April 12, 2009

Asyiknya Malam Ni!

Hari minggu ni kadang kalanya memboringkan. Lepas dah habis melayan rancangan yang popular kat Astro Ria tu, erm tak tahu nak buat apa. TV pon macam dah tak de rancangan yang menyeronokkan je. Oleh sebab itu salah satu hiburan waktu malam adalah melepak di laman Tiub Kamu! Wah, seronoknya tak terkata. Yang menyeronokkan tu bila jumpa video zaman kita masih lagi kanak-kanak hingusan! Lagi tambah seronok bila jumpa video yang sungguh jarang kita nak jumpa lagi zaman sekarang. Terima kasih sangat kat Abang Cantik yang sudi berkongsi video yang klasik ni. Nak tengok saluran Abang Cantik klik je kat SINI. Kat bawah ni nak dikongsikan beberapa video yang dirasakah SUNGGUH MENARIK untuk di tonton bersama!

Saloma
Selalu kita tengok saloma dalam hitam putih je kan. Lepas tu asyik-asyik tengok filem P.Ramlee yang entah berapa puluh ribu kali diulang tayang kat TV. Sekarang ni Along dah jadi kaki filem P.Ramlee. Dia sanggup tak tengok kartun semata-mata nak tengok filem P.Ramlee. Meh layan video bawah ni.



Atilia
Video ni tak tahu lah betul ke tidak. Menurut tajuk video ni Salamiah Hassan Feat Atilia Kadangkala. Bila dah tengok video ni, ye betul itu Salamiah Hassan. Yang bahagian Atilia tu je tak tau nak kata. Dari raut wajah remaja belasan tahun mungkin dia la kan. :) Tak kesah la dek non saya tetap minat Atilia! Atilia Best!



Syafinaz
Ha! yang ni best jugak layan! Hihi cuba lihat perbezaan Syafinaz dahulu dengan sekarang. :D 



2 + 1
Oh Tuhan Ku! (a.k.a OMG), sukanya tengok balik rancangan ni! Rancangan kegemaran saya masa sekolah rendah dulu! Sebab utama suka rancangan ni ialah pelakon-pelakon dia menyeronokkan! Yang tak seronok bila ada orang suka perli saya dengan sinonimkan saya dengan Sam (Imuda). Oh sungguh kecik hati masa tu. Tapi tak pe la sebab itu semua sudah berlalu. Masa kecik gigih nye nak buat telefon rumah macam tu. Kasi gantung dia kat dinding.



Rambu Ramba
Tengok video ni pon suka jugak! Dulu gigih berlatih hafal lagu ni. Beria je nak menyanyi lagu ni. Bila dah hafal, mula la berangan belakang rumah menyanyi-nyanyi lagu ni. Kadang-kadang bila tengok Along suka berangan sorang-sorang aku nak gelak. Ye la aku masa kecik-kecik macam dia jugak. Kuat berangan sorang-sorang. hihi



Wah, banyak la pulak ku kongsi video zaman dulu. Hihi SUKE! Ha, siapa nak tengok lagi sila la lawat Abang Cantik ye!




2 comments:

Cherylz Nur Izatty said...

betul ke tu syafinaz? kenape suare die tak soprano? mcm pelik je. bukan ingin bersamamu tu first song die ke? erm...cam tak caye plak...hehehe

Che Kay said...

Cik Cherylz:
Ye, rasanya itu dia. ingin bersamamu tu bukan first song dia. itu come back dia setelah lama menyepikan diri. Tak silap syafinaz gi sambung blaja. Ini based on pembacaan dalam majalah2 hiburan masa zaman sekolah dulu. well, saya bukan expert dunia hiburan zaman dulu, tapi sedikit sebanyak saya tahu la jugak. Since darjah satu (1988) dah baca URTV. hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...