Semua yang terjadi berlaku hari ini aku buat demi Scha. Ye, Scha yang Awan Dania itu. Atau nak lebih terperinci Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya. Bila kejadian ni berlaku aku teringatkan Encik Pa-Pa Oyett. Sebabnya aku gelak bila baca blog dia yang ini. Oleh kerana aku gelak kat dia, benda yang serupa terjadi kat aku. Masa ni memang aku teringat blog PaPa.
Begini ceritanya, hari ini ada pasar malam dekat kawasan perumahan aku. Seperti biasa aku kena pegi beli 2 bungkus nasi kerabu, 2 keping capati bersama kuah sardin dan tidak ketinggalan bihun Singapura bersama 'Kelapa Goncang'. Lepas semua benda dah dapat, aku dengan senang hati nak balik ke rumah. Tapi langkah aku terhenti bila nampak Scha baik punye berdiri depan aku. Aku kaget! Ye, siapa tak kaget bila terjumpe awek yang cantek kan!.
Mula-mula aku memang berhenti tengok Scha. Tapi sebab malu aku terus melangkah pergi. Tapi selepas 2 langkah terhenti seketika langkah kakiku. Aku toleh nak pastikan Scha ada lagi di situ. Ye, dia masih berdiri di situ. Aku nak melangkah pergi tapi hatiku kata peluang hanya sekali. Mami pasar malam dah usha baik je perangai aku. Dia dah senyum-senyum kat aku. Aku patah balik ke tempat Scha berdiri. Aku kata "Mami jangan gelak ye!". Mami tu senyum simpul.
Segalanya demi Scha, aku pon gagau poket 'anjas fesyen denim'ku lalu mengeluarkan syiling yang ada sambil kira untuk cukupkan 5 hengget. Sebab dalam dompet aku ada baki duit kertas 2 hengget. Mami pasar malam dah gelak-gelakkan aku sampai gigi palsu dia bergerak-gerak nak terkeluar dari mulut. Ada la 2 - 3 orang tengok aku sambil senyum-senyum. Senyum la korang! Janji aku dapat Scha hari ni! Banyak hari aku cari Scha tak jumpa.
Moral hari ini, lain kali kalau nak pergi pasar malam pastikan bawak duit lebih. Jangan mengada-ngada nak bawak duit secukupnya. Kita bukan tahu apa la yang akan terjadi di pasar malam. Satu lagi, lain kali jangan mengada-ngada nak tinggal duit dalam kereta. Tadi masa masuk kereta tengok kat tempat syiling ada pulak 10 hengget. Benci betul bila teringatkan Mami tadi gelak. Nasib baik la gerai dia tempat aku selalu bertandang. Jadi aku tak da rasa malu sangat. :P Ha satu lagi, kalau baca blog orang jangan gelak sakan sangat dengan kejadian yang menimpa diorang. Kan dah jadi dekat aku!
3 comments:
laaa..i ingtkn u terjumpa minah tu tgh shopping kt psr mlm! :P
:D hehehehe. larik.......
hahahah takpe asalkan kita dpt apa yang ktia nak kan..
Post a Comment