February 28, 2009

Dan Sebenarnya Bersama Adik Beradik Joyah

Hari: Sabtu
Tarikh: 28 Februari 2009
Agenda: Lepak di rumah sambil menonton TV.

Sambil-sambil Konah melepakkan diri bersama TV, Konah melunsuri laman sesawang youtube. Semasa sedang berseronok menghabiskan masa bersama 'Faana' tiba-tiba Konah jumpa video di bawah ni.



Konah sungguh gembira melihat adik-adik Joyah ni rajin buat video yang kiut dan comel. Tak tau la kan kalau orang lain nak kata adik-adik Joyah ni gedik ke ngade-ngade ke, yang penting diorang tak buat video yang bukan-bukan. Konah suka sangat lagu ni. Tengok video ni kan, Konah rasa macam nak join menyanyi sekali dengan adik-adik Joyah ni. hehehe. :)

~Konah Kelabu~

February 27, 2009

Aku Sakit Mental…….

Ketika menyelongkar pelbagai barang lama, macam-macam lipatan sejarah terungkai lalu membawa aku kepada satu kesimpulan. Rupanya aku pernah mengalami SAKIT MENTAL. Erm rasa macam lawak statement ni tetapi bila direnung-renungkan betul la juga apa yang aku rasa. Aku tak sangka aku boleh menghadapi sakit ni tanpa sedari. Sakit mental yang aku maksudkan ialah pada satu ketika aku sentiasa mengatakan aku gemok. Atau dengan kata lain, diri ini membawa lemak-lemak yang berlebihan yang menyebabkan bila aku tak sanggup lihat bacaan pada alat timbang. Boleh dikatakan bahawa sakit inilah yang telah menyebabkan diriku merasakan aku tidak menarik lalu sentiasa rendah diri dan rasa kurang senang nak bergaul dengan orang lain. Mari imbau kembali masa-masa yang telah berlalu.

Sekolah Menengah Rendah ( Sekitar 1995-96)
Ada satu insiden membuatkan aku rasa aku gemok. Kalau tak silap masa tu aku nak beli seluar baru untuk uniform PBSM. Aku mintak la saiz seluar yang aku pakai selalu, tapi nyonya kedai kata aku tak muat kot saiz tu. Dia ukoq pinggang aku lalu bagi saiz yang lebih 2 inci dari saiz biasa. Kebetulan kawan aku pulak tegoq, “Weh! Besaqnye saiz hang.”
Harus la aku kecik hati lalu rasa aku memang dah gemok!

Sekolah Menengah Atas ( 1997-1998)
Masa ni aku bersekolah kat Sabah. Kebetulan ada insiden di sekolah bandaq yang menyebabkan aku lari dan tukaq sekolah kat kawasan area kampong. Tak jauh la dari rumah aku. Bila aku sampai sekolah ni aku masih terasa yang aku gemok. Sebab utama yang aku kata aku gemok sebab saiz seluaq sekolah aku makin bertambah. Erm aku rasa sungguh sedih dengan badan yang makin gemok. Pada masa tu berat aku baru ±60kg. Kawan-kawan lain kata berat depa tak sama macam aku. Huh aku pon dok kata dalam hati “Aku Gemok! Aku Gemok! Aku Gemok!”. huhu

Lepas Sekolah (1999)
Biasa la lepas habis SPM, antara aktiviti lepasan sekolah pi blajaq computer la blajaq kereta dan moto la. Aku pi la blajaq dua-dua skali. Masa pi belajaq computer, aku rajin beli satu burger baru KFC yang baru keluaq tu. Kebetulan aku lupa pulak nama dia. Masih ada kat pasaran la ni. Burger tu sedap dan murah, ala masa tu baru RM1.50. Aku sungguh gembira dengan burger itu. Yang aku tak gembira, masa buat medical check up untuk masuk matrik. Doktor kata, “ Berat awak ialah 72kg”. HUH! AKU MEMANG GEMOK!

Di Kolej Matrik (1999 – 2000)
Dengan hati yang lara mengenangkan diri makin gemuk, aku pon masuk la kolej ni. Bila tengok kawan-kawan lain, erm depa memang kurus. Masing-masing lagi ringan daripada aku. Aku pon terasa yang aku tak kacak sebab orang gemuk selalunya dikaitan dengan kehidupan yang menyedihkan. Ini semua salah TV! Huhu. Aku pon selalu beli baju yang agak besaq2 untuk cover badan aku yang kononnya ‘besaq’. Masa ni kan aku rasa aku tak ada harapan kalau nak mengorat awek. Sebabnya awek-awek hanyalah untuk orang-orang yang kurus lagi kacak. Idea ni semua datang daripada drama dan novel Melayu yang aku suka layan. Maka mulalah terjadi satu pekerjaaan sambilan aku iaitu Posmen Karat dan juga tukang sampaikan salam orang lain untuk awek-awek di kolej. Untuk aku? Masa ni aku kata orang gemok tak layak untuk ada awek. Huhuhu.

Di Batu Pahat (2000-2001)
Ketika ini aku makin dapat menerima seadanya yang diri aku gemok. Aku pon menjalani hidup dengan aman tanpa risau. Cuma ada ketika aku rasa hina bila nak cari saiz seluar aku yang kadang-kadang Salesgirl kata “Adik, saiz tu tak da la”.

Cuti Tahunan (2002)
Masa ni aku tak sedaq yang ada perubahan mendadak berlaku. Aku happy dengan hidup yang ada. Ye la masa tahun ni ada 2 siri novella yang aku ikut sampai habih. Tak lain dan tidak bukan kalau bukan cerita Rosalinda dan Yo Soy Betty La Fea. Hehehe. Part yang aku tak gemar tak lain dan tak bukan masa pi beli seluaq jeans khas untuk pi event 3R kat KL. Ye la masa tu terasa nak bergaya. Aku akan pi terima hadiah dan dapat naik flight AIR ASIA dan duduk kat Eastin Hotel secara percuma. Masa pi beli seluaq rupanya masalah sama berulang kembali. Saiz pinggang makin bertambah. Tapi ni belum sadis lagi. Aku rasa sungguh sadis bila pi medical check up untuk masuk UiTM. Doktor tulis dalam boring, berat badan=82kg. HUH!

Sekarang
Walaupon berat aku lebih sedikit daripada berat di atas, aku terima diriku seadanya. Target aku jangan lebih 90kg.

Kesimpulan:
Rupa-rupanya aku tak pernah sedaq yang sebenaqnya aku kurus masa dulu-dulu. Segala macam peristiwa yang berlaku adalah salah satu proses pertumbesaran (betul ke perkataan ni?) semasa zaman remaja. Sebab tu la saiz seluaq sekolah dan juga berat badan bertambah. Kalau la aku sedaq yang aku kurus masa zaman sekolah dan zaman kat matrik, dah tentu aku akan mencuba macam-macam gaya yang boleh menampakkan kekacakkan aku.Tentu awek pon nak sampaikan salam kat aku. Hahaha. Ini semua salah mental! Sekarang baru betul aku gemok! Impian terbaru, aku akan usaha untuk menyahkan lemak tepu, lemak tak tepu dan juga lemak trans dalam badan. Ucapan terima kasih kepada Cik Syazana Che Baharom sebab anda membuatkan saya cemburu melihat anda kejayaan anda dalam misi mengurangkan lemak. (Serius aku jelous tengok ko. Hehe)

Tulus dari hatiku:
~ Faizal ~










February 23, 2009

Analisis Gambar Bersama Konah Kelabu

Objektif: Mengisi masa lapang pada hari Isnin yang agak bosan.

Pengenalan:
Daripada Wikipedia Bahasa Melayu, hari Isnin merupakan hari ke-2 dalam seminggu dan terletak antara Ahad dan Selasa. Perkataan Isnin itu berasal daripada bahasa Arab, yang bermakna dua, iaitu hari kedua dalam seminggu. Namun begitu, di sesetengah tempat di Eropah, Isnin dianggap sebagai hari yang pertama.Walau bagaimanapun, semua orang bersetuju bahawa hari Isnin adalah hari pertama bekerja. Jadi, sesetengah orang mungkin mengalami rasa malas atau "sakit" pada hari ini. Garfield, seekor kucing kartun yang popular, bencikan hari Isnin. Eksperimen yang akan dijalankan untuk mengkaji segala emosi yang ada pada gambar-gambar yang telah didapati daripada memori keras di dalam komputer peribadi orang lain.

Prosedur:
  1. Komputer peribadi telah dihidupkan. Setelah desktop dipaparkan, komputer saya telah diklik untuk melihat memori keras.
  2. Memori keras C dan D telah diklik untuk mencari gambar-gambar.
  3. Gambar-gambar telah dipilih untuk dikaji oleh Konah Kelabu.
  4. Pemerhatian dan keputusan telah di paparkan pada bahagian bawah.

Pemerhatian dan Perbincangan:



Daripada pemerhatian Konah Kelabu, mereka bertiga cuba memberikan aksi wajah yang paling cun. Masing-masing cuba untuk berangan menjadi cantik.


Berdasarkan gambar ini pula, mereka berempat cuba menonjolkan ciri-ciri aksi seperti iklan. Malangnya, semua aksi manusia yang berada di belakang tidak menonjol. Mungkin mereka perlukan lebih latihan untuk beraksi dengan lebih baik.


Berdasarkan gambar di atas, pada hemat Konah Kelabu, mereka bertiga perlukan lebih banyak latihan berkawad. Walaupun mereka berjaya menamatkan aktiviti KOR Satria 2 semester berturut-turut, gaya dan mutu berkawad mereka masih lemah.


Berdasarkan gambar yang terakhir ini, manusia ini sedang bosan yang amat. Rasanya dah terlalu lama dia duduk di kerusi itu sehingga rambut sudah panjang bersama janggutnya. Nasihat Konah Kelabu, bangunlah dari kerusi itu dan buatlah kerja lain.

Kesimpulan:
Konah tak pandai nak simpulkan tali sebab dulu Kak Konah tak masuk pengakap. Yang Konah Kelabu tahu nyanyi lagu ' Ahli Pengakap Muda' sahaja. :P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...