Ke tepi semua Makeup Guru di Tiub Kamu~
Lupakan Michelle Phan, abaikan Xteener
dan berhenti tengok Panacea81.
Kini masanya kita berguru dengan si comel Madison!
Che Kay baru tahu pasal si comel ni. Kebetulan semalam tengok America's Next Top Model All Star episod 8. Terus tertanya apa yang dia buat sampai si Tyra guna dia dalam ANTM. Bila digodek-godek baru ku temu jawapannya.
Video pertama si Madison ni memang cute! Beria dia cerita tentang segala makeup dan berus yang dia ada. Dari cara penyampaian dia depan kamera terserlah ayat-ayat dia tu semuanya seperti Makeup Gurus yang lain. Katanya selalu tengok video makeup dengan mak dia.
Setakat ni ada 51 video pasal Madison di channel mzzclipper12. Salah satu video yang cute bila Madison buat 'tutorial' untuk Halloween. Che Kay rasa kagum pon ada, rasa lawak pon ada. Ye la sekarang ni budak-budak dah boleh famous macam Makeup Guru yang lain. =)
p/s: Kita masa budak-budak main kaler-kaler dengan buku je. Budak la ni terus main kaler-kaler muka dan buat video skali. hehehe
2 comments:
kecik2 dah pandai...cute sangat..
Kecik2 dulu..nak paka lipstik pun kena curi2 amik mak punya..
Alin Marlini: Dulu-dulu Che Kay selalu jadikan adik-adik mangsa. Che Kay tenyeh muka diorang dengan makeup. hehehe
Post a Comment