December 16, 2010

Impian Tinggal Impian...


Minggu lepas masa dok kat rumah, Che Kay ambil masa tengok Astro sepuas hati. Maklumlah dok kat sini tak da Astro. Sekadar melayan rancangan tv yang ada. Yang paling puas hati melayan AXN tengok ulangan The Amazing Race Asia Season 4. Tapi tu pon tengok sampai top 5@6 macam tu. Tau-tau bila sambung balik dah final 3.

Sambil-sambil tengok rancangan tv, tetiba tertengok satu iklan ni. Memang Che Kay gelak sakan dalam hati! Macam mana tak tergelak, iklan tu betul-betul mencuit hati. Pandai betul idea orang yang buat iklan ini. Dia memahami impian pengguna di luar sana. Sebagai salah seorang pengguna, ada kala bila kita beli sesuatu produk diiringi dengan impian semoga hasilnya akan sama dengan model iklan produk tu. Ya, aku tau itu semua hanyalah strategi pemasaran. Apakan daya ada kalanya kita tertawan dengan iklan. Hehehe.

Dua bulan yang lepas ketika survey pencuci muka yang baru, Che Kay nampak Gatsby Triple Scrubs kat rak hypermarket. Dekat situ terpampanglah muka Takuya Kimura pegang Triple Scrubs. Hati pon berkata "Apa salahnya kalau cuba yang ni, mana tau nanti muka hansem macam dia". Hahaha. Tu yang bila tengok iklan atas ni aku gelak sakan! Hakikatnya selepas dua bulan impian hanya tinggal impian...

p/s: kalau nak muka Takuya Kimura harus la kena buat plastic surgery. Setakat cuci muka mana nak jadi! hehehe

3 comments:

Sumandak Kinabalu said...

Nasib baik Gatsby tak tulis, lain kali cuba lagi jika percubaan tidak menjadi..hehehe

isabelle said...

ini iklan yg saya citer dalam entry iklan boleh blah, iklan tak boleh blah tu ke?

Che Kay said...

Jane> hehehehe kan! kalau tak mesti aku cuba lagi.

Miss Isabelle> hihi boleh blah jugak la iklan ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...