Sejak akhir-akhir ini, Che Kay sering mendapat soalan sama yang sudah naik muak untuk dijawab. Setiap kali berjumpa seseorang soalan wajib yang dapat adalah
"Eh, dah kurus sekarang! Apa rahsianya?"
Mari sini Tuan, Puan, Abang, Kakak, Adik, Tok dan Tok Wan. Che Kay nak kongsi menu yang boleh membuatkan kalian pun menjadi slim. Kalau tak kongsi orang kata Che Kay sombong. Sebelum melihat menunya marilah sama-sama kita saksikan perubahan yang tak pasti sama ada ketara atau pun tidak.
Sebelum
Selepas
Bagaimana? Ada perbezaan ke?
Che Kay pun tak pasti nak kata apa.
Bila orang kata CK dah kurus, makin seronok ye nafsu makan!
hahaha
Berikut adalah Menu Che Kay Untuk Slim.
Pagi:
- Aneka jenis mee yang bergoreng
- Telur Mata
- Kopi
Tengahari:
- 2 ketul kuih muih yang ada di kantin pejabat
- Air Masak
Sebelum Senja:
- Aneka jenis roti
(Roti canai, roti telur atau potato bun)
- Milo
Bekalan Sementara Waktu Makan:
-Biskut Berfiber
- Air Masak
Nota: Air masak paling kurang 1 liter sehari.
Ha... Amacam kawan-kawan?
Ada yang sanggup ke nak mengadap hari-hari macam ni?
Kalau nak slim seribu daya kita boleh buat.
Nak gemok, tak payah daya-dayanya, makan je sepuas hati.
p/s: Sebenarnya menu di atas adalah bila duit semakin SLIM
hehehe. Nak kurus? Kena la jagalah makan dan kira kalori
yang sesuai dengan keperluan badan masing-masing.
Dan tidak dilupakan bersenamlah =)
10 comments:
kurus ler kay kay..meletop mesti bju aku bg ko dah longgar
yup! baju2 tu dah jadi besar~ hehehe
fuyoh besnyeh....
suez> boleh la. hihihi
huh..boleh ke lakiku ikut menu tu?
bukan apa..nnt dia bg la alasan. nnt kalo kurus, tpaksa beli baju/suar baru pulak. membazir. iyolah tu
miss isabelle> belikanlah suamimu ebook ni
http://kevinzahri.com/ebooks/lose-5kg-5-weeks/english.php
mmg meletops skrg...aku dpt rasakan apa yg ko rasa che kay...feeling best bila baju makin longgar...hahah
sher> suka la jugak. hahaha
hahaha..aku ske menu ko buat untuk slim..bg la aku tips gak wey..haha
mant> nanti aku share rahsia dengan ko ye! =)
Post a Comment