August 14, 2010

Benci, Kebencian & Hate!

Che Kay tahu dalam bulan puasa ni tak baik benci lagi membencikan. Cuma Che Kay nak berkongsi dengan kamurang di luar sana kisah kebencian seorang pemuda bernama L (bukan nama sebenar). Sudah lama L memendam perasaannya. Cuma tak terluah di bibirnya. Lalu Che Kay yang baik hati membantu L menyampaikan hasrat hatinya. Semuanya berpunca dari satu iklan di TV.



Menarikkan iklan dia! Memberi satu harapan kepada pemuda-pemuda kesepian di luar sana. L tidak terkecuali terpengaruh dengan iklan tersebut. Oleh kerana ingin mendapatkan jodoh dengan cepat, dia telah membeli stok produk tersebut untuk 2 bulan. Dipakainya produk tu setiap hari sebelum keluar rumah. Dengan hati riang, dia sentiasa senyum setiap kali jumpa perempuan. Harapannya tidak lain dan tidak bukan iaitu dengan kuasa bau-bauan ketiak yang wangi adalah hendaknya perempuan-perempuan akan sudi memberi nombor telefon mereka tanpa segan silu.

Hari demi hari berlalu, tin spray ketiak itu pon semakin ringan dan nak habis. Kekecewaan si L makin ketara. Oleh kerana tak ada juga perempuan yang terpikat dengan bau ketiaknya, Si L pon melupakan hasratnya. Akhirnya dia bertukar kepada produk yang lebih murah. Dia redha seandainya ketiaknya berbau dan tak sewangi dulu...


P/S: Sekarang ni bila nak pi terawih aku pakai 'Malaikat Subuh' je! Takut nak pakai bodyspray tu. Buatnya tengah duduk2 kat masjid datang pulak awek2 bertelekung datang bagi nombor telefon. Mesti haru! hihihi

4 comments:

Amieynna Amin said...

salam..
kuat betul pengaruh iklan AXE tu kan..
tp tu iklan yg hanya indah dimata..
kan?

Che Kay said...

amieynna> hi!
tak de la ape sangat. ni entry saje2 isi mase lapang. hihi. tahu tak siapa si L tu? hehe

Sumandak Kinabalu said...

engko ke Faizal...hahaha
tak payah susah2...
kol jak father and mother suru cari, habis cerita...
lagi murah dan berkesan...hihihi

Che Kay said...

Sumandak> hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...