October 25, 2011

Main Masak-Masak: Puding Roti !

Sejak dua menjak Che Kay dok layan Junior Master Chef Australia di Star World 711, semangat memasak tu datang membuak-buak. Bukan apa, bila tengok budak-budak yang umur 8-12 tahun tu masak, Che Kay teringatkan sesuatu. Sejak semalam Che Kay telah dirasuk semangat nak baking!. Dan memandangkan dah la..........ma tak buat puding, hari ni Che Kay nak buat puding roti! (Indikator lama tu memakan bertahun-tahun lamanya).

TADAAA! Inilah dia Puding Roti hasil kerja tangan Che Kay~ Walaupon atas puding ni hangit-hangit sikit, yang penting rasanya. Maklumlah Che Kay betul-betul dah lama meninggalkan dunia bikin-bikin puding, kek dan sewaktu dengannya. Secara amnya, Che Kay gunakan resipi Puding Roti ni dari MyResipi.com .

Inilah bahan-bahan yang Che Kay gunakan untuk puding ni. Resipinya sama dengan dalam MyResipi.com. Cuma Che Kay tambah esen vanila, tepung jagung dan buah-buahan kering. Ikutkan hati nak cari kismis yang kotak kecik harga RM1. Sekali tak jumpa. Lepas tu tepung jagung digunakan untuk gantikan tepung kastard sebabnya terlupa nak beli.

Mula-mula 4 keping roti disapu mentega di kedua belah.
Lepas tu roti bermentega ni dipotong-potong ikut suka hati.

Lepas dipotong, marilah kita dengan gembiranya susun dalam bekas pembakar. Che Kay lapiskan dengan Baking Paper dalam bekas dengan harapan puding mudah dikeluarkan.

Langkah seterusnya Che Kay pukul 3 biji telur dengan gula sampai kembang. Memandangkan acara pukul memukul dibuat secara manual, Che Kay kisar halus gula untuk kebaikkan masa hadapan (kaedahnya pukul guna tangan tetap lenguh la ye). Kalau tak silap Che Kay ada masukkan esen vanila lepas telur kembang.

Selain aktiviti pukul telur, susu dipanaskan bersama buah-buahan kering. Tapi harus diingatkan jangan panaskan susu sampai mendidih. Susu panas tu dimasukkan ke dalam adunan telur yang telah kembang. Lepas tu tepung jagung dimasukkan dan terus kacau adunan sampai sebati.

Aduan telur dan susu tadi dituang ke dalam bekas yang diisi roti. Buah-buahan kering dibiarkan mejadi hiasan di atas puding. Che Kay biarkan roti bermesra dengan adunan campuran lebih kurang 15-20 minit sampai roti betul-betul kembang.

Bekas tadi dimasukkan ke dalam oven toaster untuk proses pembakaran. Maklumlah rumah bujang, hentam je pakai oven toaster. Oven ni sebenarnya hadiah masuk peraduan Akira. Terima Kasih Suria FM Sabah! =) Oh ya, Che Kay bakar puding ni lebih kurang 45 minit gunakan oven jenis ni. Kalau pakai oven lebih besar rasanya masanya lebih singkat.

Selepas 45 minit, inilah dia rupa Puding Roti Che Kay. Menurut tukang rasa merangkap tukang membaham a.k.a housemate, Puding Roti ini sungguh sedap! Bila dirasa puding roti sahaja, manisnya sedang-sedang saja. Manakala buah-buahan kering perlu dielakkan sebab rasanya sungguh manis. Masa dok makan, masing-masing dok korek buang buah-buahan kering tu. Selain itu pada masa hadapan Che Kay nak cuba guna tepung kastard pulak nak tengok apa la kejadian puding ni. =)

Oh, ya! Orang kata kalau makan kena la beringat-ingat. Jadi hasil Puding Roti ni dikongsi bersama dengan Puan 'BirthdayGirl'. Sanggup dia singgah rumah ambik puding ni. Tak sangka pula hari ni betul-betul birthday dia. BirthdayGirl pon kata puding ni sedap. =)

p/s: Siapa sangka dengan menghasilkan puding tak seberapa ni membuatkan Che Kay rasa sungguh bahagia. Mungkin inilah kebahagiaan yang dicari-cari~

8 comments:

yzahm said...

nampak macam sedap.. nak jugak!
nanti balik penang, buat kat aku ye.. hehe

Che Kay said...

ang pakai je resipi kat web MyResipi tu. mesti jadi. =)

Nava Krishnan said...

Looks yummy, nice with all the dried fruits on top.

Anonymous said...

fuhhh.. nak try lah... tp da buat murtabak megi tadi.. hihi~~

Che Kay said...

Nava Krishnan: the taste just nice. not to sweet except the dried fruits~ =)

Azmie: nanti buat la hujung minggu. Senang je kan.

suez said...

bestnyeh!

isabelle said...

elok la ada resepi ni.
akak buat, kadang ok..kadang kering sgt. haishhh...
hang x buat kastad sekali ka?

Che Kay said...

suez: buat la satu. mesti syamiel, syazwan dan papa diorang suke~ hihi

kak belle: kastad tak buat pon. makan puding tu saja pon dah sedap. hehehe (puji diri sendiri~)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...