CONTOH KARANGAN SURAT TAK RASMI.
Markonah Jambu,
Blok 5,
Persiaran Mayang Pasir,
Pulau Pinang.
30 April 2009
Ke hadapan saudara Logan yang berada di tanah Encik Obama. Semoga saudara Logan dan Encik Obama sihat sejahtera dan bebas selesema babi yang sedang hebat melanda dunia.
Saudara Logan,
Kehadiran surat ini bukanlah untuk bercerita tentang wabak penyakit yang berpunca daripada haiwan yang dikategorikan najis mughallazah itu. Saya juga tidak mahu berbicara tentang Encik Obama yang sedang terkial-kial menyelesaikan segala masalah yang melanda dunia. Hadirnya saya pada hari ini adalah untuk berkongsi rasa cinta yang telah kita lalui walaupun cinta itu bukan di antara kita berdua.
Untuk pengetahuan saudara, saya dapat merasai kasih sayang yang saudara curahkan kepala Kayla Silverfox itu. Cinta itu sungguh suci, sesuci air mutlak barang kali. Cinta saudara Logan pada hemat saya adalah cinta sejati. Tapi malangnya kadang kala kita sebagai manusia terlupa bahawasanya cinta adalah satu permulaan untuk manusia hilang segala pancaindera. Ya, kita bisa hanyut di alam percintaan yang kita kira itulah cinta sejati.
Saya sungguh berharap saudara Logan tabah menghadapi semua dugaan yang dihadapi. Saya juga pernah dikecewakan oleh si dia. Pada saya, dialah segalanya, yang terindah pernah saya miliki. Tetapi segala percintaan yang dibina hanyalah untuk kesenangan dia. Ibarat habis madu sepah dibuang, begitulah nasib saya. Walaupun saya bukan semanis madu atau selawak kumpulan Sepah, saya tetap sedih mengenangkan apa yang terjadi. Saya telah dipermainkan oleh dia semata-mata menumpang kesenangan yang saya miliki. Setelah dia berjumpa dengan yang lebih hebat, saya telah ditinggalkan terkapai-kapai di lautan asmara. Mujur ada tangan yang dihulur untuk membantu saya terus bernyawa.
Saudara Logan yang saya hormati, saya sungguh berharap yang saudara Logan akan terus tabah meneruskan kehidupan ini. Mungkin cinta Kayla bukan ditakdirkan untuk saudara. Saya berharap saudara akan terus memandang ke hadapan kerana akhirnya cinta sejati itu akan tetap milik semua.
Sampai di sini sahaja coretan saya untuk kali ini. Akhir kalam, terimalah salam sayang saya buat saudara Logan sekeluarga. Semoga kita akan bertemu nanti dengan kisah cinta yang teragung di maya.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
(MARKONAH JAMBU)
P/S:Harga Tiket menonton tengah malam = RM0.00
Harga Set Kombo Teh O Limau Ais = RM0.00
Kepuasan Menonton = Tidak Ternilai!
Kadar mulut ternganga menonton X-Men Origins: Wolverine = Tak Terkira!
Ucapan khas ditujukan kepada penolong pengurus wayang yang sudi belanja semuanya! Akanku kenang jasamu itu wahai sahabat! :D
p/s/s: Sungguh cemburu melihat kaki panjang yang dimiliki saudara Logan. Itu belum masuk cemburu meluap-luap yang lain. :P
5 comments:
kehadapan saudara kay kay...
ko ni dah tahap kritikal dah ni...kah kah kah...
baik ko cr keje cepat2...ni dah sampai tahap tulis surat kat mr.logan ni...ada yang tak kena ni..kah kah kah....
hey u
maceh maceh...keep in touch ya!
hehhehe
wahai cik kay....
mengapakah kamu suka buat adik2 mu yg sedang berjuang ini jeles sbb x dpt tgk wolverin.. sob.. sob.. =(
chomby:
ala tak lama lagi aku gi keje la. la ni kasi la aku feeling2 kejap. aku tulis surat tu sekadar nak bagi tahu dia je. kalau pos mesti lambat sampai. nak email, aku tak tau alamat email dia. harap2 dia baca. (hahaha verangan tak i?)
Beauty Touch:
hi cantek! nanti kite berutusan lagi ye. i kagum dengan kegigihan u itu.
thousand words:
dek non, i tak bermaksudkan untuk kamu semua adik-adikku itu cemburu. kebetulan masaku lapang. apa salahnya daku menonton. sampai masa kamu semua pegi la menonton pulak. tempah satu panggung utk AS226 ye. hihi.
erm..hidup ini kadang2 kite di atas, kadang kite di bawah..kadang kite dikecewakan, kadang kite mngecewakan..tapi hidup mesti diteruskan kan?
kem salam kat abang Logan..lambatnye abang Logan nak sampai Turki..dah kemaruk nih..huhu..
Post a Comment