Semalam semasa sedang asyik melayan video-video di Tiub Kamu, Che Kay terjumpa satu video majlis yang pernah dihadiri bersama ahli rombongan Cik Kiah. Dengan gigihnya, digali keseluruh fail gambar semata-mata mencari kenangan yang telah diabadikan. Sayangnya tak jumpa. Hari ni diteruskan usaha dan hasilnya ketemu jua dicelah fail yang lain.
Rombongan Cik Kiah ke Magellan Sutera Resort di Sutera Habour untuk satu majlis dinner. Kami semua terhutang budi dengan Cik LN sebabkan dialah kami semua dapat ke sana tanpa mengempiskan dompet masing-masing. Bila dilihat harga setiap tiket yang diberikan kepada kami tu tiga digit jugalah. Kami semua teruja bila dah masuk dalam dewan. Teruja pertama adalah nak merasa makanan di tempat glamour di KK ni. Masing-masing asyik belek kad menu di atas meja. Dinner malam tu jenis Chinese Style. Makanan dia memang ummmpph! Terbaik kata Boboiboy~
Teruja kedua sebab nak melihat si bintang beraksi di atas pentas. Bukan senang nak menonton show live bintang-bintang ternama di sini. Bila si cantik manis ni dah berlagu, kami di meja masing-masing terkena pahanan bintangnya. Makanan atas meja pon diabaikan seketika sampai bila waiter nak angkat hidangan barulah kami kelam kabut nak ambil makanan. =D
Nah tengok ni, muka masing-masing penuh keterujaan yang amat. (Kaedahnya ni bukan teruja tengok si bintang, yang ini teruja nampak kamera. Lalu saat untuk photogedik bersama!)
Inilah video yang Che Kay jumpa. Malam tu Dayang Nurfaizah nyanyi 3 lagu solo dan 3 lagu berduet dengan Harvey Malaiholo. Harvey pula nyanyi lebih banyak lagu solo. Rupanya dialah bintang utama malam tu. Pertama kali dengar Harvey nyanyi, Che Kay terus terpukau dan meremang bulu romaku. Dalam video atas Harvey berduet dengan Dayang untuk melagukan Begitulah Cinta. Kalau ikutkan lagu ni originalnya Harvey berduet dengan Sheila Majid.
Lepas majlis selesai, kami (sila baca sebagai Che Kay) terus meluru keluar ke meja yang disediakan untuk sesi sain menyain. Muka ni awal-awal lagi dah terpacak sambil dok pegang erat CD Dayang. Kawan-kawan yang lain dok gelak je tengok perangai kawan diorang yang sorang ni. Excited habis bila Dayang dah ada depan mata. Nak cakap pon sampai terkelu lidah sampai gigil-gigil badan ni. Ada gambar dengan Dayang, memang dalam gambar tu senyuman orang yang excited ni sunggoh lebar. Memang malam tu manusia ni jadi bahan gelak ahli rombongan Cik Kiah.
Kesempatan yang ada harus digunakan untuk kenangan abadi. Ahli rombongan yang lain bergambar juga dengan Harvey Malaiholo. Sebab tak da cd dia, kami masing-masing hulur tiket dinner malam tu untuk dia sain.
Akhir sekali yang lain pon ambil kesempatan bergambar dengan Dayang. Tu pon siap beratur balik. Sebabnya lepas Che Kay bergambar dengan Dayang, terus dia lupa diri. Haha. Tak tahu la kenapa setiap kali Che Kay jumpa bintang-bintang yang Che Kay minat memang insiden kelu lidah sampai gigil-gigil lupakan diri akan terjadi. Bila dikenangkan kembali, malam tu kami semua senang sekali. =)
No comments:
Post a Comment