat waktu awal pagi), Cik Kay rasa Cik Kay ada pekerjaan sampingan yang mengujakan! Walaupon kerja ni tak ada gaji, tapi kepuasan melaksanakan kerja ni sungguh tinggi. Cik Kay dapat rasakan hubungan Cik Kay dan orang yang memerlukan perkhidmatan Cik Kay itu sungguh erat. Rasa-rasanya silaturahim antara Cik Kay dan mereka bertambah baik bila Cik Kay cuba memberi perkhidmatan yang terbaik. Ha! Cik Kay bukan pegawai perkhidmatan pelanggan yang kerja di pejabat ataupon di kelab malam mahupun Cik Kay juga bukan 'ayam' di lorong Haji Taib. Jadi apakah pekerjaan sampingan Cik Kay? Dan apa pula kaitan bunga kantan di bawah dengan Cik Kay?

Gambar Hiasan dirembat dari http://cuteduck75.blogspot.com

Tapi bila difikirkan ini bukan kerja sampingan yang sebenar. Kerja ni lebih kepada Cik Kay cuba menjadi seorang sahabat yang cuba memahami masalah sahabat yang lain. Erm...bukankah itu yang patut kita lakukan sebagai seorang sahabat? :D Cik Kay ni selalu berangan, selalunya bila mendengar luahan perasaan sahabat, Cik Kay menjadi ala ala penasihat. Ya, Cik Kay adalah CIK SERI KANTAN!. hihihi. 

Hari ini Cik Kay dapat 2 kes. Kedua-duanya mempunyai beberapa persamaan. Nama bermula dengan huruf X (bukan huruf sebenar). Mereka mempunyai 'teman rapat' yang bekerja dalam sektor 'Abang Uniform'. Seorang tu seisi luah rasa pada waktu pertengahan antara tengah malam dan awal pagi. Sementara seorang lagi seawal 7.30 pagi dah menelefon Cik Kay. Walaupun mata masih tertutup, Cik Kay layankan juga. Sambil sembang tu Cik Kay cuba fikirkan adakah yang Cik Kay sebut kepada dia betul atau tidak. Ye la masa tu tengah 'ting tong' lagi. hihi. Cik Kay simpati dengan mereka. Apa pun yang berlaku, Cik Kay harap mereka tabah menghadapi dugaan hidup ini. 

Kepada teman-teman di luar sana, jika inginkan perkhidmatan meluah rasa, Cik Seri Kantan ada di sini. :D

4 comments:

grafreak said...

ok lah di pagi hari. saya 2 hari lepas baru menbuat khidmat kaunseling juga :D

jam 2 pagi telefon nangis. sedih juga dengar bersama luahan hati yang tak patut disebut/difkir muslim.


nanti sama2 ye kita buat company ada associates di blkg. :D

Kay Faizal said...

Syuk! jom jom! :D

suya said...

hihi...ko kene caj sejam 50 la.hihihi

Kay Faizal said...

erm nak caj rm 50 ek suya? harga kawan-kawan, i bagi FOC je. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...