Saya terkenangkan kata-kata seorang ustazah yang pernah mengajar saya. Kata beliau setiap bayi yang dilahirkan ke dunia ini mempunyai satu haruman indah yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ustazah itu berkata lagi, bayi dikurniakan Yang Esa dengan bau-bauan syurgawi. Erm... itu kata ustazah saya. Kebenarannya tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti setiap bayi memang ada haruman yang membuat kita tenang bila bersama mereka (kecuali bila baby buang air, tu dah tak masuk kategori harum ye kawan-kawan).
Dan ketika ini saya terimbau kenangan dulu. Ketika pertama kali menjaga adik bongsu saya (kira-kira 20 tahun dulu). Ketika itu saya sering kali angkat dan peluk cium dia sekerap mungkin tanpa pengetahuan bonda. Kalau bonda tahu, tentu dia marah. Ketika itu adik masih merah dan lembut. Pantang ibu tinggalkan dia, pasti saya mencari peluang mecium pipinya (kini tidak la ye, adik saya dah busuk!). Yang saya tahu ketika tu rasa sungguh tenang dan mungkin kerana sayang.
10 tahun dulu ketika saya mendapat anak saudara yang pertama, itulah juga perkara yang sama dilakukan. Rasanya betul kata ustazah. Memang setiap bayi ada haruman yang istimewa. Tapi mungkin juga bau-bauan wangi itu berpunca dari bedak dan losyen yang disapukan pada badan mereka. Erm adakah kerinduan dalam hati ini membuat diri terkenang kepada mereka yang tersayang? Mungkin!
Baru-baru ini saya telah mendapat penawar kerinduan ini. Bukan pakai produk bayi di badan. Dan juga bukan menggunakan produk bayi ketika mandi. Yang penting saya gunakan produk ni ketika aktiviti kegemaran saya iaitu menyerika baju kerja! Haruman wangiannya membuatkan saya terkenangkan anak-anak sedara saya ketika kecil. Memperkenalkan Kiwi Kleen Easy Ironing dengan haruman Baby Fresh! (oh ye, yang ni haruman duniawi ye kawan-kawan!).

1 comment:
tak pernah try lak baby fresh ni. selalu pakai floral bouquet jek. nanti leh la try.
Post a Comment