December 21, 2010

Bengong Di Tengah Malam...


Ingin dapatkan produk inovatif terbaru?
Ingin perubahan dalam hidup anda?
Dapatkan produk-produk ini di pasaran sekarang!
Dan mencubanya hari ini juga.
Pastikan anda mencubanya dalam tandas yang gelap.
Hasilnya pasti mata yang memandang!
Gigi pasti bersinar sepanjang hari~
=D ting~

Rasanya? Cubalah! Pasti anda nak lagi!

^_^' Lain kali bukalah lampu bilik air sebelum masuk.
Anda pasti tidak akan menyesal!


p/s: Nak buat macam mana, paksa diri gogok gigi walaupon mata dah lali...


Sumber Gambar: Gatsby Triple Scrub & Systema

December 19, 2010

Dari Kerana Mata..

Dari mana punai melayang,
Dari sawah turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati.

Gituh pantun dulu-dulu menuduh mata punca segala perasaan kasih dan sayang. Tapi betul juga kerana mata yang melihat dapat menafsirkan segala pandangan yang ada. Bila dah proses baru hati menilai kan. =) Sebenarnya tengah boring-boring di hari Ahad. Hujan panas pula di tengahari. Jadi Che Kay melepak la di TibuKamu. Sekali terjumpa pula video lama Cik Adik yang comel ni. Apa lagi, layan ja video-video dia walaupun dah lama ditayang di TiubKamu.



p/s: Jaga-jaga jangan sampai kena infection kat mata! hehehe


December 17, 2010

Karipap Oh Karipap!

" Karipap ni tak boleh dimakan, tapi enak di jiwa =P " - Che Kay

Aduhai.... akhirnya setelah 3 bulan dalam simpanan, terbaca juga buku yang dibeli ini. Sebagai salah seorang ahli Persatuan Penggemar Karipap Nasional, Che Kay terbeli Karipap ni. Cover dia yang sempoi dengan kata-kata yang menarik membuat Che Kay tak fikir 8-10 kali untuk beli. Tapi sayangnya 99-128 kali asyik bertangguh sebab komitmen yang lain. Perjalanan pergi dan balik sejauh *3515.48 kilometer di ruang udara dihabiskan masa bertemankan Karipap Karipap Cinta.

Muka ni balik-balik senyum sorang-sorang dalam pesawat. Ada kalanya tergelak kuat sampai orang sebelah jeling-jeling. Semua tu tak dipedulikan. Hati ni rasa puas membaca cerita yang bukan seronok, tapi lebih dua-tiga ronok. =) Dan lebih ronok-ronoknya bila teringatkan Karipap ni dah difilemkan. Dah la yang mengarahnya adalah Encik Hafsham. Dah lah jalan cerita ni sweet. Teringat pula filem-filem Soal Hati dan Soalnya Siapa. Tapi orang kata jangan terlalu berharap. takut terjemahan dalam filem lain daripada keseronokan membaca buku.

Apa-apa pun, yang utama Che Kay nak kata

TERIMA KASIH NAZRI M. ANNUAR!!!

Yang ni di sebalik tabir antara babak yang bikin Che Kay gelak sakan masa dok baca KKC!



p/s: ok dah boleh pos buku ni balik rumah..
* jarak tu saya refer kat sini.

December 16, 2010

Impian Tinggal Impian...


Minggu lepas masa dok kat rumah, Che Kay ambil masa tengok Astro sepuas hati. Maklumlah dok kat sini tak da Astro. Sekadar melayan rancangan tv yang ada. Yang paling puas hati melayan AXN tengok ulangan The Amazing Race Asia Season 4. Tapi tu pon tengok sampai top 5@6 macam tu. Tau-tau bila sambung balik dah final 3.

Sambil-sambil tengok rancangan tv, tetiba tertengok satu iklan ni. Memang Che Kay gelak sakan dalam hati! Macam mana tak tergelak, iklan tu betul-betul mencuit hati. Pandai betul idea orang yang buat iklan ini. Dia memahami impian pengguna di luar sana. Sebagai salah seorang pengguna, ada kala bila kita beli sesuatu produk diiringi dengan impian semoga hasilnya akan sama dengan model iklan produk tu. Ya, aku tau itu semua hanyalah strategi pemasaran. Apakan daya ada kalanya kita tertawan dengan iklan. Hehehe.

Dua bulan yang lepas ketika survey pencuci muka yang baru, Che Kay nampak Gatsby Triple Scrubs kat rak hypermarket. Dekat situ terpampanglah muka Takuya Kimura pegang Triple Scrubs. Hati pon berkata "Apa salahnya kalau cuba yang ni, mana tau nanti muka hansem macam dia". Hahaha. Tu yang bila tengok iklan atas ni aku gelak sakan! Hakikatnya selepas dua bulan impian hanya tinggal impian...

p/s: kalau nak muka Takuya Kimura harus la kena buat plastic surgery. Setakat cuci muka mana nak jadi! hehehe

December 15, 2010

Te-Rau-Ma


Malam tadi saya menaiki pesawat Udara Asia AK 6026 dari PEN ke BKI. Seperti biasa, berat sungguh hati ini untuk meninggalkan rumah kesayangan. Perjalanan semuanya lancar walaupun pesawatnya lewat tiba. Sekali gus pesawat juga berlepas 30 minit dari masa yang ditetapkan. Untuk membunuh masa dalam pesawat, habis satu novel dibaca. Tak cukup dengan novel sambung pula dengan majalah rasmi Udara Asia.

Salah satu topik yang menarik dalam majalah tersebut adalah bicara Captain Lim berkenaan penggunaan telefon bimbit dalam pesawat. Katanya tidak lama lagi pengguna Maxis bolehlah menggunakan telefon pintar mereka ketika terbang bersama Udara Asia. Selain itu dia juga ada menerangkan kenapa penumpang diminta mematikan telefon bimbit masing-masing di dalam pesawat. Sebab utamanya kerana signal telefon boleh mengganggu isyarat yang diterima oleh pesawat. Dan seterusnya bla bla bla dan bla (masa ni kepala sudah pening dan mengantuk).

15-20 minit sebelum mendarat, di luar pesawat sudah diliputi awan dan sudah tidak nampak segala lampu cahaya dari darat. Tiba-tiba pesawat bergegar kuat. Terus hati berdebar-debar. Dalam hati terus mengucap! Ketika inilah segala cerita pesawat terhempas melintasi pemikiran. Biasalah kan bila ketakutan menguasai diri... huhuhu. Selepas beberapa minit, hilanglah segala gegaran.

Dan ketika pesawat betul-betul mendarat, tiba-tiba telinga ini terdengar satu nada dering yang selalu didengar. Hati ini tertanya siapalah bodoh tidak mematikan telefonnya. Sambil mengomel dalam hati terus teringat sesuatu dan diseluknya poket seluar. Oh, rupanya manusia bodoh itu adalah saya! Terus diri ini gabra di tahap gaban dan cepat-cepat tekan butang merah. Sempat melihat skrin ada tiga mesej baru diterima. Jantung berdegup kencang ketika roda pesawat menyentuh landasan. Bila pesawat meluncur laju, bertambahlah susah hati dan tertanya-tanya bilalah dia hendak berhenti. Hati terus memaki diri dan berdoa semoga tidak terjadi apa-apa disebabkan telefon saya hidup.

Alhamdulillah semuanya selamat dan saya masih ada di sini untuk menaipkan cerita ini. Saya benar-benar trauma seketika dengan apa yang terjadi. Bila diingat kembali, saya yakin betul saya telah mematikan telefon ketika berada dalam bangunan terminal setelah membalas komen di Muka Buku. Saya melihat dengan mata ini telefon itu telah padam setelah paparan skrin terus hitam selepas beberapa saat. Adakah telefon ini terhidup ketika saya menyumbatkan bungkusan biskut dan KitKat dalam poket seluar? Mungkin... Semoga ini menjadi satu pengajaran buat saya. Lain kali simpan pula telefon dalam beg. huhuhu

p/s: Selasa minggu lepas dapat Nasi Lemak, Biskut Hwa Tai, KitKat, Air Mineral, Jus Oren dan Teh Panas. Semalam Jus Oren dah tak ada dalam tray plastik yang diberi... dah habis stok kot...

-aduhai...sungguh skema karangan hari ini. hehehe

December 14, 2010

Bukan Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah...


Hari ni Che Kay bukan nak cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kutipannya ala-ala bertih jagung yang sedang hangat meletop. Cerita tu pon belum sempat nak tengok lagi. Cerita ni tak tau la nak kata seram ke tidak sebab perasaan ni macam keliru sebentar ketika kejadian tu berlaku. huhuhu.

Begini ceritanya, hujung minggu yang lalu, Che Kay pulang ke kampung halaman untuk menjenguk mereka yang ada di sana. Alang-alang ada di sini kenalah gunakan peluang yang ada. Kampung Che Kay bernama Kampung Sungai Kering, bukan Kampung Pisang ok....(btw ya, dulu kat kampung ni ada sungai kering...). Ketika hari diselubungi kegelapan, perut ni teringin sangat nak pekena mee goreng masakan orang kampung. Lalu ditaip mesej yang bertalu-talu kepada Mamat, sepupuku yang sudah semakin membesaq! (Nota tambahan: dia bukan Mamat Khalid).

Dibawanya Che Kay yang sudah kurus sikit bonceng motor ke seberang sungai. Namun malangnya kedai yang sedap tu sudah tutup. Kami pon menuju ke kampung seberang dengan harapan yang tinggi. Demi mee goreng yang sedap kami redah kegelapan malam. Alhamdulillah, hajat kecil ini tertunai. Segala harapan termakbul. (ni bukan cerita mee goreng yang dimakan jadi cacing ok!)

Untuk makluman, jalan di Kampung Sungai Kering tu hanyalah boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja. Jalannya kecik dan kiri kanannya hanyalah bendang yang luas terbentang. Antara satu rumah dengan rumah yang lain, jarak dia jauh-juah. Jadi bila lalu di waktu malam tak perasan pon bendang tu. Yang nampak hanyalah hitam pekat malam dan cahaya lampu dan si bulan di awan. Di pertengahan jalan sebelum menuju ke rumah ada sebuah sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Sungai Kering. Dah berpuluh tahun sekolah ni wujud di kampung ni. Dan macam-macam kisah yang pernah Che Kay dengaq. (Ok, ni baru cerita yang nak habaq)

Ketika Che Kay dan Mamat melalui sekolah, waktu ketika itu hampir tengah malam. Selalu yang ada di sekolah tu hanyalah pengawal sekolah yang duduk dalam pondok di pintu pagar sekolah. Che Kay hanya memandang sekolah tu tanpa perasaan. Cuma ketika memandang ke kawasan permainan murid pra sekolah, hati jadi keliru dengan apa yang dilihat oleh mata. Dalam hati ni nak bertanya Mamat anak siapa yang dok main di sekolah waktu tengah malam ni... Tapi mulut hanya sempat menyebut "Mat!".

Oleh kerana hati ni nak bersangka baik, dipujuk hati supaya mulut ni senyap. Terus buat anggapan mungkin 2 orang budak tu anak kepada penduduk yang tinggal berhampiran sekolah. Tapi badan terus seram sejuk sekejap. Huhuhu. Terus balik rumah tanpa berkata apa. Cuma ketika nak tidoq tu, Along (anak menakan) masih tak tidoq sebab dia penakut. Terus Che Kay habaq "Hang tidoq lekaih, sat lagi Pak Lang cerita apa yang Pak Lang nampak kat sekolah!". Terus kami dua pejam mata dan tidoq. Hehehe. Dua-dua penakut!

p/s: Mungkinkah itu hanya ilusi mata? huhuhu

December 1, 2010

Jangan Monyet Jangan!



Erm...macam mana ye nak mulakan cerita? dua tiga hari kebelakangan ni saya terasa ibarat seperti watak monyet dalam cerita Hikayat Sang Kancil dan Monyet. Kepada yang tak pernah tonton silalah klik butang play di atas. Rasanya majoriti kawan-kawan saya mesti pernah tengokkan. Masa zaman kanak-kanak riang selalu cerita ni keluar di TV.

Setiap kali Che Kay bertanyakan soalan yang sama kepada kawan-kawan, semua memberi jawapan yang sama. Terkedu sebentar bila terima jawapan diorang. Jadi rasanya memang tak perlu buat rasanya. Kalau dibuat juga nanti jadi macam si monyet dalam cerita kat atas. Che Kay tak nak jadi monyet, tapi....erm...

Orang pertama ditanya adalah awek di depan meja kerja Che Kay. Dia jawab dengan nada lembut tapi tegas, "Jangan~~~ cantik bah rambut kau". (nasib dia tak cakap "Jangan Monyet Jangan!")

Che Kay tanya lagi dengan kawan yang jauh di utara, terus dia jawab, "Jangan! Baik duit tu ko buat simpanan".

Soalan yang sama dituju kepada *KKBS. Mesej yang diterima pendek dan tegas. Jawapan mesej dia "JANGAN!"

Lapan tahun lepas ketika Che Kay masih menanam anggur di rumah, soalan itu juga pernah ditanya kepada mak. Mak jawab, "Hang toksah dok caih!" (maksud dia jangan nak mengada! hihi).

Jadi rasanya tidak la ye untuk perubahan yang ingin dibuat. Huhuhu


Sekadar Gambar Hiasan

p/s: Soalannya: Kalau aku kerintingkan rambut aku ok tak? hehehe

*Kawan Baik, Baik Sangat

- Masa tengah makan tengahari, tiba-tiba Che Kay dapat call daripada kawan yang bercuti2 sebulan di hospital. Dia pun kata JANGAN~~~ hahaha

November 26, 2010

Demi Sesuap Nasi....

Check list Che Kay malam ni:


MAC Pasar Malam: Check!


Mascara dan Eyeliner: Check and check!

Lipstick RM2: Check!

High Hell & Pantyhose: Double check!


Lastly Cocktail dress: CHECK!

Ok, nak pegi bersiap sekarang.
Nanti jumpa di Asia City di bulatan belakang GSC lama.
Malam ni mesti ramai saingan kat sana!
Bawah ni peta dia.

HAHAHA

p/s: Serius i sakit jiwa!
Mentang-mentang diorang kat sana dah dapat gaji awal,
nasib kami pekerja2 tempelan dilupakan.
Moga-moga tak de la i perlu berdiri kat belakang lorong cari pelanggan!
Huhuhu


pps: Teringat satu peristiwa beberapa bulan yang lepas. Ketika tu Che Kay keluar berhibur bersama kawan. Dalam jam 4 pagi, kami berjalan ke kedai makan. Ketika kami lalu depan mesin ATM, tiba-tiba kami diganggu seorang 'Kakak-kakak' penjual diri. Dia terus tunjukkan dada dia yang leper sambil berkata dengan suara garaunya, "BANG! Ni na nenenku, marilah bang!". Hahahaha kami terus jalan sambil gelak-gelak.

November 25, 2010

SAYA TAK MAU TENGOK HARRY POTTER!!!



Kawan-kawan tulong la baca apa yang Aku nak terang.
Harap penerangan ni sekali ja.

Aku dah tak tahu nak kata apa pada yang tak faham bahasa. Dan banyak kali habaq yang aku tak mau tengok cerita Harry Potter nih! Awat la payah betoi depa nak memahami segala butir kata-kata ni? Tak mau tengok tak mau tengok la. Aku ada pendirian aku. Hormat la pendirian dan kehendak aku! Aku dah tau cerita dia macam mana. Bukan sebab aku dah baca novel dia. Bukan sebab aku dah tengok filem-filem dia. Sebabnya memang aku dah tau!





Sebabnya...













Dulu aku dah berlakon cerita ni... Tapi depa kata cerita ni tak buleh laku. Tu depa bagi Harry pulak berlakon! =P

p/s: saja buat lawak bengong hehe =D
dah tengok pon cerita dia.

November 23, 2010

Maaf, Saya Tidak Mengandung...

Bukan susu sebenar...


Semalam Che Kay menerima satu sms yang agak aneh apabila dibaca. Sms tu diabaikan kerana Che Kay rasa tidak perlu dijawab.Cuma bila dibaca kembali memang Che Kay ketawa kejap.Diiringi gelengan kepala dan rasa kasihan kepada penghantar sms tu. Sebenarnya Che Kay faham hajat tersirat dalam sms dia.
Begini sms dia:

"Bang... ko punya ka susu anmum 2?"

Bila Che Kay sampai ke rumah, terus dijawab soalan budak tu,

"Maaf dik, abang tak mengandung. Jadi abang tak tak minum susu anmum."

Budak tu tetap mengatakan susu yang Che Kay beli tu susu Anmum.
Ish ish ish kesian betul dia! hihihi

Dan seperti dijangka, susu anlene concentre coklat telah selamat
dalam perut (dan semestinya bukan perut saya...)


Ini susu sebenar...

p/s: Teringat pulak kenangan kerja di kilang Anlene... =)

November 22, 2010

Duniaku...


Camelia - Duniaku

MENGALAMI MASALAH KOMPLIKASI JIWA
OTAK BERADA DI LUAR KAWASAN LIPUTAN...

SEKIAN, TERIMA KASIH

November 15, 2010

MARI BERJOGET!!!

MARI BERJOGET~~~
hihi ok ini bukan rancangan menari yang glamour kat Astro tu. Ketika sedang berseronok tengok video di Tiub Kamu, sekali terjumpa satu video yang mengimbau kenangan 3 tahun lalu. Hihi rasa nak tergelak pon ada. Sambil tengok video sambil senyum sorang2. Terus terkenang pada kawan-kawan terutama Anis yang dikhabarkan tidak sihat. Semua kerana Anis, kalau tak kerana dia memang tak terjadi la semua ini. Dan ini adalah pertama kali Che Kay tengok video versi siaran langsung di TV. Masa tu mana ada kesempatan nak tengok tv. Sibuk berjoget katanya.... hehehe




Lagu yang dinyanyikan Jac, Vince & Farhan ni memang best.
Kalau la ada versi penuh mesti Che Kay suka.
ni ada versi handycam biasa di sini.


Selain tu, Che Kay juga suka masa Camelia nyanyi.
Ke mana ek agaknya dia sekarang?




Yang ni masa dah habis. Tak paham betul tengok gambar atas ni.
Motif posing macam tu. hahahaha

p/s: Buat Anis, semoga ko akan sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik... =)

p/p/s: sebenarnya tadi cari lagu-lagu Camelia, sekali terjumpa pula video2 ni.

November 10, 2010

Pagi Berkemeja Lelaki, Tapi Bila ....

Setiap hari seperti kebiasaan, Che Kay bersiap ke tempat kerja dengan pelbagai kemeja yang silih berganti mengikut hari. Kemeja-kemeja tu la juga yang diulang pakai sehingga lasam. Erm dah berbulan lamanya tak membeli. Tak mengapa nanti bila ada keperluan ada la tu yang baru. Seperti biasa di pagi hari Che Kay memang kelihatan lelaki yang kemas berkemeja dan berseluar slack. Namun begitu kawan-kawan memang tak tahu satu rahsia ni. Dah lama Che Kay simpan rahsia ni.

Bila hari makin gelap, Che Kay pasti bertukar IDENTITI... Che Kay tak rela sebenarnya. Tapi Che Kay terpaksa. Semuanya demi keselamatan diri, tambahan bila teringat keluarga yang tersayang Che Kay merelakan pertukaran identiti tersebut. Mungkin ramai tidak suka dengan identiti rahsia ini. Mungkin ada yang suka. Tidak mengapa, yang penting Che Kay tahu nawaitu dalam hati. Yang tak suka identiti Che Kay lagi satu tu mungkin mereka cemburu dengan kecomelan Che Kay... erm...


Pemandangan biasa di waktu pagi....


Bila waktu petang, beginilah identiti Che Kay...
Kuning kesemuanya sebijik macam orang Digi.



Terutamanya musim hujan sekarang, Che Kay terpaksa
sarungkan 2 lapis baju hujan...

Dan baju hujan tu memang warna kuning...


p/s: Kelmarin terjumpa kawan di stesyen minyak. Dia kata Che Kay dah jadi macam Orang Digi bawak motor dalam hujan. Kuning je dia nampak. hihihi

November 9, 2010

Edisi Meronggeng: Indahnya Pemandangan Kundasang & Ranau

Hari Deepavali yang lalu, Che Kay telah tinggalkan segala lampu minyak tanah, TV, muruku dan juga segala filem Tamil dan Hindi. Semuanya kerana pelawaan kawan-kawan yang ajak Che Kay berjalan dengan diorang. Kami utamakan Cuti-Cuti Malaysia. Banyak tempat sendiri masih belum diterokai, jadi inilah masanya untuk mengembara di negeri sendiri (hihihi ok la kan, janji pi jalan!). Walaupun Kundasang dan Ranau dah selalu sampai, masih ada tempat baru yang Che Kay tak pernah sampai.

Pekan Nabalu > antara tempat yang harus disinggah
untuk bergambar dengan Gunung Kinabalu.

Kundasang War Memorial > Tempat ni memang cantik!



Ladang Desa Cattle, Kundasang.> Ladang ni memang cantik.
Berlatarkan lembu susu yang comel, buat video klip hindustan
pon best ni! hihi



Poring Hot Spring> Walaupun dah banyak kali sampai,
ada lagi port2 yang belum dijelajah.


'Tagal' Sungai Moroli, Kampung Luanti>
Nampak tak ikan kat kaki tu? hehe


Sabah Tea Garden> Ni aksi2 selepas makan.
Baru boleh tersenyum. Kalau tak masing-masing masam je.


Napalus Rafflesia Garden ni betul2 tepi selekoh sebelum menuju ke Poring Hot Spring. Kami singgah balik ke sini sebab ramai teringin nak tengok Rafflesia.

Bunga Rafflesia Hidup~

Anak sungai sebelum pi tengok Rafflesia...


Nak maklumat lanjut? Sila ke laman web di bawah.
www.sabahtourism.com


p/s: Memang muka Che Kay tak ada dalam gambar-gambar di atas. Sebabnya I la tukang kameranya. Hihihi. Lepas ni nak berjalan mana pulak ye? Erm fikir-fikir dulu... Pulau Balambangan? hehe

November 5, 2010

~~Cuti-Cuti Deepavali~~

Hai Uols! Selamat Hari Deepavali untuk semua rakyat Malaysia!
Che Kay sungguh happy dihari ini. Bukan sebab nak pergi beraya sana sini,
(kawan yang sambut Deepavali pon tak ramai) sebab utamanya adalah nak pergi
CUTI-CUTI DEEPAVALI~~~

Inilah masanya untuk Che Kay melepaskan segala tekanan yang melanda di jiwa.
Semua ini kebetulan sebenarnya. Pada mulanya memang dah tak jadi join kawan.
Tetiba semalam 'Sugar Mummy' sms ajak pegi jugak.
Lepas diskusi itu ini, kata sepakat telah dicapai!
Jadi sekarang ni Che Kay tengah tunggu 'Sugar Mummy' datang ambil di rumah.










Indahkan! Ini koleksi gambar tahun lepas.
Nanti balek bercuti Che Kay upload gambar terbaru.


November 3, 2010

Kay Bukan Kasyah...


Ketika ini saya sedang melayan sebuah filem kegemaran.
Perasaan melankolik menguasai diri.
Mungkin kerana paparan visual depan mata,
Atau kerana gelora di jiwa.

Erm...
Saya bukan Kasyah,
Yang hiba kerana ditinggalkan kekasih hati.
Cuma ketika babak Ayu dan Suzana berbicara di bawah pokok,
Saya nampak diri ini dalam situasi Ayu.
Keadaan diri yang perlu membuat keputusan.
Keputusan yang membuntukan fikiran...

Semoga hati akan tenang menghadapi semuanya...
=)


October 26, 2010

Saya Ada Mentol!


Saya ada banyak 'Mentol'.
Tapi semuanya hanya setakat 'menyala' dalam kepala.
Nanti sampai masa akan diterjemahkan 'mentol-mentol' tu di sini.
Hidup di luar kotak hitam ni begitu menuntut segala perhatian diri.
Sehingga kita sampai bertemu kembali.
=)

October 21, 2010

Sayalah Wanita!

KISAH HARI INI



Saya telah menelefon salah sebuah agensi kerajaan untuk mendapatkan maklumat tentang kerja yang perlu diselesaikan. Dengan suara yang paling sopan santun, saya telah berkomunikasi dengan pekerja di agensi tersebut.

Saya> Hello, Selamat Petang.

Pekerja> Selamat Petang PUAN.

Saya> Boleh saya bercakap dengan Puan YYY Bahagian Pemasaran?

Pekerja> Sebentar ya PUAN, saya periksa sambungkan dengan Puan YYY.

Saya> (dalam hati: erkk! mengapakah saya telah ditukarkan jantina?)

October 20, 2010

Buat Miss Isabelle Yang Vogue!

Dear Miss Isabelle Yang Vogue,
Inilah gambar anak-anak murid yang pernah hadir dalam kelas Miss Isabelle suatu ketika dahulu. Saje je upload kat sini. Khas untuk tatapan Miss Isabelle (kot kot la Miss dah lupa wajah kami semua macam mana. Hehehe). Sekarang ni semua sedang berbahagia denga hidup masing-masing. Ada yang dah kawin, ada yang dah ada anak, ada yang sambung study lagi (salah sorang adalah Encik Alep) dan kebanyakkan semua sudah bekerja. Dan saya pula sedang berbahagia kerja di Kota Kinabalu~~~~ (bahagiakah? kadang-kala bengong jugak. hehehe)



(maaf la tak berapa nampak. ni cilok dari fb classmate saya)


p/s: nak panggil Puan, tapi macam tak best, tu yang panggil Miss Isabelle! hehehe

October 17, 2010

The Thing About Love...

Sebenarnya saya sudah lelapkan mata.
Tapi terjaga kembali.
Sambil berfikir tentang segalanya.
Adakah saya tiada emosi?
Adakah saya tidak punya hati?
Adakah saya tidak pernah merasainya?
Satu persoalan yang tidak menuntut jawapan.
Sekadar mencari kepastian dalam diri.
Adakah saya pentingkan realiti?
erm...

Kebetulan pula terdengar bait-bait lirik lagu,

"Everybody laughs
Everybody cries
Sure it could hurt you baby
But give it a little try
See that's the thing about love"

Bertambah erm....

Yang pastinya semua gundah gulana ini berpunca dibawah ini.
Menganggu emosi di hujung minggu.
Membuat jiwa dilanda kesedihan...



p/s: Patutlah layan cerita ni, rupanya berdasarkan novel Nicholas Sparks! Antara novel dia yang dah jadi filem adalah A Walk To Remember & The Notebook. Dear John ni dah keluar tahun lepas. Baru ada kesempatan tengok. =)


October 12, 2010

My New Perfume...Terbaik Dol!

Kebelakangan ini ubat nyamuk elektrik di rumah bagaikan tidak berkesan lagi. Jadi inilah ubat nyamuk yang terbaik utk melindungiku daripada gigitan-gigitan cinta Cik Muk.
Dan ini jugalah pewangi semua baju saya.
Oh, memang tak boleh blah la bau my new perfume!
(habis semua baju, seluaq dan jaket. dan tidak dilupakan sepentot pon terkesan juga. huhu)

p/s: Tapi semua tu tak menjejaskan kehidupan saya~

October 10, 2010

Kita Memang Tidak Sempurna, Tapi...

Saya tak ada pendahuluan yang hebat untuk dikongsi dengan kawan-kawan. Cuma apa yang saya nak taip ni tersampailah hendaknya pada kawan-kawan semua.

Hidup...
Memang sungguh kompleks.
Semua orang mengatakan hidup mereka susah.
Susah menerima diri sendiri.
Susah nak sesuaikan dengan persekitaran baru.
Susah untuk teruskan kehidupan ini dengan sempurna yang boleh.
Tiada orang yang lebih susah melainkan kita.
Pendek kata semuanya susah.
Sering kita lupakan mereka yang lebih susah dari kita.
Sampai bila kita nak terus tenggelam dalam rasa susah itu?

Hidup memang penuh cabaran!
Jadi perlulah kita hadapi semua liku-liku itu dengan seadanya.
Ada kala kita tidak tahu apakah yang menanti di hadapan.
Kita sering tertanya apakah ganjarannya?
Mungkin sekarang kita tidak tahu jawapannya.
Yang saya pasti setiap satu perkara yang berlaku dalam hidup ada hikmahnya.
Melihat bukan sekadar apa yang nampak...

Ada masa hidup memang menyedihkan.
Ada kala hidup memang sunyi.
Dan ada masa kita runsing dengan masa depan.
Apa pun yang terjadi semuanya bergantung pada kita.
Yang penting hati...
Semoga kita semua gembira dengan hidup ini
(walau ada badai melanda...)
=)

Mari Tonton Video Ini!



Tidakkah kita bersyukur dengan apa yang kita ada?


p/s: Saya Tabik Encik Nick Vujicic!
Banyak lagi video dia di TiubKamu.

October 6, 2010

Jauh+Jauh

Jauh


+

Jauh



= Kejiwangan Kali Pertama Terus Terasa...

Jauh Aisya Sofea adalah novel pertama yang Che Kay beli dalam sejarah hidupnya. Jauh Ning Baizura pula adalah antara lagu yang digemari. Lagu ini hanya terdapat dalam kompilasi BMG Gegar kira-kira 13-14 tahun yang lalu. Sudah semestinya Che Kay beli kompilasi ini hanya kerana dia. Kebetulan ketika melayan Jauh Aisya Sofea ditemani Jauh Ning Baizura. Gabungan kedua-dua 'Jauh' ini begitu membuaikan perasaaan.... Oh, terkenang semasa dahulu....!

Nota: Lirik Jauh Ning Baizura bagaikan sinopsis kepada Jauh Aisya Sofea.

p/s: Kebetulan tema malam ni 'konsert' winamp bersama Ning, bila dengar lagu ni terus teringat memori dahulu.


Jauh - Ning Baizura
Setiap waktu ku pejamkan mataku
Wajahmu segera mengisi rinduku
Dan bila ku renungi cenderamata kau beri
Segar ku rasa kemesraan denganmu
Hanya sedetik kita bertemu
Rasanya seolah saling memahami
Namun tak daya aku membohongi
Perasaan ingin bersamamu lagi

Kini kau jauh
Jauhnya kau berada
Seberang lautan mengejar impianmu
Walaupun jauh
Tiada jauh dariku
Kehangatan asmara
Di antara kita (duhai kekasihku)

Bila ku terima
Ungkapan kiriman mu
Meluahkan hasrat
Rindu di hatimu
Gembira rasa
Berselang airmata
Perasaan rindu
Menikam di kalbuku
Hanya sedetik
Kita bertemu
Rasanya seolah
Saling memahami
Dan jauh hanyalah
Dari tatapan
Namun di hati
Kita tetap bersatu

Bagai mentari menembusi
Keheningan subuh
Kepulanganmu penghapus gelita
Di jiwaku oh


p/p/s: macam pernah taip pasal ni...tapi dah tak ingat di mana ya?

October 5, 2010

Senarai Benda Nak Buat...



1. Liposuction
2. Facial Plastic & Reconstruction Surgery
3. Laser Vision Correction
4. Contact Lens Hijau (ke tukar bijik mata je)
5. Botox
6. Hair Treatment
7. Facial Laser Rejuvenation
8. Cosmetic Dental Treatment
9. Work out at Gym
10. Full the wardrobe with designer clothes!
11. .... (ada lagi ni tapi tak dapat nak fikirkan lagi)

Kita boleh tukar segala perubahan fizikal...
Namun bolehkan kita ubah segala hati, perasaan, hati dan jiwa?
Luaran hanyalah hiasan indah untuk pandangan mata.
Hargailah diri kita seadanya.....

p/s: Malam tadi tengok cerita ni. Pergh! kagum sebentar melihat HR! hahaha

October 4, 2010

For My Dear Friend....




I would like dedicate this song for you....
Just Layanz....


p/s: Please don't be sad... We're here for you. =)

October 3, 2010

I Fallen In Love With A Teacher!

One day you're in and the next you're out
Itu ayat yang selalu kamu akan dengar bila tengok Project Runaway.
Hari ini Che Kay jatuh 'cinta' dengan seorang cikgu.
Mungkin sekarang dia tengah hot.
Apa pon orang nak kata, Che Kay enjoy dengan cikgu ni.
Tq Cikgu! Hehe
=)



p/s: ni MukaBuku cikgu ni.

September 25, 2010

Mari Jimat Pensel!

Aduhai!
Nak menitik air mata aku tengok gambaq ni.
Ini betul-betul guna hingga ke karbon yang terakhir!
Macam manalah agaknya budak-budak tu menulis?
(Lap ayaq mata sat...)


Hangpa tengok bawah ni... tu dia punya beza!
Anak murid Cikgu Opie memang berjimat sunggoh.



Kawan-kawan yang tengok gambaq ni kalau rasa macam sedih tengok pensel kontot ni apa kata jom kita derma pensel banyak-banyak untuk anak-anak murid Cikgu Opie. Kesian sunggoh kat depa no. Cikgu Opie, kalau kami pos pensel kat hang, buleh ka hang pi bedak kat anak murid hang? Kalau kita pos pi kat Cikgu Opie, mesti pensel-pensel tu naik belon sebelum sampai sekolah. Opie, silap-silap hari bulan inilah pensel terkontot di Malaysia. Boleh jadi Rekod Malaysia terbaru ooo. Baik hang pi periksa betui-betui!


p/s: Adik aku dulu masa dia darjah satu, hari-hari dia beli pensel, pemadam dan pembaris baru. Aku pulak tukang pakai segala harta dia. hahahaha

September 24, 2010

Walaupun Dia Sudah Tiada.....

Ye, Che Kay tahu gambar ni dah dimuatnaikkan di MukaBuku.
Nak tunjuk kepada kawan yang sudah tiada di sana kat sinilah
Che Kay abadikan kad raya dia bersama yang lain.
Betul-betul sebelah komputer di tempat kerja.

p/s: Rasa-rasanya dia ada jenguk kat MJ ni.

September 22, 2010

Demi Alam Dan Manusia...

Setelah 15 hari bercuti di kampung halaman serta rumah kepunyaan Pak Maidin di Tanjung (+ 2 hari perjalanan), Che Kay dah terbiasa dengan segala macam kehidupan di sana. Baru sehari kembali ke sini, ada beberapa perkara yang perlu di'adjust'kan kembali. Bukan sebab terlupa cuma tak teringat. Contohnya insiden di satu pasar raya besar dekat dengan rumah sewa.

Ketika letak barang-barang di kaunter, awek cashier dengan pantas scan dan letak barang-barang dalam benda saya tak nak.


CK : Eh! Tak payah letak, tak payah. Nah ambil ni. (sambil menghulurkan sesuatu..)

AC: Kenapa ndak mau? Boleh bah hari ni.

CK: Boleh? Kenapa? Hari ni hari apa?

AC: (Senyum) Hari ni Rabu.

CK: Ha, Rabu pon kena bawak sendiri kan...

AC: Uiinaa susah jugak kalau hari-hari kena bawak sendiri.

CK: (sambil kerut-kerut dahi) Hari ni boleh?

AC: Kan hari Isnin ja yang kena bawak sendiri.

CK: Ya ka? Lupa sudah saya ni. Balik kampung lama sangat. (sambil senyum)

Panduan:
CK - Che Kay
AC - Awek Cashier
Tanjung - Panggilan untuk bahagian pulau di Penang.


Beg Membeli Belah di poket depan.


5 beg plastik di poket belakang.

Semangatkan! Demi alam dan manusia katanya...

Untuk Makluman:
Hari Tanpa Plastik adalah seperti berikut:
Pulau Pinang - Isnin, Selasa & Rabu
Sabah - Isnin sahaja

p/s: Inilah akibat kalau masuk keje tengah minggu.
Hari pertama keje dok ingat hari Isnin!
Cuti lama sangat. hehe

Penakutkah Saya?

Setelah entah berapa kali layan di rumah dan disambung dengar pula selama 4 jam 30 minit atas bas dari Penang ke KL, Che Kay rasa dah tahu yang mana satu betul-betul melekat dalam hati. Itu sambung lagi dilayan atas bas Sky Bus dan juga atas kapal selama 2 jam 30 minit. Inilah yang betul-betul layan! Jangan ditanya kenapa, kamu layan saja....




Yuna - Penakut
Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau kulepas saja

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika kumencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya....

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat kukehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan

Oh ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga
Kau bukan milikku

Dan aku memang penakut
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali kucuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Bukan milikku


Nak beli album baru Cik Adik ni? Sila ke Laguna Music
Layan betul la album baru dia!~


p/s: Gambar kat atas konon-konon style penakut. hehehe takut ke?

p/s lagi: Rasanya saya memang takut untuk beri komitmen dengan 'orang lain'. Banyak perkara yang perlu saya dahulukan. Oleh sebab itu saya harap yang lain faham-faham je la ye. =)

September 19, 2010

Budak-budak memang comel, TAPI...

Di Hari Raya, semua budak memang comel. Siap sedia dengan baju melayu dan bersampin. Tersenyum riang di pagi sebelum beraya sekeliling kampung.


Walaupun masing-masing tidur bergelimpangan, mereka masih comel! Semua nak berhimpit tidur dengan Pak Lang. Sebelum berhimpit ni, siap pujuk rayu dengan muka comel masing-masing supaya Pak Lang ikut diorang balik ke rumah. Alasan diorang nak suruh Pak Lang hantar diorang pegi sekolah pagi ni.


Tapi diorang dah tak comel bila perkara macam ni terjadi. Habis basah tilam! Lagilah tak comel bila Pak Lang kejut pegi sekolah masing-masing buat dek je. Bukak mata pun tak mau! Puas Pak Lang geletek kaki suruh bangun. Biasalah bila dah cuti sampai 2 minggu, hari pertama sekolah memang payah bangun. Bila dah basah lencun tilam tu barulah masing-masing nak bangun. Malam tadi suruh tido awal, tapi diorang tak mau. Bila bukak cerita Jangan Pandang Belakang, baru semua tutup mata. Hehehe


Oh, bab basah tu jangan risau. Bukan sebab budak-budak tu kencing atas tilam. Pak Lang jirus air kasi basah diorang. Barulah masing-masing nak bangun! Diorang semua dah selamat ke sekolah pagi ni. Tinggal adik je di rumah. =)

p/s: Untuk makluman sekolah bermula pada hari Ahad di Kedah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...