November 11, 2011

Edisi Pelahap Makanan: Gayang Seafood !

Yeaaahhh!!! Edisi Pelahap Makanan kembali lagi! Kali ini Pelahap Makanan ni nak berkongsi cerita-cerita lahap bila bertemu makanan~ Pelahap Makanan gabungkan dua sesi melahap makanan di destinasi yang sama tapi pada waktu yang berbeza. Manusia-manusia lahap yang turut serta dalam kedua sesi tu lebih kurang sama.

Destinasi Pelahap Makanan kali ini adalah Gayang Seafood Restaurant! Kali ni kita makan segala makhluk dalam lautan yang mampu dibayar =D . Secara amnya restoran ni terletak lebih kurang 28 kilometer dari Bandaraya Kota Kinabalu. Di mana nak cari? Kita kena menghala ke Tuaran ikut Jalan Sulaman. Kalau sepanjang perjalanan jumpa UiTM KK, Politeknik KK dan Kampus INTAN Sabah tu dah betul la jalannya. Depan sikit dari INTAN Sabah ada papan tanda ke restoran ni.

Salah satu hujung minggu dalam bulan Oktober, ada insan yang baik hati nak menjamu Pelahap-Pelahap Makanan. Mula-mula ada ahli Pelahap Makanan yang malu-malu kononnya tak nak join aktiviti kali ni. Tapi akhirnya bila mengenangkan Abang Besar tu pindah sekolah yang baru, barulah ahli-ahli Pelahap Makanan yang lain ikut sama. Kiranya ni macam jamuan perpisahan gitu. Untuk sesi melahap makanan ada lebih kurang 12 orang semuanya. Memang meriah masa makan! =)

Kalau datang siang, beginilah kelihatan papan tanda Restoran Gayang ni.

Di depan restoran, mata pengunjung akan dihidang dengan segala makanan laut yang segar gitu. Dalam gambar atas ada macam-macam jenis kerang dan ketam. Sampai terkulat-kulat Che Kay teka nama jenis kerang. Sampai sudah gambar kanan di atas gagal diteka. huhu.


Gambar kat atas ni ada ikan, ada ketam, ada udang dan ada..... erm gambar bawah belah kiri tu Che Kay pon tak tau apa dia. Adik beradik kerang jugak la kot. Hehe.

Kawasan untuk makan-makan berada di bahagian belakang. Bangunan papan ni dibina atas paya bakau kot. Ala-ala terapung la konon. Nak kata kena angin laut, tak terasa la pulak. Meja yang disediakan bergantung pada ahli rombongan yang datang. Ada meja untuk 4 orang, ada meja untuk 6-8 orang dan ada juga meja untuk 10-12 orang. Jadi kalau datang sini jangan risau, banyak ye meja. Cuma kedai ni selalunya memang penuh orang makan. Dan malam tu masa kami dok makan, sambil tu dok bisik-bisik kat kawan lain sebab meja sebelah kami ada Abang Hijau, Zainal Abidin si penyanyi. Kaedahnya sorang pon buat tak hairan sebab kusyuk melahap makanan!

Malam tu Abang Besar pesan makanan untuk kami 5 hidangan semua. Ada Udang Masak Butter, Kerang Masak Pedas, dan sayur kailan. Walaupon ada 12 orang kat meja, hidangan paling lambat dihabiskan adalah Butter Prawn. Tetap diorang harapkan Pelahap Makanan ni jugak habiskan!

Hidangan paling yummy lagi melazatkan adalah Kerapu Masak Kari Nyonya! Kuah kari dia betul-betul perghhhh!!! Kami sental cukup-cukup sampai kering kuah dia. Ikan dia tak payahlah nak cakap, memang terbaik dari laut! Apa lagi berebut makan ahli pelahap makanan semua masa ikan ni sampai. Sepatutnya ada hidangan lagi satu, kaedahnya sampai sudah tak sampai. Rupanya sup yang dipesan tu tertinggal entah dicelah mana. Tapi ok jugak tak sampai sebab masa ni ahli pelahap makanan masing-masing dah angkat bendera putih! Kenyang tak ingat!!! Total Harga = Terima Kasih Abang Besar~~

Gambar menu di bawah ni adalah sesi lain ye. Ahli Pelahap Makanan berkumpul masa bulan puasa yang lepas. Punyalah lama, baru terjumpa gambar-gambar ni dalam hard disk. Untuk sesi kali ni ahli kumpulannya lebih kecil. Semuanya ada dalam 6 orang. Che Kay dapat jemputan ikut serta majlis melahap kali ni pon agak lambat. Alhamdulillah kami berjaya sampai dan dapatkan meja sebelum berbuka puasa.

Menu ikan kali ini masih sama cuma lain masakan. Ahli Pelahap Makanan telah pesan Ikan Kerapu 3 Rasa. Ikannya digoreng garing! Kemudian kuah 3 rasa ni cukup rasanya. Akhir sesi melahap pinggan ikan ni LICIN~

Menu udang ni macam dah jadi menu wajib. Setiap kali datang tetap pesan Butter Prawn. Macam biasa udang ni payah sikit nak licin. Che Kay sebagai Ketua Pelahap Makanan paksa setiap ahli ambil sorang sekor udang untuk dilicinkan~ =D

Sayur yang biasa dipesan adalah sayur kailan, dan kejap ja sayur tu kami bedal. Kalau di atas menunya kerang masak pedas, untuk sesi ni kami telan sotong masak pedas! Senang cerita yang ni pon licin! Memang dasar pelahap makanan!

Sebagai mengakhiri segala jenis makanan yang dah habis dimakan, Snow Ice Honeydew dan Strawberry ni sungguh nikmat. Dihidangkan bersama buah-buahan di atas, setiap cedokan snow ice ke dalam mulut membuatkan mulut tidak dapat berkata apa-apa disertai dengan otak beku! Setiap hidangan di sini disertakan dengan Teh Cina sama ada sejuk atau panas terpulang dengan kehendak kita. Total Harga untuk sesi buka puasa ni lebih kurang seorang hulur 30 hengget.

Yang ni adalah sebilangan ahli Pelahap Makanan yang terlibat dengan kedua-dua sesi. Jauh Che Kay import diorang. Semuanya datang sejauh 200 kilometer dari Pekan Telupid untuk makan bersama-sama. Apa-apa pon Che Kay rasa seronok sebab diorang tak pernah lupakan insan 'kerdil' ini setiap kali diorang datang ke KK. =)

Oh ya! Kalau nak tahu maklumat lanjut tentang Gayang Seafood Restaurant, sila ke link berikut.

p/s: macam sungguh panjang Che Kay taip. Tapi tak pe, Che Kay rasa puas bila mengenangkan makanan yang sedap ni. =)

5 comments:

Farrah MF said...

wahhhh, seronoknya!! memang betul-betul makan seafood nih!

Che Kay said...

bukan stakat makan, menelan membaham melahap dan sewaktu dengannya~ hehe

Mrs. Al said...

ermm...hahaha..penggemar makanan

FVN said...

Ha... hari tu datang sana..perasan kedai ni.. nanti nak pergi la! ekekekee

Che Kay said...

Al-Scheira: Penggemar makanan tu kau. aku pelahap! haha adik beradik la katanya~

Faryn: selamat melahap makanan! =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...