Salah satu keinginan Che Kay dari dulu adalah nak melihat proses para pakar meneropong anak bulan. Dari kecik, kita selalu tengok Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja umumkan segala tarikh untuk permulaan Ramadan dan Raya. Keinginan ni membuak-buak memandangkan salah satu tempat untuk teropong anak bulan terletak berdekatan dengan rumah Che Kay. Bila ada iklan berkenaan aktiviti ni di TV, terus Che Kay excited! Bukan selalu ada peluang.
Petang tadi lebih kurang jam 5.30, Che Kay dan Si Nash sampai di Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan. Masa tu kami macam segan-segan nak masuk sebab macam tak ramai orang. Di luar balai cerap adalah beberapa kereta dan motor diparkir depan pintu gerbang.
Kalau dilihat dari luar, kawasan balai cerap ni luas! Tapi bila dah masuk, alahai kecik je rupanya bangunannya. Dari jauh kami nampak tersedia 2 teropong besar yang dihala menghadap pantai.
Kawasan balai cerap ni memang tak ramai orang. Rupanya diorang ada di dalam kawasan bangunan. Ada aturcara majlis seperti ucapan daripada Mufti Sabah dan juga taklimat bagaimana mencerap anak bulan. Selepas habis taklimat mereka yang terlibat secara rasmi berangkat ke tingkat atas untuk aktivit seterusnya.
Dua teropong yang tersedia di luar bangunan balai cerap rupanya untuk orang ramai guna. Apa lagi, kami berdua pon mencuba peluang yang ada. Orang lain sempat lagi posing-posing dengan teropong yang diwar-warkan kononnya harga RM 1 juta seketul!
Masa kami sampai, matahari kelihatan sungguh indah!
Namun begitu semakin ia terbenam di sana, awan pon berarak melindungi sang suria. Jadi hajat kami tidak kesampaian. Apa yang nampak melalui teropong hanyalah lautan di bahagian atas teropong, awan di bawah. Belum rezeki kami nak lihat rupa si anak bulan. Mungkin satu hari nanti. Siapa tahu kan. =)
Hari pon makin gelap, maka kami pun pulang seiring burung-burung bertebangan di langit.
p/s: Aidiladha Ahad Depan! Nak masak ape ye Raya ni? Erm... idea?
2 comments:
masak di kedai mamak.
eh, kedai mamak tutup x masa raya aji?
alalala sandinya masak di mamak! 2 tahun sambut raya di sini kami masak sendiri je kak. tahun lepas je tak buat ketupat. tahun ni tengah pikir2.
Post a Comment