May 3, 2010

Beruang Panda Oh Beruang Panda



Saat dan Ketika: Petang semalam ketika sesi pulang dari kerja

Ketika Cik F sedang tekun mengadap monitor sambil menganalisa data-data yang serabut, tiba-tiba terdengar satu panggilan yang membuatkan dahi Cik F bertambah berkerut.

“BERUANG PANDA!” panggilan yang dilaungkan oleh Cik L dengan muka selamba sambil melangkah kaki menuju ke pintu belakang. Cik F terpinga-pinga dengan panggilan itu. Mak inang-mak inang Cik L, Cik M dan Cik S juga memberi satu pandangan yang sama kepada Cik F. Cik F terus bangun sambil berlari menuju kepada Cik M sambil memanggil “Wei mulut longkang!” Hahaha.

Bila Cik F masuk kembali ke biliknya, Pn N dan Pn A terus melontarkan soalan kenapakah Cik F dipanggil beruang panda? Apakah kaitan Cik F dengan makhluk itu? Dengan penuh perasaan Cik F menerangkan bahawa dirinya sungguh comel sehingga Cik L, Cik M dan Cik S teruja untuk member gelaran yang cute itu kepada Cik F! Hahaha sungguh perasan! Hakikatnya sebenarnya Cik M pasti bercerita tentang sms Cik F kepada dia hari sebelum itu.

Pada hari tersebut Cik F rasa sungguh bengang apabila Cik L dan Cik S tidak menjawab sebarang panggilan telefonnya. Cik F sungguh teruja untuk ber’Azwan Ali’ bersama mereka (style Amboi amboi amboi!). Oleh kerana kebengangan itu, terus Cik F menelefon dan bersms bersama Cik M untuk mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan gossip hangat pada hari itu. Sambil meluah rasa bersama Cik M, tertaiplah perkataan Beruang Panda yang merujuk kepada Cik L dan Cik S. Bukankah beruang panda itu cute? Tidak banggakah mereka dengan gelaran itu? Hehehe. Apa pon Cik M sungguh mulut longkang. Itu pun nak cerita dengan diorang. Hehe

Saat dan Ketika: Sesudah duduk kembali ke kerusi selepas mengejar Cik M

Tiba-tiba Cik F teringat satu memori silam. Benda itu sungguh bermakna kepada Cik F. Peristiwa ini berlaku 24 atau 25 tahun yang lalu (huhuhu faham-faham sendiri). Ketika itu Cik F mengikuti bapak dan ibu ke seberang tambak Selat Tebrau. Mungkin pada masa itu bapak ada kerja, Cik F berjalan bersama ibunya serta ditemani seorang atau dua pakcik. Mereka meronda ke kedai-kedai yang ada sesudah makan di salah sebuah kedai.

Ketika melintasi sebuah kedai, Cik F terus terpesona dengan sesuatu yang menarik pandangan matanya. Biasalah telatah budak berumur 4-5 tahun, dalam hati nak tapi tak tahu nak meluahkan rasa hati. Hanya gerak geri mata saja yang dapat meluahkan rasa. Entah macam mana pakcik itu bertanyakan sesuatu dan seterusnya benda itu ada bersama Cik F. Gembiranya Cik F tak terkata! Terus diulit benda tersebut. Tak silap Cik F, benda itu sungguh besar dan lebih besar dari dia (ketika itu la ye).

Benda itu menjadi teman permainan Cik F. Namun malangnya Cik F tak ingat berapa lamakah benda itu menjadi ‘sahabat sejati’nya. Yang pasti benda adalah antara benda yang paling susah Cik F hendak lepaskan. Walaupun Cik F sudah berpisah dengan benda itu setelah dia bersekolah, sekiranya ada masa pasti Cik F menjengok sahabatnya di dalam bilik stor. Oleh kerana sayang Cik F kepada benda itu tidak berbelah bagi, sanggup dia menjahit segala lubang-lubang yang ada pada benda itu. Bila ada kesempatan semestinya Cik F akan bersembang dan meluah rasa bersama benda itu dalam stor! Hehehe.

Masa pun berlalu, lebih kurang 7 tahun kemudian Cik F terpaksa merelakan pemergian benda kesayangannya. Ketika itu boleh dilihat kecederaan pada benda itu di sana sini. Sebelah daripada telinganya hilang. Begitu juga dengan matanya. Cik F berdiri dengan penuh kesedihan melihat upacara pembakaran benda itu. Perkara ini terpaksa dilakukan kerana Cik F dan keluarga akan berpindah ke utara tanah air setelah bertahun-tahun lamanya menetap di selatan. Lalu berakhirlah kisah Cik F dan ‘sahabat sejati’nya, si beruang panda……

P/s: Tetiba teringat memori dahulu kala! Gitu katanya… =)

2 comments:

nuna_sarah said...

cantek layout ni...i lke.

^.^

Che Kay said...

hehehe terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...