Ini bukan kisah Edward Cullen si pontianak vegetarian. Dan ini juga bukanlah kisah Edward si tangan bergunting. Kedua-dua Edward ini hanya wujud dalam alam khayalan. Walaupun menakutkan, semuanya hanyalah di layar. Hari ini Che Kay nak bercerita tentang kisah Si 'Penghisap' Darah yang bernama Edwid (bukan nama sebenar ke? erm... jap nak fikir....Tak kisah la nama sebenar ke bukan sebenar ke. Janji ada nama. hihi).
Berbicara tentang Edwid, CheKay tak pasti apakah skop pekerjaannya yang sebenar. Yang CK tahu salah satu kerja dia yang paling arif adalah 'menghisap' darah orang. Sempena dengan ulang tahun ke 21 Centre Point Kota Kinabalu, program derma menderma telah diadakan. Entahlah di mana datangnya keberanian dalam hati. Selama ini CK dok menyorok dengan alasan "Saya Takut Jarum!". Mungkin berkat berkawan dengan Si 'Penghisap' Darah ni dan juga semangat yang diberikan Anak 'Menteri' KKM di pejabat, CK terpanggil untuk turut serta.
Ha, inilah Si 'Penghisap' Darah! Macam-macam dia kata. Kasi CK tambah gementar dalam hati. Lepas periksa tekanan darah, doktor bertugas siap tanya "Kamu gementar ka?". Haruslah CK takut! Ini adalah pertama kali ok~ Kalau kamu perasan di belakang 'SPD', kedai pun belum buka. CK sampai di tempat acara tepat 8.30 am. Kaedahnya acara bermula jam 9.00 pagi. CK betul-betul bersemangat waja! hahaha.
Ketika jarum menghampiri kulitku yang begitu semak samun, hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gemuruhnya hati ini! Yang buat CK nak tergelak dalam gemuruh tu, tangan Si 'Penghisap' Darah pun turut bergegar. Adakah dia gementar nak cucuk tangan CK? Huhu.
Sepanjang proses 'penghisapan' darah dijalankan, banting panjang tu la jadi
bahan tatapan sambil dok tanya bilalah nak habis~
Bila proses dah habis, Che Kay melilau-lilau mencari Anak 'Menteri'. Tu dia duduk di depan tiang dan kipas di tengah-tengah gambar. Kata Anak 'Menteri' KKM, haruslah orang sediakan kipas besar untuk dia semata-mata! Hihihi.
Semua mereka yang mendermakan darah ketika majlis ini dapat macam-macam hadiah. Kupon-kupon untuk tuntut hadiah pon banyak. Che Kay rasa sungguh riang ria bagai kanak-kanak dapat gula-gula. Belum sempat CK ke rumah terbuka perut CK betul-betul kenyang dengan makanan yang diberikan. Punya la best dapat McDonald's, Simkad Tune Talk & Air Yoyo free! CK tekad dalam hati lepas ni CK akan terus mendermakan selagi terdaya. Sesungguhnya "Saya Takut Jarum" tidak bermakna! Serius tak seperti yang selalu bermain dalam minda. =)
p/s: Bila kita biarkan ketakutan membelenggu hidup, maka sia-sialah kehidupan ini...
p/p/s: Jam 8.30 malam Che Kay kembali ke CP, Si Edwid masih tetap gigih mencucuk jarum ke tangan orang lain! Che Kay kagum~
2 comments:
syok kan derma darah....
ekekeke
SYOKKK SANGAT! kalaulah tahu keseronokkannya begini dah lama derma~ =)
Post a Comment