November 25, 2011

आई हेट लव स्टोरीस (Aku Benci Kisah Cinta!!!)

Cinta, ada pelbagai kisah tentangnya. Ada yang suka dan ada yang duka. Kisah cinta yang tidak kesampaian pon banyak juga yang dijaja. Itu belum dicampurkan lagi dengan berita-berita orang yang menjadi gila kerana gila. Aku? Oh, aku benci kisah cinta!!! Kenapa dan Mengapa? Ada banyak sebabnya.

Ditinggalkan, dilukai dan tidak kesampaian, itu sekadar yang ada dalam lipatan sejarah. Cinta dalam hati pon banyak juga. (Oh ya, dalam hati itu semuanya syok sendiri. Jawabnya padan muka). Aku juga seperti mereka di luar sana, punya hati yang menantikan sentuhan kasih sayang daripada seseorang.

Tapi aku masih bencikannya! Kisah cinta sering buat aku resah dan gelisah. Terkinja-kinja bagaikan cinta itu hadir dalam hati. Ada kala menitiskan air mata seorang diri. Siap tersedu sedan! Tadi baru saja mengalir air dari mata kanan. Arghhhh sunggoh tidak suka! Tapi apakan daya kuasa cinta menguasai diri.

Walaupon diri ini bencikan kisah cinta, tapi aku rasa tak sabar nak menantikan hari Sabtu ni. Hari yang terindah bagi semua orang. Maklumlah pada hari ni lah ramai yang keluar berjumpa kekasih hati. Kaedahnya aku ada ka? Menantikan hari tersebut tetap mengujakan! Temujanjinya pada jam 2 petang. =)


Filem ni aku dah pernah tengok tahun lepas. Tapi entah mana hilang DVDnya. Jadi tak sabar nak ulang tengok. Ceritanya jenis sweet & simple. Kisahnya tentang 2 orang pekerja dalam industri filem Bollywood. Dalam filem ni banyak juga babak-babak filem yang famous digunapakai dalam lagu-lagunya. Sampai kita boleh main teka-teka dari filem mana.

Lakonan Imran Khan dan Sonam Kapoor bikin aku ke awangan! Mereka merupakan pelakon hindustan generasi baru. Imran Khan anak saudara si Aamir Khan, Sonam Kapoor pulak anak dara Anil Kapoor. Selain tu aku sukakan lagu Bahara nyanyian si Shreya Ghoshal. Semoga tidak ada halangan Sabtu ni untuk layan I Hate Luv Storys ! =)


p/s: Sebenci mana aku dengan kisah cinta, taman dalan hati masih perlukan baja kasih sayang agar bunga-bunganya terus segar dan mekar selamanya~ (katanya!)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...