August 25, 2010

Yea Yea! Hari Ke-15 Yeah!

Hari ni masuk hari ke 15 bagi mereka yang puasa di bulan Ramadan. Semoga puasa kita semua pada hari-hari yang lepas akan diterimaNya. Hari ke-15 juga merupakan hari yang ditunggu-tunggu! Lagi beberapa hari akan berlalu sebelum kita merayakan hari itu. Tapi yang penting hari ini akan lebih meriah bila radio akan mula berkumandang LAGU RAYA~~~ Oh, mesti syahdu!

Hati mesti tak sabar-sabar mahu kembali ke pangkuan yang tercinta...(masih boleh duduk lagi ke kat pangkuan? besar badak sudah ni. hihihi). Semalam ada seorang kawan bertanyakan pada Che Kay bilakah kaki ini akan melangkah ke 'Tanah Melayu'. Bila diberitahu tarikhnya, terus kawan tanya bukankah tarikh tu minggu depan? Hahahaha Sungguh tak sangka, rasa macam lambat lagi.

Berbalik kepada Lagu Raya, seorang kawan bernama Muhammad Syabab beria tuju lagu Dendang Perantau kat diri ni pada awal Ramadhan. Konon-konon nak bagi jiwa ini bergetar syahdu... Maaf Syabab, misi anda Gagal. Hahaha. Kalau tuju masa ni baru bergegar kepala lutut melayan lagu tu. Hehehe. Dan bila sebut lagu raya, antara momen yang Che Kay masih ingat adalah suasana 20 tahun dulu di 34, Jalan Merah,Taman Pelangi, Johor Bahru. Masa tu mak sibuk buat kuih raya di dapur, Che Kay pula sibuk menyibuk bersama. Dan ketika itu sudah tentu lagu raya menjadi penemannya.

Kemudian bila diri ni dah remaja, keseronokkan itu masih terasa. Masa ini dah boleh buat kuih dan kek raya. Mak tak jemu ajar Che Kay buat biskut kelapa, biskut nestum, dan macam-macam lagi. Kami juga ada cuba buat coklat chip resepi Chef Wan yang gigih disalin masa tengok rancangan masak2. Dan semestinya lagu raya juga memeriahkan aktiviti membuat kuih. Oh, rindunya suasana tu! Sekarang ni...erm bila masalah nak buat kuih? Balik beraya pon selalu last minute. Apa pun jua Lagu Raya tetap mengembalikan nostalgia indah~

Inilah lagu yang Che Kay suka dengar buat tahun ni!



Ya, Che Kay tahu ramai kawan-kawan dok kondem kata lagu ni tak best langsung.Tak mengapa, yang penting Che Kay suka. Tak semestinya semua lagu raya kena ada perkataan 'Hari Raya'kan! Siapa tahu lagu ni juga akan jadi pujaan generasi akan datang. Macam lagu-lagu raya Feminin dan Amy Mastura. Masa tahun yang lagu-lagu tu keluar ramai kata tak sedap. Tapi la ni bila dengar syok juga. Hehehe


p/s: Tak silap dulu Menteri ada habaq lagu raya buleh keluaq radio masa 2 minggu sebelum raya. Tapikan lagu ni dah ligat depa putaq sebelum ni. Macam mana tu? Hihihi


Lirik lagu ini pi sini.

3 comments:

Sumandak Kinabalu said...

Selamat berpuasa hari yg ke-15...hehehe
Saya tak kisah, nak juga beli baju raya...penat tau puasa, hehehe...

p/s : suka dengar lagu raya Anuar Zain (ntah apakah tajuknya tu)

Che Kay said...

Amboi kau mandak rajin pulak berpuasa. na bila la mau buka puasa sama sa? hahaha. brapa lai ko maw beli baju raya? sa pon teda baju raya lagi ni.

p/s: yang mulanya "semua insan sedang bergembira" tu ka?

Sumandak Kinabalu said...

satu je lah, mau pujuk c abang dulu tulung sponsor...hahahaha

p/s lagu yg meriah sakan tu, time anuar zain masih kecik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...