April 29, 2009

Keluarga Yang Hilang...

Moyangku... Nama? erm tidak dapat dipastikan... :(

Tok Wanku... P.M Kache Mohamad Bin Madar Rautan (baris depan, tengah) 
Tarikh Gambar: 11 May 1954

Tiba-tiba hari ini Cik Kay terfikir tentang keluargaku yang hilang. Keluarga nuklues Cik Kay masih ada, yang hilang adalah keluarga generasi yang lebih tua. Terfikir bagaimana susur galur keluarga yang datangnya dari India. Cik Kay rasa sungguh malang bagi kami iaitu generasi sekarang yang kurang info dan juga ceritera tentang keluarga yang hilang ini. Yang ada hanyalah gambar-gambar buat tatapan. Cuba dicari cerita disebalik gambar, namun yang dapat hanyalah hampa. Bila ditanyakan kepada bos besar, dia pun kurang pasti. Cik Kay teringin tahu bagaimana kisah hidup keluarga ini yang datang mencari sesuap nasi di negeri jelapang padi. Adakah kesempitan hidup ketika itu membuatkan kisah mereka tidak dapat disampaikan kepada kami? Erm... apa pun yang berlaku, Cik Kay masih rasa bertuah mempunyai gambar-gambar nostalgia ini dan sedikit kisah hidup mereka. Kadang-kadang Cik Kay teringin kembara ke tanah asal keluargaku yang hilang ini untuk mencari keluarga yang masih ada. Untung-untung dapat la merasakan suasana seperti dalam filem-filem tamil. :)

Apa pun yang terjadi, Cik Kay masih bersyukur kerana masih mempunyai satu-satunya keluarga yang berasal dari susur galur yang sama. Nampaknya Cik Kay harus berguru dengan sepupu bos besar (depan sebelah paling kanan) kalau Cik Kay nak tahu kisah keluargaku yang hilang. Untuk pengetahuan semua, sepupu bos besar ini ada kedai makan. Mee goreng mamak dia adalah mee yang paling sedap pernah Cik Kay rasa. Oh, PakCik! Cik Kay rindukan PakCik!( lebih tepat melepak di kedaimu itu :D )

Sebelum Cik Kay terlupa, faktor utama yang boleh buatkan Cik Kay teringin mencari keluargaku yang hilang ini kerana Cik Kay teringatkan novel di atas. Arjuna Hati tulisan Norzailina Nordin ni dah lama Cik Kay miliki. Lebih kurang 4 atau 5 tahun yang lepas. Cik Kay cuba mencari di rumah tetapi hampa. Di mana agaknya buku ni? Melihatkan kulit novel dan tajuk cerita, ramai menjangkakan novel ini mesti mempunyai tahap kejiwangan yang tinggikan? Maaf ye, bukan itu yang terhidang. Sebaliknya novel ini menceritakan kisah cicit yang menjejaki kisah moyangnya yang suatu ketika dahulu pernah tersesat dari Tanah Melayu hingga ke Tanah Ratu Inggeris. Cicitnya menjejaki kehidupan moyangnya berdasarkan kisah hidup moyangnya yang dicatatkan dalam satu koleksi jurnal. (Erm ala-ala diari la ni). Penceritaan oleh novelis ini sungguh mengujakan Cik Kay. Cik Kay rasa bertuah kerana dapat berjumpa novelis ini dah bertanyakan bagaimana dia dapat segala idea yang dicurahkan dalam novel indah ini. Sesungguhnya novel ni antara novel yang Cik Kay suka! (Adakah Cik Kay teringin buat kembara ke tanah India seperti dalam novel ni? Erm...) 

4 comments:

grafreak said...

hanya ada gambo ayah masa kecik. gambo mak tak de lak. gambo aku yg comel ms kecik juga ada. hehe

Zunaidi Dali Great Eastern said...

wow! classicnye pict!
i pon ade..tp i rase i tau la serbe skit psl asal usul dieorg tu.. :)

wawa said...

a.kay, gi la india..bkn dpt jmp family kt sna je, untung2 dpt jmp artis2 bollywood.. hehe.. :P

Che Kay said...

grafreak:
ok la kan ada dari tak ada langsung

adie:
untung u tau jugak serba skit. me? i wish. huhu

wawa:
rasa2nya tak jumpe yang bollywood kot. kalau jumpe mesti yang tamilnye. untung2 abg kay dapat jumpe simran! hahaha. idola tuh. kalau tak tau sape simran gi sini
http://en.wikipedia.org/wiki/Simran_(actress)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...