November 8, 2011

Nasi Tomato & Ayam BBQ Edisi Raya

Hari ni Che Kay masih nak berkongsi keterujaan main masak-masak masa 10 Zulhijjah yang lepas. Maklumlah masa tu teruja nak sambut raya, jadi membusykan diri sediakan bahan makanan di dapur terasa la jugak suasana nak beraya. Lagi satu Che Kay ala-ala beria masak sebab dok bayangkan kawan-kawan yang bercuti di Borneo ni nak beraya bersama. (Ye, Che Kay dah bagi tau dalam entry lepas, saja nak ulang lagi).

Menu utama masa 10 Zulhijjah tu adalah Nasi Tomato dan Ayam BBQ. Kebetulan Che Kay jumpa resipi dalam majalah rasa tahun 2010. Tengok gambar nasi tomato tu lagilah terkenang-kenang dekat Mak. Mak suka buat nasi tomato bila anak-anak dia semua berkumpul di rumah. Dan lauk wajib dia ayam masak merah. Yummy! Tapi konon-konon Che Kay nak buat lauk yang mudah. Maka jadilah ayam BBQ~ =)

Inilah dia Nasi Tomato dan Ayam BBQ~ Che Kay berangan la nak buat plating segalanya. Nak bergambar dengan makanan katanya. Tapi tak de benda nak hias2. Habis je bergambar terus ditelan nasik ni. =) Testimoni dari tukang-tukang makan, Ayam BBQnya MARVELOUS!!! Sementara tu Nasi Tomato dia ok, cuma masamnya terlebih sedikit. Apa-apa pun masih dilayan.

Ayam BBQ
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu minyak masak
3 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil serbuk lada hitam

Malam raya tu Che Kay sediakan bahan-bahan untuk ayam BBQ. Bawang-bawang ditumbuk halus dan kemudian semua bahan digaul bersama ayam. Kemudian Che Kay perap ayam dalam peti sejuk untuk semalaman.

Esok harinya baru Che Kay bakar ayam yang dah diperap.
Bakar pon dalam oven toaster je. Oven besar tak de.
Ikut resipi bakar ayam pada suhu 200˚C selama 30-40 minit.

Tadaaaa!!! Ayam BBQ yang sudah siap panggang.
Walaupon ada hangit-hangit sikit, yang penting rasanya sedap!

Nasi Tomato
300 gm beras Basmathi
1 biji bawang besar
1 tin sup tomato
100 ml air
100 ml susu sejat
Bunga lawang, kulit kayu manis
buah pelaga, bunga cengkih & halba
Minyak Masak
Garam dan Lada Sulah

Cara memasaknya:
1. Mula-mula panaskan minyak dan tumis Bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, halba dan bawang besar sampai wangi.
2. Kemudian masukkan beras dan kacau.
3. Selepas tu tuangkan sup, air dan susu dan biar sampai nasi masak dan gebu.

Itu cara-cara dalam majalah! Che Kay guna apa je yang ada di rumah. Beras Basmathi tu memang tak ada. Jadi guna beras biasa je. Memandangkan kat rumah tak da bunga lawang, buah pelaga segalanya, Che Kay guna rempah ratus dalam Sup Bunjut. Lepas tu Che Kay main tambah-tambah benda lain contohnya susu dengan air. Che Kay masak 4 pot beras. Kalau ikut resipi ni susu & air tak cukup la ye. Lain kali kalau nak masak lagi nasi tomato ni Che Kay nak kurangkan tomato puree untuk kurangkan rasa masam.

Apa-apa pon Che Kay rasa gembira lepas masak semuanya. Walaupon orang yang ditunggu tak juga berkunjung tiba, alhamdulillah Nasi Tomato dan Ayam BBQ ni licin akhirnya. =)

p/s: Untuk sarapan lepas sembahyang raya, Che Kay sediakan roti canai dengan kuah sardin. Memang kali ni aku beria masak!

6 comments:

FVN said...

perhhhh..
meriah makanan!

isabelle said...

keless kau jah.
xpe.bila2 akak rajin nnt, akak klik kat label 'masak bersama konah' ye.

Che Kay said...

F A R Y N: kalau balek beraya di kampung lagi meriah makanannya. Ni di rumah orang bujangan saje~ =)

Kak Belle: klik jgn tak klik. hehehe

suez said...

ermmm bestnyeh! kalau turun kl bolehla buat lagi ek. hehe.

Che Kay said...

suez: wah! nak masak kat rumah sape la ye? hehe

encikReza said...

sedapnyerr
bila gamaknya boleh merasa??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...