Begini ceritanya, hari ni aku selak surat khabar dan baca setiap muka yang ada. Sampai satu muka surat ni, aku rasa sungguh menarik. Ye la ada kena mengena dengan aku artikel ni. Mari kawan-kawan kita baca artikel ni kat sini.
Update: Berdasarkan artikel surat khabar tu, aku pon buat la test kat sini.Hasilnya, "You are experiencing occasional or frequent problems because of the Internet. You should consider their full impact on your life". hehehe.
P/s: Hari ni ada orang call aku, soalan yang paleng aku tak boleh blah, "Encik Faizal ni mamak ke?". Hua Hua Hua. Ape aku nak jawab? Aku kata la TokWan aku mamak! (Tak nak mengaku mamak ke kaedahnya?). Ramai orang ingat aku anak Mami. Ye la nama ada Maidin di blakang, dok kat Penang pulak tu. Nasib badan la Cik Kay oi.
10 comments:
tak phm laaaa..
tak paham ape? tak paham artikel surat kaba tu ke? Artikel tu ada kena mengena dgn aku. aku kan menghabiskan masa depan internet. :D
ko bukan ke k
ah mati2 aku ingat mamak.
suya: ye la ye la aku ngaku. aku adalah 1/4 mamak!
Laaaaa
Firstly, apa masalah orang tuh? maka ke tak mamak ke sebok pehal? Racist ;p pulak. the best pm in malaysia is a mamak, ok? (ayat orang yg ada darah india gak)
secondly, malu penye tak ngaku mamak nih. mak i indian-arab, my dad malay tulen (mungkin ada cina la sebab keluarga diorg putih semcm)so ngaku jela ada darah india. ngaku je anak mami, mamak ke, wateva. eh, i link u eh kat my blog!
la bukan ke. aku pun ingat ko keturunan mamak. tapi ok ape keturunan mamak, byk je mamak yg hebat2 kat mesia nih.
aku suka part anak mami..tu la nama bapak ko maidin sah2 la..tgk muka ko pun tahula ko org penang anak mami..
wahahah ramai lak komen. :D
1st: Bapak saya mamak Kedah + melayu (Tok Saya). Yang boleh dok Penang kebetulan bapak pencen kat sini. Arwah Tokwan mai dari India. Istilah kat rumah, Kami ni cucu 'Keling'(orang lain jangan kecik ati. ni hanyalah istilah kami sahaja). Mak saya Melayu (macam2 ada, Jawa ada Aceh ada Cina ada, eh baru ingat ada Mamak sket, hihi).
2nd: Keturunan Mami ni ada something yang berbeza. Syok tengok depa kat Penang ni.
3rd: Huhu i wish i can speak Tamil.Kalau orang tanya "Tamil Tarima?". Jawabku " Tamil terriyaadhu." :D
4th: Ok la lain kali kalau orang tanya saya akan jawab, "Ye, saya mamak" hihi.
bangsa ape pun, tade sape yg malu kan? dulu mase kecik, sape jawa mesti kene panggil nama 'jawa'. skrg takde dah. aku rase sejak mawi kuar kot. mamak pun sama. ni plak aku rase sbb pm ke-4. ok apa, malaysia banyak bangsa. byk kawan, byk info. byk makanan. wah aku lapa tosai garing.
su! ko buat aku terasa nak makan tosei jugak. rava tosei sedap! aduh rindunye restoran hakim! argh lapo roti nan. Kat Hakim jugak yang sedap! huhu
Post a Comment