May 15, 2010

travelog cinta abadi : masa yang berlalu……




Puas….. Satu perkataan yang menggambarkan perasaan setelah saya habis membaca naskah ini. Setelah menerima kiriman dari UiTM Segamat, hati berbunga riang, bibir menguntum senyuman, diri terasa terbang ke awan. Itu baru kesan menatap buku yang berada depan mata. Kiranya pada hujung minggu tersebut hati mahu menghabiskan masa mengulit buku ini. Tapi itu semua tidak terjadi.

Pada minggu lepas akhirnya saya dapat memulakan bacaan dari muka surat pertama hingga yang terakhir. Tiga malam berturut-turut buku ini menemani saya sebelum menutupkan mata. Tersenyum, ketawa, sedih, berguling-guling kegembiraan,tertitis air mata, tersengih dan terfikir. Hidup….macam-macam yang berlaku. Dan setiap yang berlaku pasti ada sesuatu yang dapat membantu kita mengenali diri dengan melihat di sebalik pandangan mata kasar.

93 bab. Satu persatu dibaca. Saya melihat saya dalam diri dia. Saya juga melihat saya dalam kawan-kawan nakal dia. Dan saya juga seperti murid sekeliling di sekolah dan dalam bas yang dia naiki. Saya juga seperti dia kadang-kadang berangan beraksi dalam bab Epilog Cinta dari Bromley. (Bab inilah antara bab yang membuat saya berdekah begitu kuat. Terlupa seketika yang ketika itu sudah melepasi tengah malam)

Sesungguhnya saya mempelajari banyak perkara daripada kisah hidupnya. Terima kasih dari lubuk hati ini untuk dia yang sudi berkongsi cerita. Terima kasih banyak-banyak! Ada kata-kata Mak Wa di dalam buku ini yang begitu terkesan dalam hati. Kata-kata itu terus membuat saya berfikir dan terus analisa tentang segala kejadian dalam hidup. Semoga saya akan lebih banyak berfikir dan redha serta kurangkan mengeluh mengenai kehidupan… =)



p/s: Terfikir....adakah kerana meningkatnya usia membuatkan diri lebih gemarkan kisah benar? Erm... Kini terus membaca kisah-kisahnya di blog pula. =) Jika ingin membeli buku ini silalah ke sini pula.

4 comments:

Anonymous said...

"Allah menjadikan setiap kejadian dengan rahsia yang tersimpan untuk kita fikirkan. Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Redha dan bersyukur dengan ketetapannya." ~Travelog Cinta Abadi:Masa yang berlalu~

jumpe kat blog org
heheheeh

kat mana nk dptkn buku ni
mcm susah je nk jmpa

Che Kay said...

=) itulah kata-kata Mak Wa. Btw macam 'sebiji' komen yang dipastekan kat blog somebody je. hehehehe

btw kalau nak cari buku ni sila jengok ke http://muhdkamil.org/blog
tak pon cube2 la tengok di kedai2 buku. =)

Roza said...

Assalamualaikum jane dan Che kay,

Terima kasih.

Jika kelapangan jemputlah hadir di hari pelancaran TCA, pada 5 Jun 2010, 9 pagi di Lecture Theatre UiTM Segamat, Johor.

Majlis sudi dilancarkan oleh penyanyi Epilog cinta dari Bromley.

Che Kay said...

Puan,
Terima kasih kerana sudi menjemput. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...