April 8, 2009

Usah Putus Asa !



Dalam menjalani kehidupan yang penuh dugaan ni, kadang kala diri 
terasa putus harapan. Bukan mengalah dengan dugaan, cuma terasa 
penat dengan keadaan yang dihadapi. Namun bila mengenangkan 
masa depan, kupujuk hati usah putus asa. Terima kasih wahai cd 
lagu Akbar. Walaupun dah lama beli, ni baru dengar balik. Itu pun 
kebetulan geledah kotak cd. Tajuk lagu ni Usah Putus Asa nyanyian 
Akbar dan Mirwana. Lagu ni la selalu aku dengar bila rasa tidak berdaya 
semasa belajar dulu. Terus rasa semangat buat kerja dan menghadapi 
semua masalah yang ada. Mari teruskan hidup dengan hati yang tabah! :D 

p/s: ku tuju khas lagu ni buat kawan2ku serta semua yang membaca. 
semoga semua tabah menghadapi dugaan dan usah putus asa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...