February 4, 2011

Air Pancut Berirama Perdana Park


Akhirnya benda yang dinantikan sudah dibuka untuk orang ramai. Pertama kali melihat tempat ini ketika pertama kali sampai pada tahun 2009 ketika keluar dari KKIA Terminal 2. Tertunggu-tunggu bilakah taman ini boleh dilawati. Sebelum ini hati sudah berangan untuk berlari-lari mengelilinginya untuk mengeluarkan peluh setitik dua. Jadi untuk permulaan Che Kay dan kawan-kawan datang melawat Perdana Park pada hari pertama di tahun baru Cina.

Memandangkan kami datang di malam hari, cahaya lampu menemani perjalanan kami. Suasananya meriah! Ramai penduduk KK memenuhi segenap ruang yang ada. Kelihatan anak-anak berlari keriangan di tempat permainan. Salah satu tarikan utama Perdana Park adalah pertunjukan air pancut berirama. Kami mengambil tempat di tepi kolam untuk menikmati persembahan yang akan diadakan pada bila-bila masa. Dan bila semuanya bermula, hati rasa terpesona dengan gerak dan lengok air yang mengikut irama lagu. Indahnya pemandangan di malam hari. Akhirnya penduduk Kota Kinabalu ada tempat lepak terbaharu untuk dinikmati. =)



Che Ija, Che Kay & Che Lulu

p/s: Rasanya tidak sabar untuk bersama kasut sukan dan berlari di taman ini. =)

3 comments:

Al-Scheira said...

weh ni kat tg.aru ek..(malas baca..nak tgk gambar je..)haha

Che Kay said...

hahaha ada aku taip kat perenggan pertama di mana terletaknya taman ni.

Al-Scheira said...

tu tandanya aku mmg malas baca..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...