November 10, 2010

Pagi Berkemeja Lelaki, Tapi Bila ....

Setiap hari seperti kebiasaan, Che Kay bersiap ke tempat kerja dengan pelbagai kemeja yang silih berganti mengikut hari. Kemeja-kemeja tu la juga yang diulang pakai sehingga lasam. Erm dah berbulan lamanya tak membeli. Tak mengapa nanti bila ada keperluan ada la tu yang baru. Seperti biasa di pagi hari Che Kay memang kelihatan lelaki yang kemas berkemeja dan berseluar slack. Namun begitu kawan-kawan memang tak tahu satu rahsia ni. Dah lama Che Kay simpan rahsia ni.

Bila hari makin gelap, Che Kay pasti bertukar IDENTITI... Che Kay tak rela sebenarnya. Tapi Che Kay terpaksa. Semuanya demi keselamatan diri, tambahan bila teringat keluarga yang tersayang Che Kay merelakan pertukaran identiti tersebut. Mungkin ramai tidak suka dengan identiti rahsia ini. Mungkin ada yang suka. Tidak mengapa, yang penting Che Kay tahu nawaitu dalam hati. Yang tak suka identiti Che Kay lagi satu tu mungkin mereka cemburu dengan kecomelan Che Kay... erm...


Pemandangan biasa di waktu pagi....


Bila waktu petang, beginilah identiti Che Kay...
Kuning kesemuanya sebijik macam orang Digi.



Terutamanya musim hujan sekarang, Che Kay terpaksa
sarungkan 2 lapis baju hujan...

Dan baju hujan tu memang warna kuning...


p/s: Kelmarin terjumpa kawan di stesyen minyak. Dia kata Che Kay dah jadi macam Orang Digi bawak motor dalam hujan. Kuning je dia nampak. hihihi

1 comment:

What's luv gotta do ? said...

hehehe...lawak sungguh... dulu ada seorang kawan, masa study, dia bawak moto besar kaler biru, kalau hari hujan, kawan kawan lain smua akan perli dia jadi dolphin hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...