December 14, 2010

Bukan Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah...


Hari ni Che Kay bukan nak cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kutipannya ala-ala bertih jagung yang sedang hangat meletop. Cerita tu pon belum sempat nak tengok lagi. Cerita ni tak tau la nak kata seram ke tidak sebab perasaan ni macam keliru sebentar ketika kejadian tu berlaku. huhuhu.

Begini ceritanya, hujung minggu yang lalu, Che Kay pulang ke kampung halaman untuk menjenguk mereka yang ada di sana. Alang-alang ada di sini kenalah gunakan peluang yang ada. Kampung Che Kay bernama Kampung Sungai Kering, bukan Kampung Pisang ok....(btw ya, dulu kat kampung ni ada sungai kering...). Ketika hari diselubungi kegelapan, perut ni teringin sangat nak pekena mee goreng masakan orang kampung. Lalu ditaip mesej yang bertalu-talu kepada Mamat, sepupuku yang sudah semakin membesaq! (Nota tambahan: dia bukan Mamat Khalid).

Dibawanya Che Kay yang sudah kurus sikit bonceng motor ke seberang sungai. Namun malangnya kedai yang sedap tu sudah tutup. Kami pon menuju ke kampung seberang dengan harapan yang tinggi. Demi mee goreng yang sedap kami redah kegelapan malam. Alhamdulillah, hajat kecil ini tertunai. Segala harapan termakbul. (ni bukan cerita mee goreng yang dimakan jadi cacing ok!)

Untuk makluman, jalan di Kampung Sungai Kering tu hanyalah boleh dilalui sebuah kenderaan sahaja. Jalannya kecik dan kiri kanannya hanyalah bendang yang luas terbentang. Antara satu rumah dengan rumah yang lain, jarak dia jauh-juah. Jadi bila lalu di waktu malam tak perasan pon bendang tu. Yang nampak hanyalah hitam pekat malam dan cahaya lampu dan si bulan di awan. Di pertengahan jalan sebelum menuju ke rumah ada sebuah sekolah yang bernama Sekolah Kebangsaan Sungai Kering. Dah berpuluh tahun sekolah ni wujud di kampung ni. Dan macam-macam kisah yang pernah Che Kay dengaq. (Ok, ni baru cerita yang nak habaq)

Ketika Che Kay dan Mamat melalui sekolah, waktu ketika itu hampir tengah malam. Selalu yang ada di sekolah tu hanyalah pengawal sekolah yang duduk dalam pondok di pintu pagar sekolah. Che Kay hanya memandang sekolah tu tanpa perasaan. Cuma ketika memandang ke kawasan permainan murid pra sekolah, hati jadi keliru dengan apa yang dilihat oleh mata. Dalam hati ni nak bertanya Mamat anak siapa yang dok main di sekolah waktu tengah malam ni... Tapi mulut hanya sempat menyebut "Mat!".

Oleh kerana hati ni nak bersangka baik, dipujuk hati supaya mulut ni senyap. Terus buat anggapan mungkin 2 orang budak tu anak kepada penduduk yang tinggal berhampiran sekolah. Tapi badan terus seram sejuk sekejap. Huhuhu. Terus balik rumah tanpa berkata apa. Cuma ketika nak tidoq tu, Along (anak menakan) masih tak tidoq sebab dia penakut. Terus Che Kay habaq "Hang tidoq lekaih, sat lagi Pak Lang cerita apa yang Pak Lang nampak kat sekolah!". Terus kami dua pejam mata dan tidoq. Hehehe. Dua-dua penakut!

p/s: Mungkinkah itu hanya ilusi mata? huhuhu

2 comments:

isabelle said...

anak pak guard tu la...

Che Kay said...

Pak Guard tak da anak.... budak bujang lagi....huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...