February 13, 2011

Bukan Tipah Tertipu...

Pada satu hari yang indah, Che Kay sudah bersiap lebih awal dari kebiasaannya untuk menuju ke tempat kerja. Kebetulan hari tu ada kerja di luar pejabat. Nak dijadikan cerita lepas 10 minit di jalan raya, tiba-tiba terjadilah perkara yang paling tak diingini! Jam di tangan lagi 20 minit sebelum 7 pagi. Aduhai manalah nak ada kedai buka dalam waktu tu. Terus sorong Pak Tam kesayangan ke kedai mamak dan berehatlah CK di situ sambil bersarapan.

Setelah jam lebih kurang orang sudah mengetip kad perakam waktu, terus disorong Pak Tam ke stesyen minyak yang berhampiran. Malangnya sudah tidak ada gunanya dipam-pam tayar itu. Rupanya bahagian dalam muncung tiub tu dah terkeluar dari tiub tayar. Aduhai!

Maka bermulalah episod menyorong Pak Tam mencari kedai sebab stesyen minyak tu tak ada nombor tukang tukar tayar motor. Huhu (Gambar atas: CK tolak motor dari hujung belah kiri gambar.)

Masa ni pon masih tak jumpa kedai. Orang di kedai minyak bagi tahu 'dekat jak tu kadai!'. Berpeluh sudah perut CK.
Siap ada dua tompok basah di perut! hahaha

Akhirnya berjumpa juga dengan harapan di pagi hari.
(Setelah satu jam 'bersiar-siar' dengan Pak Tam')

Yang baju hijau ni ala-ala 'penyelamat'lah kononnya.
Dengan muka penuh semangat dan confident, dia kasi bagus Pak Tam.
Walaupun pada mulanya dia bagi tahu saiz tiub Pak Tam tak ada.
Yang ada hanya saiz kecil sedikit dari biasa.
Dan dia bagi tahu 'Ok bah buli kau jalan-jalan satu KK'

Setelah semuanya selesai, CK pun menuju ke tempat kerja di sebelah UMS.
Dengan tekun CK menyiapkan kerja-kerja untuk taklimat untuk hari berikutnya.
Tetiba ada satu hal mustahak perlu diselesaikan di pejabat.

TEKALAH APA YANG TERJADI!!!
Baru nak rempit, terus Pak Tam bergegar sekali lagi.
ARGGGHHHH!!! Ketap bibir je lah bila perkara pagi tadi berulang lagi!
Dan kebetulan juga, kakak satu tempat kerja lalu.
Ditinggalkan Pak Tam di situ sebab kerja penting tu kena didahulukan.
Atas budi baik kakak tu, dipinjamkan kereta comelnya untuk CK.

Setelah semua persiapan selesai, CK menuju ke stesyen minyak untuk isi perut kereta comel tu. Ketika bayar duit, CK tanyakan pekerja di situ jika ada sebarang nombor Mat Motor Bergerak.
Dihulurnya kad di atas. Oh, gembiranya hati ini!!!
Terus masuk dalam kereta dan TERUS PERGI.
Ya, terus pergi..... (sungguh kepala otak dah tak betul!)
Nasib baiklah masa patah balik ke stesyen minyak tu belum ada orang isi minyak di tempat CK letak kereta! =D

Keesokan harinya, di Hello Mat Motor Bergerak ni.
Berjumpalah kami di tempat kejadian.
Dengan usaha sungguh-sungguh, Mamat memberi servis terbaiknya.

Bila dikeluarkan tiub yang baru ditukar semalam, terus Mamat kata "Patutlah pancit lagi" sambil dia menunjukkan nombor di tiub itu. Sambil dibandingkan dengan saiz yang sepatutnya memang terserlah kebesaran tiub itu. Cis, CK kena tipu dengan si baju hijau! Beria je dia bagi tahu satu KK boleh pusing. Tak sempat pon ronda satu KK dah tayar pancit lagi!

Sambil sembang-sembang dengan Mamat, CK menyuarakan hasrat hati untuk memakai tayar tanpa tiub. Terus si mamat menjawab 'ndak bagus bos kalau kau pakai tubeless'. Kononnya Pak Tam CK sesuai pakai tiub. (Dalam hati terus cakap 'Alahai nak promote diri sendirilah tu. Kalau tayar aku pancit lagi nak suruh panggil kau datang lagi kan!) HAHAHA.

Kesimpulannya: Bukan Tipah tertipu, Che Kay yang ditipu! Sabar je lah...

7 comments:

encikReza said...

nasib baik sempat patah balik utk isi minyak....
kalau tak...

isabelle said...

paling best, smpt lg snap2 gmbr.demi blog.
blogger tegar la katakan

Che Kay said...

encikReza> hehe tu la excited dpt nombor mat motonyer pasal. tak ingat dah kat kereta orang.

Miss Isabelle> hihi kebetulan ada kamera masa tu. Penat tolak moto berenti kejap utk ambil gambar kenangan. hehehe

Al-Scheira said...

amboi..siap amik gambar lg kau ek..haha..klaka gle...

Al-Scheira said...

weh CK..i miss kk very much..(haha takde kene ngena ngn tajuk ni)
mcm nak settle down kat situ je one day..(bnyk kenangan)..haha..tp apekan daya..bakal laki ku orang klang...

Che Kay said...

Mant> aku tolak moto dekat sejam ye. tu yang amek2 gamba tiap kali berenti. hehe. mai la settle down sini. mana tau tup2 bakal laki kau org klang aka kakibercakap tu terkerja di sini. hehehehe

Al-Scheira said...

harap2 kakibercakap nak tukar kepada kerakyatan sabahan jugak nanti..amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...